Soalan
SAYA seorang lelaki bertubuh besar. Masalah yang saya hadapi ialah saya amat mudah berpeluh. Kadang-kadang kerja yang saya lakukan tidaklah seberat mana, tetapi saya tetap berpeluh dengan banyak.
Perkara ini kadang-kadang memalukan saya apabila kawan-kawan berkata saya seperti mandi setiap kali melakukan kerja yang memerlukan tenaga fizikal.
Bagaimanakah cara mengatasi masalah ini? Adakah saya ini berpenyakit akibat kerap berpeluh dengan banyak dan bolehkah ia dikurangkan dengan meminum air misai kucing (orthosiphon aristatus)?
AIZ
Kangar, Perlis
Jawapan
PELUH dihasilkan pundi peluh dalam kulit. Ia adalah sebahagian daripada sistem pembuangan sisa metabolisma badan dan sistem kawalan suhu badan.
Jika seseorang itu berpeluh ia menandakan metabolisma badan tinggi dan ada kegunaan tenaga, maka suhu badan meningkat. Dengan adanya pengeluaran peluh, kulit dapat mengeluarkan panas badan dan lapisan peluh serta bulu roma dapat memerangkap udara untuk meredakan kepanasan badan.
Individu yang berbadan besar memang mudah berpeluh terutama jika dia melakukan aktiviti fizikal kerana dalam keadaan sedemikian, metabolisma badannya meningkat dan proses kepeluhan berlaku seperti yang dijelaskan tadi. Ia bukanlah satu penyakit.
Teh misai kucing sudah dikaji pakar urologi Kementerian Kesihatan untuk mengenali kesan jangka panjang pengambilan herba itu dari segi mengurangkan kemungkinan terjadi batu karang. Secara tradisional misai kucing diamalkan sebagai bahan 'mencuci darah' dan untuk menstabilkan tekanan darah, sakit sendi dan kencing manis. Tidak pernah terdengar pula ia juga digunakan untuk mengurangkan peluh.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan