Label

BIMBANG TIDAK SUBUR

Soalan

SAYA remaja berusia 19 tahun dengan ketinggian hanya 161 sentimeter. Saiz zakar saya ketika ereksi 12 sentimeter. Adakah saiz berkenaan normal?

Selain itu air mani saya juga sedikit. Apabila ejakulasi, ia hanya meleleh dan tidak seperti kebiasaannya. Saya cukup bimbang jika itu petanda tidak subur atau mandul.

REMAJA BIMBANG
Johor

Jawapan

SAIZ zakar yang anda miliki itu memang normal bagi remaja seperti anda. Ia mungkin boleh membesar lagi jika usia meningkat kepada 22 hingga 24 tahun. Kadang-kadang tumbesarannya boleh meningkat lagi, tetapi bergantung kepada tahap kesihatan dan aktiviti fizikal anda lakukan kerana kedua-duanya mempengaruhi tahap hormon testosterone yang ada kaitan dengan tumbesaran kemaluan lelaki.

Memang biasa anggota reproduktif yang sedang membesar berfungsi dengan lancar dan mengalami mimpi basah sebagai sebahagian daripada perubahan itu.

Jika zakar kerap dirangsang, ejakulasi selepas itu kelihatan kurang seperti air mani hanya meleleh. Ia perkara biasa dan bukannya masalah kesuburan.

Anda tidak perlu bimbang mengenai kemampuan fizikal dan reproduktif anda. Apa yang penting, berikan tumpuan pada pelajaran, kerjaya dan masa depan.

Apabila sampai masanya nanti dan jika ada kemusykilan mengenai masalah seksual, bolehlah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan