Label

ORGAN SEKS TIDAK NORMAL PUNCA SAKIT

Soalan

UNTUK pengetahuan doktor, saya hanya mempunyai sebiji buah zakar. Ini berlaku sejak dilahirkan.

Ada juga gelembung sebesar bola ping pong di bahagian hujung pangkal sebelah kiri zakar saya terkeluar jika melakukan kerja berat atau apabila perut saya masuk angin.

Keadaan itu kurang menyenangkan saya dan menyakitkan.

Adakah cara untuk merawatnya dan apakah kaedahnya?

Jika saya tidak menjalani rawatan, adakah ia tidak mengganggu sistem kesuburan. Bolehkah saya mendapatkan zuriat bila berkahwin?

Adakah ia memberi kesan kepada zakar saya atau sistem badan yang lain?

Jawapan

KEMUNGKINAN mempunyai satu buah zakar ialah satu dalam 100,000 kes dan kemungkinan kanser berlaku kepada buah zakar yang terkandas dalam perjalanan keluar dari perut ialah 5-15 kes dalam 100,000 kes setahun.

Terdapat juga keadaan buah zakar sebelah yang tiada itu memang tiada atau tidak menjadi. Ini hanya boleh dikesan dari ujian pengimbasan.

Masalah buah zakar yang tiada itu dikenali sebagai kryptorkidisme.

Buah zakar ketika janin sedang berkembang dalam rahim ibu ialah organ yang berkedudukan dalam perut.

Tiba bulan keempat dan lima, kedua-dua buah zakar itu akan menurun dan keluar dari badan dan masuk ke kerandut.

Kadang kala perjalanannya terentap dan bayi lelaki itu didapati hanya ada satu buah zakar.

Jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa, 50 peratus turun ke dalam kerandut.

Tetapi jika sudah masuk dua tahun masih tiada, kebanyakan pakar bedah kanak-kanak akan melakukan pembedahan untuk memasukkan buah zakar yang terkandas itu ke kerandut zakar.

Lelaki yang mempunyai satu buah zakar masih mampu menghasilkan sperma yang mencukupi jika buah zakar itu normal.

Terdapat kebengkakan dalam kerandut yang hanya kelihatan sekali sekala dan ada kaitan dengan aktiviti berat.

Kadang kala kekembungan itu mudah mengempis. Ini ada kena mengena dengan sebahagian usus dalam perut yang termasuk ke dalam ruang kerandut. Keadaan ini dikenali sebagai 'hernia'.

Hernia perlu dikenalpasti melalui pemeriksaan doktor.

Cara merawatnya ialah doktor melakukan pembedahan kecil untuk memasukkan usus itu kembali ke perut dan menguatkan bahagian yang lemah itu di antara perut dan kerandut.

Pembedahan pemulihan itu tidak akan menjejaskan kesuburan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan