Soalan
SAYA berusia 35 tahun dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Sejak lima bulan lalu setiap kali mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya mengalami ejakulasi terlalu awal dan air mani pula terlalu cair. Selain itu, saya kerap sakit pinggang terutama waktu pagi dan tengah hari.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Kami juga merancang untuk mendapatkan anak kedua. Apa yang perlu saya lakukan?
AMY
Selangor
Jawapan
EJAKULASI awal atau cepat klimaks berlaku kerana daya kawalan ejakulasi lemah. Kadang-kadang jika ereksi kurang padat, geselan pada faraj dilakukan dengan cepat dan luar kawalan boleh menyebabkan ejakulasi awal.
Cuba gunakan cincin penambat zakar supaya ereksi menjadi lebih padat. Ia dapat membantu meningkatkan daya kawalan dan mengekalkan ereksi. Pastikan cincin dipakai ketika ereksi padat supaya zakar tidak kembali kendur.
Air mani memang akan cair untuk memudahkan sperma bergerak. Air mani cair bukanlah petanda lelaki itu kurang subur, sebaliknya ia adalah air mani yang sihat.
Kandungan sperma cukup, bergerak aktif dan bentuknya normal adalah ciri air mani yang sihat. Untuk mengetahuinya ujian air mani perlu dilakukan. Jika ada masalah, rawatan sewajarnya akan diberi doktor.
Memandangkan anda sudah mempunyai anak, peluang untuk menambah bilangan anak memang ada. Cuba lakukan seks sekerap mungkin sewaktu isteri dalam keadaan subur.
Jika gagal juga dalam masa setahun, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesuburan.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan