Soalan
SAYA berusia 27 tahun tetapi saiz zakar saya sangat kecil berbanding lelaki sebaya saya. Panjangnya hanya empat sentimeter dengan lilitan yang kecil. Bolehkan doktor membantu saya?
Insan Biasa
Johor
Jawapan
MEMILIKI bentuk dan saiz zakar sempurna adalah idalam semua lelaki terutama bagi mereka yang kurang yakin dengan anugerah diberikan Tuhan kepadanya. Tidak dinafikan ada sebahagian kecil memiliki zakar yang kecil iaitu 'micropenis' di mana ukuran panjangnya tidak lebih daripada enam sentimeter (sm) dan ukur lilit antara enam hingga lapan sm ketika ereksi.
Ia sudah tentu menyukarkan kedua-dua pasangan ketika bersetubuh. Apabila setiap kali cuba melakukan persetubuhan dia hanya dapat menyalurkan zakar ke dalam faraj dan tidak dapat bergerak kerana setiap kali bergerak ia akan terlepas. Saiz faraj adalah antara enam hingga sembilan sm dan boleh mengembang mengikut acuan zakar lelaki. Jika zakar berukuran sembilan sm atau lebih ia sudah mencukupi. Malah, saiz zakar lelaki boleh membesar sedikit jika kerap melakukan persetubuhan. Jika lama tidak bersetubuh ia akan mengecut dan mengecil. Saya dapati sebahagian lelaki agak sensitif dengan bentuk dan saiz walaupun ia sebenarnya sudah memuaskan. Mereka akan mencuba segala cara untuk menambahkan saiz dan bentuk walaupun ia sebenarnya berbahaya dan berisiko.
Salah satu kaedah berbahaya dan berisiko ialah kaedah 'somatotheraphy' di mana pengamalnya lazimnya bukan doktor. Mereka memberi suntikan vitamin C, minyak cendana atau produk tidak diiktiraf ke bawah kepala zakar. Ini menyebabkan berlakunya keradangan yang agak ketara sehingga keseluruhan zakar membesar dan kembang.
Memang zakar kelihatan besar tapi tak berguna! Ia tidak boleh disalurkan ke dalam faraj kerana yang besar adalah kulit dan bukan batangnya. Sama juga dengan kaedah urut mengurut dengan segala minyak seperti minyak lintah, minyak dhab atau minyak ikan belacak, ia hanya perbuatan sia-sia.
Penggunaan alat pam vakum juga tidak berkesan kerana kulit akan kelihatan hitam dan hodoh. Pam vakum digunakan untuk mengatasi mati pucuk bukan untuk menambah saiz.
Alat penarik otot zakar sudah diuji kaji kini dan ada di pasaran adalah andropenis. Ia sejenis alat mesra pengguna dan dapat menambah di antara dua hingga lima sm saiz ukur panjang dan ukur lilit yang tetap. Alat ini sebenarnya direka untuk tujuan meluruskan zakar yang bengkok atau penyakit Peyronie.
Secara kebetulan ia didapati boleh membantu menambah saiz zakar 'micropenis'.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan