Label

CARA ELAK MATI PUCUK (SAKIT TUAN)


Beberapa kaedah perlu diamalkan untuk mendapat kesan

WALAUPUN saiznya kecil dan hanya bertulis tangan, iklan ubat atau rawatan perangsang seks mampu menarik perhatian lelaki; apatah lagi jika ada pengguna yang mengakui keberkesanannya. Apabila membabitkan topik kurang kemampuan seks, tidak ada lelaki yang bersedia membincangkannya walaupun dengan isteri sendiri, ramai lebih rela berdiam atau mencuba ubat perangsang yang belum tentu sesuai dengan mereka.

Masalah mati pucuk atau disfungsi erektil (ED) adalah masalah biasa di kalangan lelaki tua berumur 70 tahun ke atas tetapi ia bukanlah perkara normal dalam proses penuaan. Bagaimanapun kini, semakin ramai lelaki muda mengalami masalah ED dan ini adalah antara faktor penyumbang kepada lambakan ubat perangsang seks di negara kita.

Sebelum mencuba sebarang ubat atau rawatan, ketahui dulu tahap kesihatan diri kerana ada banyak penyakit yang boleh menjejaskan prestasi anda. Bagi yang tidak mengalami masalah, tidak perlulah hendak mencuba produk untuk menggandakan kemampuan kerana dikhuatiri ia boleh memberi kesan buruk terutama jika persediaan berkenaan mengandungi bahan-bahan berbahaya.

Sebenarnya masalah ED boleh dielakkan melalui beberapa kaedah dan sempena tahun baru ini, tanamkan azam untuk memelihara 'aset' anda dengan cara yang lebih sihat iaitu:

- Jaga makan: Makanan yang mengancam kesihatan jantung juga boleh menjejaskan keupayaan ereksi anda. Dalam badan lelaki, salur darah yang paling halus ialah salur darah di zakar dengan garis pusat satu hingga dua milimeter saja; lebih kecil daripada salur darah ke jantung dengan ukuran garis pusat tiga hingga empat milimeter.

Sakit jantung terjadi akibat salur darah tersumbat, jadi kemungkinan salur darah pada zakar yang lebih halus untuk alami perkara ini adalah lebih tinggi. Aliran darah yang lancar penting untuk ereksi. Apabila aliran darah terjejas, maka seseorang akan mula mengalami masalah ereksi dan ED.

Kajian menunjukkan masalah ED jarang berlaku di kalangan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean (mengandungi banyak sayur, buah, ikan, bijiran penuh dan lemak yang baik untuk jantung). Kajian mendapati 57 peratus lelaki yang menjalani pembedahan pintasan jantung mengalami masalah ED sebelum rawatan dan 64 peratus lelaki yang mendapat serangan jantung sudah ada ED sebelum serangan.

- Kekalkan berat badan yang sihat: Kegemukan dan kegemukan melampau (obesiti) adalah 'ibu' kepada pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kencing manis yang boleh merosakkan saraf di seluruh badan termasuklah di zakar. Jika ia berlaku, maka anda akan turut mengalami masalah ED. Kajian mendapati 20 peratus lelaki yang mengalami masalah ED menghidap kencing manis.

- Jaga tekanan darah dan paras kolesterol darah: Dua perkara ini boleh merosakkan salur darah, termasuklah salur darah halus yang membawa darah ke zakar. Ini adalah masalah yang jarang disedari tetapi kajian menunjukkan di kalangan lelaki yang ada masalah tekanan darah tinggi, 68 peratus daripadanya ada ED dan 60 peratus lelaki yang mengalami masalah dislipidemia (masalah kolesterol tinggi) juga mempunyai masalah ED.

Selain pengambilan ubat, menjaga makan dan kerap bersenam adalah cara terbaik untuk membantu mengatasi masalah ED. Jika anda tidak pasti bagaimana hendak memulakannya, berbincanglah dengan doktor dan dapatkan nasihat terutama dalam soal penjagaan makanan.

- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol; atau lebih baik tidak minum langsung: Memang tiada kajian bahawa alkohol boleh menjejaskan prestasi seks seseorang lelaki, malah ada sesetengah penyelidik berpendapat wain merah contohnya memberi manfaat kepada kesihatan jantung.

Bagaimanapun penyelidik dan pakar perubatan bersetuju kita tidak akan kehilangan sebarang kebaikan jika tidak minum minuman beralkohol, bahkan ia disifatkan langkah yang lebih baik dalam penjagaan kesihatan. Pengambilan alkohol berlebihan dalam jangka masa panjang boleh merosakkan hati, saraf dan menyebabkan pelbagai isu kesihatan lain yang akhirnya membawa kepada masalah ED.

- Mulakan bersenam dan jadikan amalan: Banyak kajian membuktikan bahawa senaman adalah ubat terbaik bagi pelbagai penyakit. Gaya hidup yang tidak aktif juga terbukti memberi banyak kesan negatif terhadap kesihatan dan jika disertai tabiat pemakanan kurang sihat; ia menjadi perangsang kepada penyakit kronik untuk bersarang dalam badan kita. Senaman seperti berjalan kaki, berlari, berenang dan pelbagai jenis senaman aerobik didapati dapat membantu mencegah ED.

- Jalani pemeriksaan tahap hormon testosteron: Testosteron ialah hormon yang diperlukan untuk mengekalkan sifat kelelakian seperti merangsang pertumbuhan bulu pada muka dan badan; penghasilan sperma, pembesaran kelenjar prostat dan ereksi; membentuk jisim dan kekuatan otot; mengekalkan keinginan seks; bersifat agresif selain menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan ketumpatan tulang.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Shaiful Bahari Ismail, kekurangan testosteron menyebabkan nafsu seks menurun, lelaki sukar dan ambil masa lebih lama untuk ereksi, ejakulasi lemah, kurang air mani dan boleh menggalakkan pengumpulan lemak pada organ penting terutama pada bahagian pinggang.

Sebenarnya seseorang lelaki boleh mengesan ada sesuatu yang tidak kena pada mereka jika keinginan terhadap seks atau bayangan 'nakal' di fikiran berkurang. Tanda yang lebih penting ialah prestasi di atas katil mula merosot.

Secara semula jadi, paras testosteron mula menurun selepas mencecah tahap tertinggi ketika lelaki berumur 30 tahun dan merosot perlahan-lahan pada kadar 1.3 peratus setahun seiring dengan peningkatan umur terutama antara 40 hingga 60 tahun.

Maka, jika anda mengalami gejala seperti disenaraikan di atas, pergilah berjumpa doktor untuk jalani pemeriksaan. Malah kini ada rawatan yang dapat membantu meningkatkan tahap testosteron ke paras normal.

- Jika anda merokok, berhentilah segera: Merokok bukan saja akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan kanser, malah kandungan nikotin dalam asap rokok boleh membuatkan salur darah mengecut dan menyekat aliran darah ke zakar.

- Elakkan hubungan seks yang berisiko dan agresif: Dalam sesetengah kes, ED terjadi apabila zakar mengalami kecederaan ketika melakukan hubungan seks. Cari kaedah yang menyenangkan dan memuaskan kedua-dua belah pihak.

- Tangani tekanan dengan baik: Ada banyak kes ED disebabkan tekanan dan kemurungan. Jangan anggap ED akibat tekanan boleh hilang sendiri kerana ia akan sentiasa menghantui anda selagi punca tekanan tidak diatasi.

Tekanan boleh menyebabkan ED; sebaliknya ED juga boleh mengakibatkan seseorang menjadi lebih tertekan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEGATALAN MELAMPAU (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 26 tahun dan masih bujang. Sudah empat bulan saya mengalami kegatalan di bahagian kemaluan, cuma keadaan pada waktu siang berbeza dengan keadaan pada waktu malam.

Pada malam hari, saya berasa lebih gatal sehingga ada kalanya saya menggaru hingga terluka. Jika hendak dikatakan ia berpunca daripada keputihan, saya tidak menghadapi masalah ini.

Jika ada mengalami keputihan pun, ia agak normal kerana tidak mendatangkan bau yang kuat atau berwarna kehijauan.

Bagaimanapun, saya juga perasan ada keputihan di bahagian kiri dan kanan pipi faraj. Saya tidak pasti sama ada ia mungkin kulat.

Saya mula risau dan buat masa ini, saya hanya mengambil ubat gatal yang biasa dibeli daripada farmasi. Kegatalan itu terus hilang apabila saya makan ubat terbabit dan jamu.

Gadis susah hati
Pulau Pinang

SEKIRANYA anda masih mengalami keadaan ini walaupun sudah mengambil ubat daripada farmasi, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor.

Ciri-ciri perubahan pada kulit kemaluan dan ciri lelehan membolehkan doktor membuat diagnosis terhadap masalah anda. Begitu juga dengan sampel lelehan yang diuji untuk kultur kuman.

Sementara menunggu hasil keputusan (mengambil masa dua hingga tiga hari), doktor akan memberikan ubat berdasarkan ciri-ciri terbabit dan mungkin mengubahnya jika hasil keputusan kultur menunjukkan keserasian ubat yang berbeza. Perubahan warna keputihan pada kulit bibir kemaluan lazimnya disebabkan kulat. Ini mudah diubati.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISAU AIR KETUBAN PECAH (SAKIT PUAN)

ISTERI saya kini hamil lima bulan. Sejak minggu lalu, sudah dua kali cecair jernih dan tidak berbau keluar daripada kemaluannya tetapi cecair itu hanya keluar sedikit.

Adakah itu dinamakan air ketuban? Adakah keadaan ini normal atau sebaliknya? Harap doktor dapat membantu.

Iz
Kuala Lumpur

SEELOKNYA isteri anda menjalani pemeriksaan doktor. Jika ia hanya lendir biasa, keadaan ini mungkin normal. Jika ia satu lelehan jangkitan kuman, ia mudah dirawat dan lazimnya tidak memberikan kesan teruk.

Sekiranya benar ia adalah cecair ketuban, membiarkannya tanpa menjalani rawatan boleh memberi kesan negatif kepada isteri anda dan kandungannya.

Pada usia kehamilan lima bulan, lawatan susulan antenatal hanya setiap empat minggu, menunggu sehingga tarikh lawatan terbabit mungkin sudah lewat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIGA TAHUN BELUM HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 27 tahun dan berkahwin selama tiga tahun. Masalahnya saya tidak datang haid sejak 2008 hingga sekarang yang menyukarkan saya untuk mendapatkan zuriat.

Sebelum ini saya ada merujuk dengan pakar sakit puan tetapi saya tidak dapat meneruskan rawatan disebabkan kekangan kerja. Apakah nasihat doktor?

Aima
Selangor

SEMENTARA usia anda masih muda, luangkan masa untuk menjalani pemeriksaan. Tahap kesuburan wanita mulai menurun apabila usia melepasi 28 tahun.

Mungkin anda ingin terus berjumpa pakar sakit puan yang mempunyai pengkhususan kesuburan kerana pilihan rawatan lazimnya lengkap sama ada pembedahan berkaitan kesuburan atau teknik bantuan kesuburan, daripada semudah rawatan permanian berhadas (IUI) hinggalah ke peringkat IVF. Ini mungkin dapat menjimatkan masa dan kekerapan lawatan.

Tidak didatangi haid selama tempoh terbabit lazimnya berkait dengan gangguan pengeluaran telur. Bukan setakat itu saja, terdapat kesan atau komplikasi lain terhadap kesihatan. Anda tidak patut membiarkan ia terlalu lama.

Contohnya dalam keadaan sindrom polisista ovari (PCOS), ketiadaan ovulasi yang berterusan boleh menyebabkan ketiadaan haid untuk tempoh lama dan ini boleh mendedahkan lapisan endometrium rahim untuk terus menebal atau membahagi di luar kawalan sehingga meningkatkan risiko kanser endometrium.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DARAH HAID TERLALU BANYAK (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 27 tahun dan berkahwin pada 1 Jun 2013. Kitaran haid terakhir saya pada 9 hingga 15 Mei lalu.

Pada 9 Jun, saya didatangi haid yang pada hari pertama hanya keluar titik coklat tanpa darah. Tetapi saya mengalami aliran darah haid yang banyak pada hari kedua sehinggakan saya menukar lapan tuala wanita pada siang hari.

Senggugut pula saya rasakan sangat sakit berbanding kebiasaan. Pada hari keempat haid saya masih banyak dan sekitar abdomen saya rasa sangat sakit.

Untuk pengetahuan doktor, kitaran haid saya teratur dan tepat pada waktunya. Kitaran haid saya antara 31 atau 32 hari. Setiap kali haid, saya mengalami senggugut pada hari pertama saja.

Perubahan yang saya alami selepas berkahwin amat berbeza iaitu senggugut hingga hari ketiga, darah keluar dengan banyak dan sakit senggugut yang keterlaluan. Adakah saya mengalami sebarang masalah kesihatan?

Mas
Kuala Lumpur

ANDA mengalami pendarahan haid yang banyak yang dinamakan menorrhagia. Jika ia dibiarkan berterusan setiap bulan, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan bermula dengan kekurangan darah (anemia) dan komplikasi lanjutan anemia misalnya terhadap jantung dan seumpamanya.

Berkemungkinan senggugut yang anda alami disebabkan ketepuan pendarahan haid terbabit. Berkemungkinan juga ia disebabkan kesan haid yang banyak sehingga lebih banyak juga yang masuk ke ruang dalam pelvis anda menerusi kedua-dua tiub fallopio.

Pemeriksaan doktor mungkin tidak dapat mengesan sebarang bengkak pada kawasan pelvis tetapi ultrabunyi pelvis mungkin dapat mengesan kelainan termasuk takungan cecair di bahagian belakang rahim (yang disyaki darah haid), keadaan rahim (kedudukan, saiz, dinding sama ada terdapat fibroid atau ketulan adenomyosis, ketebalan lapisan endometrium dan seumpamanya) serta kedua-dua ovari.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PAYUDARA GATAL MELAMPAU (SAKIT PUAN)

SAYA baru keguguran pada 14 April 2013 yang lalu. Usia kandungan saya ketika itu 11 minggu. Masalahnya, kini saya mengalami kegatalan di bahagian payudara yang berwarna coklat. Akibat kegatalan yang melampau saya menggaru sehingga payudara saya luka.

Adakah kegatalan ini suatu simptom biasa keguguran atau ada masalah lain? Apakah cara terbaik yang perlu saya lakukan? Diharap doktor dapat membantu saya.

Khairun
Kuala Lumpur

BAHAGIAN berwarna di keliling puting payudara yang anda maksudkan dinamakan areola. Sewaktu kehamilan, wanita boleh mengalami perubahan areola seperti anda. Ini boleh berlanjutan selepas keguguran.

Kemungkinan ini berpunca daripada saiz payudara yang semakin membesar dan kulitnya pula semakin menegang sehingga menyebabkan kegatalan. Anda boleh menyapu krim pelembap dan mengelakkan penggunaan sabun pada kawasan terbabit kerana ia boleh menyebabkan kulit areola menjadi semakin kering dan semakin gatal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

32 HARI LEWAT HAID (SAKIT PUAN)

SAYA lewat didatangi haid hampir sebulan. Setiap kali datang haid, saya sentiasa mencatatnya di kalendar. Haid saya tidak teratur tetapi tidak pernah pula lewat lebih daripada seminggu. Sehingga hari ini saya lewat 32 hari.

Saya sudah membuat ujian kehamilan di rumah selepas lewat 10 hari dan hasilnya negatif. Saya ulang ujian selepas 20 hari tetapi masih negatif.

Saya terfikir mungkin saya agak tertekan dengan suasana kerja dan aktiviti yang memenatkan sehingga mengganggu kitaran haid saya.

Namun baru-baru ini, saya mengalami kegatalan pada bahagian perut, pinggang dan belakang selepas pulang dari seminar di Langkawi. Ia seperti ruam, sedikit berair dan kemerahan. Di sana saya banyak aktiviti dan menginap di hotel. Badan saya keletihan.

Saya juga ada mengambil ubat untuk menguruskan badan seperti minuman serat. Pada pandangan doktor, apa punca kelewatan haid saya? Adakah kelewatan haid boleh menyebabkan badan ditumbuhi ruam?

Adakah saya mengandung tetapi tidak dapat dipastikan dengan UPT?

Jamilah
Ipoh, Perak

ADAKAH
anda mengalami tanda awal kehamilan yang lain seperti payudara menjadi tegang, puting payudara menjadi sensitif atau sakit terhadap sentuhan, loya, muntah dan seumpamanya? Sekiranya anda masih was-was, anda bolehlah memastikan secara ujian darah hormon kehamilan (BhCG) yang lebih tepat, keputusannya boleh diketahui dalam masa dua hingga tiga jam saja.

Jika anda tidak hamil, kemungkinan kelewatan haid anda disebabkan oleh gangguan hormon akibat ketiadaan pengeluaran telur dalam kitaran haid. Ujian darah hormon progesteron boleh menyokong telahan ini.

Ruam yang anda alami pula mungkin tiada kaitan dengan gangguan haid anda. Ruam badan mungkin salah satu sindrom sebelum haid (PMS) akibat hormon progesteron yang banyak selepas tempoh kesuburan tetapi anda tidak pula mengalaminya sebelum ini.

Ujian UPT lazimnya positif selepas tiga minggu ovulasi. Sekiranya ovulasi anda berlaku lebih lewat daripada itu, ujian UPT masih boleh negatif. Justeru anda boleh mengulangi ujian ini setiap minggu. Namun, lebih praktikal sekiranya anda melakukan ujian darah BhCG kerana ia sepatutnya dapat mengesahkan kehamilan dengan lebih awal iaitu dalam masa 12 hari selepas ovulasi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TAKUT BEDAH BUANG FIBROID (SAKIT PUAN)

Saya berusia 46 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mempunyai fibroid berukuran 12 sentimeter sejak 2005.

Setiap enam bulan, saya ada temu janji dengan doktor. Sudah beberapa kali doktor menyarankan saya membuat pembedahan tetapi saya menangguhkannya atas sebab takut dan ada kemungkinan rahim akan dibuang.

Dalam temu janji baru-baru ini, sekali lagi doktor menyarankan saya membuat pembedahan dengan memberi dua pilihan iaitu membuang fibroid saja atau kedua-duanya sekali memandangkan tiada peluang untuk saya hamil.

Doktor mencadangkan saya mengambil suntikan bagi mengecutkan fibroid sebelum membuat pembedahan. Untuk pengetahuan doktor, saya akan menunaikan haji pada tahun ini yang dijangka berangkat sekitar September nanti. Pada 17 Jun ini pula, saya akan berjumpa doktor semula untuk tujuan suntikan itu.

Adakah suntikan terbabit ada kesan sampingan di masa akan datang? Adakah haid saya akan terhenti sebelum tempoh sepatutnya?

Aina,
Kampung Baru, Kuala Lumpur

Anda sepatutnya mendapatkan maklumat terbabit daripada doktor anda. Anda juga sepatutnya mengambil tahu nama bahan suntikan yang disarankan beliau. Rujukan boleh dibuat berdasarkan nama ubat terbabit sama ada secara peribadi dengan pengamal perubatan yang lain ataupun daripada bahan ilmiah yang bertauliah dari laman sesawang.

Saya meneka suntikan yang anda maksudkan adalah suntikan yang mengandungi bahan analog hormon GnRH. Terdapat dua persediaan sama ada setiap empat minggu atau setiap 12 minggu. Ia boleh mengecilkan (bukan menghilangkan) saiz fibroid, lazimnya sehingga 20 peratus saja, namun masih elok kerana ia dapat membantu sewaktu pembedahan seperti mengurangkan pendarahan.

Namun ia lazimnya mendatangkan kesan sampingan termasuk ketiadaan haid serta simptom menopaus yang lain. Bagaimanapun, ia hanya sementara saja. Haid dijangka muncul semula sekitar 11 hingga 12 minggu selepas suntikan terakhir.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PERANCANGAN KEWANGAN BAGI PELAJAR

MERANCANG kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut. Kadangkala tanpa disedari, wang saku harian habis dibelanjakan. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh membantu pelajar merancang kewangan:

Rancang Perbelanjaan


Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Perbelanjaan yang dirancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Jadikan tabiat suka menyimpan sebagai satu amalan kehidupan seharian. Setiap kali menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekodkan perbelanjaan yang ingin dilakukan pada hari tersebut, supaya dapat melihat anggaran simpanan yang akan dibuat. Cuba sedaya upaya untuk tidak berbelanja lebih daripada peruntukan berbelanja yang dirancang.

Belanja Dengan Bijak

- Satu lagi petua merancang kewangan adalah dengan mengetahui cara-cara bagaimana membelanjakan wang dengan bijak. Cara berbelanja dengan bijak bermakna berbelanja apabila perlu dan membeli barang yang perlu sahaja.

- Jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Bagi pelajar yang dapat mengawal perbelanjaan pula, elakkan daripada meminjamkan wang kepada kawan-kawan.

- Jangan berbohong kepada ibubapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang

- Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibubapa.

Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan

Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini disebabkan wang perlu digunakan pada bila-bila masa.

Menyimpan Wang, Biarlah Di Tempat Selamat

Baki wang yang ada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan guru atau ibubapa untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan dengan bank.

Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan

Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

'SAKIT' BELI RUMAH

Pertimbang kemampuan kewangan dulu sebelum miliki kediaman bagi elak terpaksa ikat perut

MEMILIKI kediaman adalah satu keperluan namun, dengan keadaan harga rumah yang semakin menghimpit dan membebankan, membeli rumah bagaikan satu perkara yang memeningkan.

Jumlah pendapatan yang diperoleh setiap bulan hanya melayakkan pembeli mendapatkan rumah jenis flat namun, jauh di sudut hati semua orang mengimpikan rumah selesa dan besar.

Perkara utama yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan membeli rumah adalah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu bekerja dan mempunyai pendapatan tetap mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman mahal atau mewah, malah ada juga yang tidak mampu membeli kediaman kos rendah sekalipun.

Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat pengiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli. Perkara ini penting kerana ia menentukan hala tuju kewangan kita berikutan ia menjadikan pemilik rumah dapat mengawal dan merancang perbelanjaan lebih bijak.

Untuk membeli rumah, perkara pokok yang perlu diambil kira adalah lokasi kerana lokasi yang baik, pembelian itu boleh dianggap sebagai pelaburan menguntungkan.

Sekiranya jumlah lebihan seseorang individu setiap bulan sekitar RM500, ia mungkin cukup sekiranya rumah itu berada pada lokasi setara.

Ada lokasi perumahan yang menyediakan kediaman jenis semi-D pada harga kurang RM250,000 dan ada juga lokasi yang menetapkan harga sehingga RM700,000 untuk rumah jenis sama. Perbezaan ini disebabkan lokasi kerana bagi kawasan belum matang, harga rumah ditawarkan masih murah, namun berbeza untuk lokasi pusat bandar kerana harganya mungkin mencecah tiga kali ganda.

Maka, kita perlu memilih lokasi bertepatan dengan kemampuan kewangan dan sekiranya bayaran bulanan RM500 itu hanya sesuai untuk kediaman jenis apartmen atau flat, maka ia pemilihan tepat.

Saya akui timbul pendapat bahawa lebih baik membeli rumah diidamkan walaupun setiap bulan, agak 'sakit' sedikit membayar ansuran berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.

Ini kerana pembeli juga perlu memikirkan mengenai simpanan kecemasan, insurans, pendidikan anak atau perbelanjaan bulanan dan tidak seharusnya membelanjakan gaji yang ada hanya untuk membuat pembayaran ansuran rumah saja.

Sebagai pembeli, apa yang lebih penting adalah kita perlu bezakan antara keperluan dan keinginan. Apa yang diperlukan adalah rumah untuk dijadikan tempat tinggal sekeluarga. Apa yang diidamkan adalah rumah mewah dua tingkat lot tepi.

Namun, sebagai permulaan, sekiranya keadaan kewangan belum mengizinkan kita memiliki rumah mewah dua tingkat lot tepi, langkah terbaik mendapatkan kediaman selesa adalah mengikut kemampuan.

Tidak salah bermula dengan kediaman lebih kecil sesuai keadaan kewangan kerana itu lebih baik berbanding terpaksa mengikat perut semata-mata kerana ansuran bulanan yang tinggi.

Setiap individu yang bekerja pasti menerima kenaikan gaji atau pangkat dan jika tiba masanya, rumah pertama yang kecil itu boleh dijual dan keuntungannya boleh dijadikan pendahuluan rumah diidamkan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TUJUH LANGKAH TERBAIK UNTUK BELAJAR MEMASAK

1. Rujukan

Tidak tahu memasak bukan satu alasan yang terbaik andai disoal oleh orang lain. Pelbagai jenis buku resepi dan resepi di Internet yang dapat membantu kaum perempuan untuk belajar memasak. Malah terdapat juga video teknik masakan yang betul di Internet yang akan memudahkan lagi proses pembelajaran.

2. Alat mesin masakan

Kemajuan teknologi lebih memudahkan kaum perempuan untuk memasak. Kini pelbagai jenis mesin masakan yang terdapat di pasaran contohnya alat mesin cili. Kalau cerita berkaitan mesin ini memang tidak akan habis kerana terlalu banyak bahkan untuk membuat kek dan roti juga tidak perlu bimbang untuk menguli. Tangan tak penat lagi.

3. Berani

Ini adalah faktor penting dalam penyediaan makanan, jangan bimbang andai orang memberikan reaksi negatif terhadap makanan yang anda masak. Cuba mempelbagaikan rencah dalam masakan dan jangan terlalu berharap kepada bahan-bahan tertentu. Jika mendapat reaksi negatif cuba lagi untuk masak resepi yang sama, cuma perlu improvisasikan.

4. Kelas memasak

Jika belum percaya kepada diri sendiri di dapur, remaja perempuan boleh mengikut berbagai jenis kursus memasak kerana kini ramai yang membuka perniagaan kelas masakan. Dari situ anda boleh berkenalan dengan mereka yang pandai memasak dan ajaklah rakan-rakan anda untuk turut serta bersama agar anda boleh bertanyakan soalan andai ada kekeliruan di dalam kelas.

5. Langkah pertama

Apabila sudah pandai memasak walaupun baru permulaan, anda boleh mencuba dengan masak makanan yang mudah-mudah atau mencuba memasak makanan kegemaran masing-masing. Tidak perlu memasak diri terlalu jauh dengan masakan yang rumit. Cuma dengan memasak masakan yang ringkas dan mudah disediakan. Namun jangan mudah menyerah kalah hanya beberapa kesalahan awal.

6. Pembuka semangat

Jika anda punya adik-beradik yang rapat atau teman, ajak mereka untuk merasa masakan yang anda masak. Mungkin dari situ membakar semangat anda untuk terus belajar memasak. Apabila orang yang terdekat memberikan semangat atau pandangan terhadap masakan anda, sedikit sebanyak dapat tingkatkan lagi mutu masakan anda tidak kira komen positif atau negatif.

7. Tidak berputus asa

Jika masakan pertama anda tidak bagus, tidak perlu berkecil hati dan merasa anda tidak mampu untuk memasak. Seperti hal yang lain, memasak juga memerlukan proses dan tahap kecekapan tertentu untuk memantapkan ilmu masakan itu. Gunakan alat pengukur masa untuk membantu mengikatkan anda saat masakan perlu diangkat dan sudah siap masak. Belajar teknik-teknik memasak yang betul bersama ahli keluarga juga boleh membantu anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TANPA RAWATAN KESUBURAN, PELUANG HAMIL HANYA 4 PERATUS (SAKIT PUAN)

Saya mempunyai masalah haid yang agak serius bagi diri saya. Untuk pengetahuan doktor, saya sudah berkahwin selama lima tahun dan tidak pernah mengandung sampai sekarang.

Saya tahu rezeki di tangan Tuhan tetapi tidak salah untuk berusaha. Saya pernah berurut dengan bidan kampung dan menurut bidan, ada urat membengkak dan disebabkan itu haid saya tidak normal seperti orang lain serta masalah senggugut. Sekarang selepas saya berurut dengan bidan, darah haid keluar tanpa henti sejak dua, tiga bulan lalu.

Adakalanya apabila haid tiada, tetapi semasa bersama suami, darah masih keluar. Saya bimbang jika ada perkara yang tidak diingini.

Kami juga bimbang mengenai kos rawatan kerana saya hanya kerani di syarikat swasta dan suami pula bekerja sendiri. Memang kami tidak mampu jika kosnya mahal. Harap doktor dapat memberikan saranan.

Ila,
Kuala Lumpur.

Terdapat dua pilihan pembiayaan rawatan perubatan di negara kita; rawatan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan dan kemudahan swasta.

Secara amnya, bagi pasangan yang sudah mencuba selama lima tahun, peluang kehamilan tinggal hanya dua hingga empat peratus saja jika tidak mendapatkan rawatan kesuburan.

Justeru, eloklah anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan di klinik pakar sakit puan yang terdapat di hospital kerajaan dengan kos yang amat rendah, begitu juga dengan masalah pendarahan anda. Jika benar anda berpendapat ia serius, eloklah anda segera mendapatkan rawatan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

21 TAHUN KAHWIN BELUM HAMIL (SAKIT PUAN)

Saya berusia 41 tahun dan berkahwin ketika berusia 20 tahun hingga sekarang tidak pernah hamil.

Dalam tempoh tiga tahun pertama, saya pernah membuat rujukan pakar sakit puan tetapi dia menyatakan tiada masalah. Selepas lima tahun, saya rujuk semula ke hospital dan didapati sebelah kiri peranakan saya tersumbat manakala peratus kepekatan sperma suami saya terlalu pekat dan air mani suami terlalu cair.

Saya dan suami diberi ubat kesuburan namun hingga kini tiada sebarang hasil walaupun susulan dibuat setiap tiga bulan sekali di hospital.

Mengenai bahagian peranakan yang tersumbat itu, tiada tindakan dilakukan. Masalahnya kini, saya sering sakit kepala yang amat sangat semasa dua hingga tiga hari hendak didatangi haid. Saya demam sakit kepala dan terpaksa menelan pil.

Adakah ini disebabkan faktor umur atau ada kaitan dengan masalah kesihatan? Apakah yang harus saya lakukan? Di manakah saya boleh merujuk dengan kos yang berpatutan?

Mastika,
Kuala Lumpur.

Dengan usia anda, tempoh perkahwinan anda, masalah tiub fallopio dan masalah sperma suami; anda disarankan mendapatkan rawatan pakar sakit puan yang ada mendalami ilmu kesuburan (sering disebut perubatan reproduktif).

Jika sakit kepala hanya berkait dengan haid, berkemungkinan ia sebahagian daripada sindrom sebelum kedatangan haid. Anda boleh mengambil pil penahan sakit untuk meredakannya. Bagaimanapun dengan usia anda, tidak mustahil anda kini ada menghidap penyakit berkaitan usia misalnya darah tinggi.

Apabila membincangkan kos, sudah pasti kos paling minimum di hospital kerajaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENDARAHAN 3 HARI LEPAS MALAM PERTAMA (SAKIT PUAN)

Saya dan isteri baru mendirikan rumah tangga. Seperti kebiasaan, kami melalui malam pertama seperti pengantin lain.

Apabila pecah dara, saya memahami apa yang berlaku tetapi selepas 24 jam hubungan kami, darah masih keluar dari kemaluan isteri sehingga dua, tiga hari kemudian.

Saya mula risau sama ada keadaan ini normal atau petanda kanser serviks. Harap doktor dapat memberi penerangan.

Suami yang risau,
Petaling Jaya, Selangor.

Mungkin
luka koyakan selaput dara yang dialami isteri anda belum sembuh sepenuhnya. Mungkin juga isteri anda mengalami kecederaan atau luka pada bahagian lain faraj, ia pernah berlaku dalam kalangan wanita tetapi agak jarang.

Kanser serviks yang menunjukkan pendarahan selepas hubungan seks lazimnya kanser pada permukaan luar serviks. Bagi kanser jenis ini, ia tidak membabitkan wanita yang belum pernah mengalami hubungan seks penetratif seperti isteri anda.

Bagaimanapun, eloklah anda membawa isteri anda berjumpa doktor untuk memastikan luka terbabit bukanlah seperti luka berbentuk torehan pada dinding faraj kerana ia perlu dijahit bagi menghentikan pendarahan dan mengelakkan jangkitan kuman.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

GUNA PENCUCI MASIH GATAL (SAKIT PUAN)

Saya berumur 25 tahun dan masih bujang. Saya sering mengalami kegatalan pada permukaan faraj. Kadang-kadang saya menggaru sampai terluka dan pedih apabila terkena air. Keadaan ini tetap berulang walaupun saya menggunakan pencuci faraj wanita.

Saya juga rasa tidak selesa di bahagian bawah faraj yang terasa apabila saya berjalan dan duduk. Ia seakan-akan rasa gatal di bahagian dalam lubang faraj. Apabila saya mencuci di sekitar lubang itu saya dapati seperti ada ketulan atau lebihan daging di lubang faraj.

Adakah ini petanda mereka yang menghidap kanser? Apakah yang perlu saya lakukan?

Gadis runsing,
Kuala Lumpur.

Mungkin anda sedang mengalami jangkitan kuman pada bahagian kemaluan dan faraj secara berterusan atau berulang.

Penggunaan pencuci wanita perlulah secara berhati-hati kerana sebahagiannya boleh mengubah pH persekitaran faraj dan mengundang jangkitan kuman. Sebahagiannya lagi boleh mengeringkan bahagian kemaluan dan menjadikannya mudah gatal sehingga mendorong perbuatan menggaru yang kemudiannya mengundang jangkitan kuman lain seperti bakteria yang banyak berada pada permukaan kulit kita.

Adakah anda pernah menjalani hubungan seks penetratif? Di bahagian manakah pada lubang faraj anda kedudukan ketulan itu? Adakah ia ketulan, bonggolan atau umpama lebihan daging saja? Kadangkala selaput dara boleh kelihatan seperti lebihan daging.

Eloklah anda meneliti bahagian terbabit berpandukan rujukan imej atau rajah bahan bacaan. Untuk kepastian, anda boleh menjalani pemeriksaan doktor. Pada masa sama, doktor dapat melakukan ujian sapuan lendir atau lelehan pada pangkal faraj untuk diuji sekiranya terdapat jangkitan kuman tertentu. Lain jenis kuman, lain pula jenis ubatnya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DIABETES BOLEH GUGAT EREKSI (SAKIT TUAN)

Saya berusia 44 tahun. Setahun lalu, saya terkena bisul di bawah paha berhampiran kemaluan. Disebabkan berdekatan kawasan kerandut zakar, doktor pakar syorkan pembedahan.

Sebelum itu, apabila tegang, zakar sangat keras dan menghala ke atas. Namun, selepas pembedahan, berat badan turun 15 kilogram dan ‘mood’ hilang serta muka menjadi sembam.

Kini, zakar hanya naik ke depan dan mengeras jika saya makan Viagra atau Cialis, jika tidak makan zakar tegang hanya seminit.

Kadangkala, Viagra atau Cialis tidak memberi kesan. Untuk pengetahuan doktor, apabila saya klimaks, tiada air mani keluar, malah saya hanya terasa sangat geli.

Adakah doktor tersilap bedah menyebabkan kurang rangsangan dan tidak tegak seperti dulu? Bolehkah saya berjumpa doktor untuk rawatan dan adakah ubat atau pembedahan untuk membetulkannya seperti sebelumnya?

LAN
Johor Bahru

Biasanya jika seseorang itu ada takungan nanah di kawasan tertentu pada tubuhnya, pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan doktor untuk memastikan sama ada dia menghidap kencing manis.

Rawatan akan diberi selain pembedahan untuk mengeluarkan takungan nanah. Diabetes boleh menyebabkan perubahan ketara kepada tubuh sehingga kelihatan sugul, tua dan kurang semangat.

Selain infeksi luar jangkaan seperti takungan nanah dalam badan, kencing manis memberi kesan ketara kepada urat saraf.

Keradangan urat saraf menyebabkan sensasi tubuh badan luar biasa seperti tapak kaki kebas dan penghujung zakar berasa ngilu jika disentuh.

Fungsi ereksi yang berada dalam kawalan urat saraf juga tergugat. Ereksi meragam, ada kalanya ada dan ada kalanya tiada.

Ereksi tidak kekal dan ejakulasi tidak bersemangat. Ada kalanya ejakulasi terlalu cepat akibat kegelian. Memang tidak dinafikan diabetes mengancam fungsi ereksi.

Lelaki mati pucuk atau gangguan fungsi ereksi wajib menjalani ujian darah untuk menentukan jika dia menghidap kencing manis.

Jika tidak pernah menjalani ujian mengesan penyakit kencing manis, anda perlu menjalaninya segera.

Jika benar ada penyakit kencing manis, anda perlu mendapatkan rawatan untuk menstabilkan tahap glukosa dalam darah.

Sistem tubuh akan stabil dan perubahan ketara kepada badan akan pulih, walaupun tidak sepenuhnya.

Masalah ereksi mungkin kekal, anda perlu mendapatkan ubat untuk mengatasinya. Secara kebetulan pembedahan dilakukan untuk mengawal kesihatan anda ke tahap stabil, seolah-olah mencetuskan masalah fungsi ereksi dan syahwat anda pula.

Saya pasti doktor yang cadangkan pembedahan itu tahu apa dilakukannya.

Saya boleh dihubungi melalui e-mel dr_tambi@yahoo.com jika saudara mahukan nasihat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TERJUNTAI TIADA MASALAH (SAKIT TUAN)

Saya menghadapi masalah zakar seperti terkulai walaupun boleh melakukan pancutan. Adakah ia tanda mati pucuk atau sperma yang keluar kemungkinan tidak subur kerana bilangannya sedikit?

Saya juga mudah mengalami ejakulasi. Sebenarnya, saya sering beronani sejak sekolah menengah dan sekarang berumur pertengahan 20-an.

Kebimbangan saya mula timbul apabila saya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Saya bimbang jika membiarkan masalah ini, ia akan memberi kesan lebih buruk.

ABDUL
Selangor

Sebilangan lelaki mempunyai zakar yang berjuntai, seakan-akan terkulai yang kemudian kelihatan besar dan mendongak ketika erek. Sebilangan lagi pula mempunyai zakar jenis kecil dan kecut ketika tidak erek dan membesar dan memanjang ketika erek.

Anda mungkin golongan lelaki yang mempunyai zakar berjuntai atau kelihatan terkulai. Ini bukan petanda mati pucuk atau yang menandakan masalah.

Anda masih muda dan mustahil mengalami masalah ereksi atau cepat klimaks kerana anda belum berkahwin dan belum bersama pasangan.

Kebanyakan lelaki yang pernah melakukan onani mendapati ereksi mula meragam dan zakar kelihatan kecil atau ‘terkulai’ selepas menghentikan amalan itu. Ia kelihatan kecil dan tidak bermaya kerana tidak dirangsang.

Namun jika amalan onani diteruskan, bimbang berlaku masalah lain pula. Jadi langkah berhenti beronani memang baik.

Anda perlu yakin kepada kesihatan seksual anda. Anda sihat dan mengalami ereksi pagi adalah petanda yang fungsi zakar anda sempurna.

Anda perlu amalkan gaya hidup sihat. Jaga makanan dan pastikan berat badan anda terjaga. Jika anda merokok atau minum minuman keras, elok hentikan.

Anda perlu lakukan senaman berkala.

Semua itu menjadi bekalan mencapai kesihatan seksual mantap dan berdaya tahan apabila mendirikan rumah tangga.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SIMPTOM 'WITHDRAWAL' (SAKIT TUAN)

Melakukan onani tabiat biasa bagi lelaki. Malah, ramai antara anda terbiasa dan sukar menghentikan tabiat itu.

Lagipun, semestinya sukar berhenti daripada perkara yang memberi keseronokan. Individu yang terperangkap dengan onani akan mendapati tidak mudah menghindari perbuatan itu.

Perasaan resah atau gelisah apabila tidak melakukan onani dikenali simptom ‘withdrawal’ yang membuatkan seseorang sukar memberhentikannya.

Jika mempunyai simptom itu, anda boleh dikatakan ketagih onani. Untuk mengelakkannya, anda perlu mengunci minda dan perlu sentiasa beranggapan onani tidak memberi kebaikan kecuali keletihan, kelesuan, berasingan dan berseorangan kerana mencari masa untuk melakukannya.

Simptom keradangan kulit zakar juga kerap berlaku kepada individu yang kerap beronani, antaranya kegatalan dan kemerahan di sekitar pergelangan zakar.

Ia sebahagian daripada kesan buruk amalan onani. Jika menggunakan sabun untuk beronani, kulit zakar akan menjadi kering dan gelap. Jika menggunakan tangan tanpa krim pelembap, kulit zakar akan kesat, kasar dan kelihatan gelap.

Jika menggunakan minyak, mungkin bahan dalam minyak memberi alahan kepada kulit. Jika merangsang diri dengan menonton cerita lucah, tentu anda akan ketagih filem porno pula.

Ini memberatkan lagi usaha berhenti melakukan onani. Anda perlu berfikir panjang. Jika ketagih onani, anda akan mendapati anda tidak dapat mengelakkannya walaupun selepas berkahwin.

Malah, anda mungkin melebihkan perbuatan itu kerana lebih selesa daripada berdampingan dengan isteri.

Saranan saya kepada lelaki yang masih mengamalkan onani, berhentilah segera. Lebih cepat anda hentikannya, lebih cepat kehidupan anda menjadi lebih cerah.

Jika amalan onani itu memberi kesan kepada zakar seperti keradangan kulit, anda perlu berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.

Ia mungkin kesan amalan onani, alahan kepada minyak atau krim atau apa-apa yang anda gunakan untuk melakukan onani atau anda mempunyai masalah penyakit kulit.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENDARAHAN SELEPAS HAID (SAKIT PUAN)

Soalan

Salam doktor, saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya adalah seorang pelajar luar negara. Saya mengalami pendarahan selepas haid hampir setiap bulan semenjak lima tahun yang lalu. Kebaisaannya pendarahan itu berlaku dalam tempoh dua tiga hari selepas saya habis haid dan belanjutan sehingga 5-7 hari. Saya sudah berjumpa doktor di negara yang saya belajar tetapi hanya mentertawakan saya dan katanya itu hanya ovulation spotting. Tetapi apa yang merungsingkan saya ialah cecair yang keluar itu agak lama, kadang-kadang berwaran hitam dan keluar dengan cecair seperti air kencing, kadang kala ia keluar bersama-sama dengann lendir yang terdapat darah tetapi tidak begitu banyak, cukup sekadar sya memakai pantyliner. Mohon penjelasan doktor. Pada kebiasaannya, tempoh haid adalah antara tiga hingga lima hari.

Jawapan

Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan keluar dari faraj selepas kitaran haid seorang wanita berakhir. Pendarahan haid dalam kitaran haid yang normal perlu berakhir kerana bagi akan memulakan proses reproduktif yang baru.

Walau bagaimanapun pendarahan selepas haid membuatkan wanita menjadi bimbang, dan berfikir mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada sistem badan mereka.

Hal ini sebenarnya disebabkan uterus masih mengeluarkan baki aliran darah haid dari badan, yang tidak habis semasa kitaran kitaran yang normal.

Biasanya pendarahan ini akan disedari semasa wanita membersihkan bahagian sulit mereka. Warna darah biasanya adalah merah cair atau mungkin juga coklat pekat pada keadaan tertentu.

Doktor akan memberitahu anda, jika pendarahan ini berlaku hanya untuk sehari atau dua hari, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Tetapi, jika pendarahan ini berlaku setiap kali selepas haid untuk tempoh melebihi seminggu, perlu mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

Mengapa berlaku pendarahan selepas tempoh haid? Hal ini berlaku biasanya seminggu selepas tempoh haid, darah yang keluar berwarna coklat, mungkin disebabkan uterus tidak mengeluarkan semua tisu menstrual semasa tempoh pendarahan haid.

Tisu menstrual adalah tisu endometrium pada dinding rahim menstrual yang akan keluar sebagai darah haid apabila sampai tempoh pendarahan haid.

Oleh sebab kerana lebihan tisu atau darah haid ini tidak dikeluarkan secara sempurna, maka bakinya akan  dikeluarkan dalam masa tempoh seminggu atau dua minggu selepas tempoh haid berakhir.

Jika situasi ini tidak berlaku setiap bulan dan hanya sedikit pendarahan yang berlaku, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Tetapi jika situasi ini kerap berlaku dan pendarahan yang dialami pula banyak, maka pemeriksaan yang lebih teliti harus dijalankan.

Pendarahan selepas haid mungkin juga berlaku atas faktor-faktor lain, seperti perubahan hormon secara tiba-tiba pertambahan berat badan, bebanan tekanan emosi dan fizikal atau mula mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar ovari.

Selain itu pengambilan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan pendarahan selepas haid. Masalah kesihatan seperti diabetes, kanser dan tiroid juga boleh menjadi punca untuk hal ini berlaku.

Pengambilan ubat atau suntikan pencegahan kehamilan dan juga wanita yang berhenti mengambil ubat tersebut secara tiba-tiba juga menyebabkan hal yang sama.

Remaja yang mengalami situasi ini biasanya disebabkan oleh kitaran haid mereka yang belum stabil akibat kelenjar ovari yang belum matang.

Akhir sekali, pendarahan selepas haid ini juga mungkin disebabkan kehadiran ketumbuhan fibroid dalam rahim. Walaupun ketumbuhan fibroid ini tidak merbahaya, ia patut dibuang segera sebelum ia membesar dan mengganggu rutin seharian seorang wanita.

Oleh itu dapatkan nasihat doktor dan lakukan pemeriksaan jika pertama, berlaku aliran darah yang berwarna merah cair yang banyak bila haid berakhir. Kedua, apabila pendarahan berlaku berserta dengan sakit pada pelvik, sama ada sakit biasa mahupun kesakitan yang kuat dan yang terakhir pendarahan berlaku selepas melakukakan melakukan hubungan intim bersama suami.

(Sumber Internet)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENDARAHAN 44 HARI (SAKIT PUAN)

SEBULAN sebelum bermulanya puasa baru-baru ini, saya mengalami keguguran ketika kandungan saya mencecah usia empat bulan. Selepas keguguran, saya mengalami pendarahan seperti kebanyakan wanita lain yang keguguran sepanjang 44 hari.

Dalam bulan puasa lalu, saya hanya sempat berpuasa selama dua hari. Dalam tempoh pendarahan itu, saya berfikir mungkin darah nifas saya yang belum kering tetapi dua hari sebelum raya, saya mengalami pendarahan lagi.

Hari pertama dan kedua, darah keluar sangat banyak sampai membasahi seluar yang saya pakai. Ia disertai ketulan darah sebesar hati ayam dan setiap kali saya mengalami sakit pinggang, ketulan darah itu keluar lagi. Dari 17 Ogos hingga hari ini, darah masih lagi keluar (kira-kira 22 hari).

Kebiasaannya, saya didatangi haid selama tujuh hari saja tetapi situasi sekarang membuatkan saya sangat risau. Kadang-kadang darah itu berwarna coklat, kadang-kadang merah pekat. Harap doktor dapat memberi sedikit penerangan mengenai masalah saya ini dan langkah yang harus saya lakukan.

INSAN KELIRU
Petaling Jaya, Selangor.

JARANG wanita bersalin mengalami pendarahan selama 44 hari, lazimnya hanya dua minggu. Tambahan pula, rahim anda cuma membesar kepada saiz hamil empat bulan, maka ia dijangka lebih cepat mengecut kepada saiz asal iaitu pendarahan pun berhenti lebih awal.

Kadangkala, pengambilan produk tambahan yang dikhuatiri mengandungi hormon menyebabkan keadaan ini. Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan tiada masalah pada dinding dalaman rahim.

Doktor juga akan melakukan ujian darah hormon BhCG bagi mengenepikan kemungkinan keadaan kandungan molar separa. Jika anda ada mengambil sesuatu suplemen tambahan, anda mungkin ingin menghentikannya terlebih dulu dan melihat perubahan selepas itu. Keguguran yang tidak habis keluar lazimnya sudah pun mengakibatkan kesan tambahan misalnya sakit dan demam akibat jangkitan kuman dan seumpamanya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

WANITA TERTEKAN SETAHUN KAHWIN BELUM HAMIL (SAKIT PUAN)

SAYA sudah mendirikan rumah tangga selama setahun tetapi masih belum hamil. Umur saya 32 tahun, saya jadi tertekan apabila orang sekeliling bertanya mengenai kehamilan.

Untuk pengetahuan doktor, kitaran haid saya normal dengan berat badan 47 kilogram tetapi setiap kali hendak didatangi haid, saya cuma mengalami kegatalan pada alat sulit dan sedikit keputihan.

Tapi keadaan itu tidak lama cuma sehari sebelum didatangi haid. Selepas itu kegatalan itu hilang. Apa saja yang diberitahu oleh rakan mengenai ubat-ubatan untuk menggalakkan kesuburan sudah saya cuba tetapi masih belum hamil.

Saya semakin risau. Apakah yang menyebabkan saya sukar untuk hamil? Adakah cara lain atau ubat-ubatan untuk meningkatkan peluang saya hamil?

LYZA
Kuala Lumpur

SETELAH setahun, hampir 85 peratus wanita berjaya hamil. Eloklah anda menjalani pemeriksaan kesuburan tanpa menunggu lebih lama lagi kerana pada penghujung tahun kedua, hanya sekitar tujuh peratus daripada kumpulan awal wanita terbabit yang berjaya hamil sendirian.

Kadangkala, ia berpunca daripada sebelah pihak saja sama ada anda ataupun suami, kadangkala ia berpunca daripada kedua-dua pihak.

Hanya 10 peratus pasangan yang didapati tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan. Walaupun anda dan suami mungkin tidak mempunyai masalah dan termasuk dalam golongan 10 peratus itu, teknik mudah seperti inseminasi sperma (IUI) dapat meningkatkan peluang kehamilan golongan ini kepada empat hingga lima kali ganda.

Tidak perlu rasa malu untuk mendapatkan rawatan kesuburan, peluang kejayaan rawatan semakin rendah apabila usia wanita semakin meningkat. Saya tidak dapat menjawab persoalan punca anda masih belum hamil.

Faktor haid teratur tidak bermakna faktor lain yang mempengaruhi kesuburan juga normal.

Anda juga dinasihatkan menjaga pemakanan berkhasiat, mengambil pil asid folik (bukan ubat kesuburan), tidak merokok serta tidak mengambil minuman alkohol dan kerap mengadakan hubungan seks; berselang sehari atau berselang dua hari sejurus selepas anda bersih daripada haid.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RISIKO RAHIM PECAH (SAKIT PUAN)

SAYA ibu kepada dua orang anak. Anak sulung berusia dua tahun sembilan bulan dan adiknya berusia 10 bulan.

Kini saya hamil anak ketiga dengan usia kandungan baru sebulan.

Saya melahirkan kedua-dua anak saya menerusi pembedahan Caesarean.

Adakah saya boleh bersalin normal untuk anak ketiga ini? Sekiranya anak ketiga juga dilahirkan menerusi pembedahan, adakah ia mendatangkan kesan kepada rahim saya?

IBU INGIN TAHU
Kuala Lumpur

ANDA mungkin kurang jelas dengan penerangan doktor yang merawat anda sewaktu kehamilan atau kelahiran terdahulu.

1. Setelah pembedahan Caesarean, ibu lazimnya dinasihatkan untuk menjarakkan kehamilan bagi membolehkan parut pada dinding rahim ‘sembuh’ serta menjadikan kesihatan ibu optimum sebelum hamil semula.

2. Selepas dua kali pembedahan Caesarean, kelahiran seterusnya adalah secara pembedahan Caesarean juga. Malah, pembedahan ini dilakukan dua minggu dari tarikh jangkaan bersalin secara elektif. Ini bagi mengelakkan anda didatangi kontraksi bersalin yang boleh melemahkan rahim terutama pada kawasan parut sehingga menyebabkan parut terbabit merekah dan berlaku pendarahan teruk yang membahayakan nyawa anda dan janin atau bayi.

3. Memilih untuk bersalin secara normal juga meningkatkan risiko rahim pecah (parut merekah) kepada sebanyak empat kali ganda berbanding wanita lain. Ini kerana semakin banyak pembedahan pada rahim, keutuhan dinding rahim semakin lemah dan tidak mampu bertahan terutama sewaktu sakit bersalin (kontraksi rahim).

4. Dalam kehamilan ini, doktor juga akan memeriksa lebih mendalam misalnya pada uri sama ada ia tumbuh ke dalam parut dinding rahim (plasenta accreta).

5. Persediaan doktor dalam melakukan pembedahan juga mengambil kira:

Memastikan paras hemoglobin darah anda berada pada tahap optimum.

Memeriksa laporan pembedahan terdahulu dan mengambil tahu mengenai kesukaran atau masalah yang didapati sewaktu pembedahan terbabit misalnya keadaan perlekatan, ketebalan dinding rahim dan seumpamanya.

Menyediakan darah terlebih dulu bagi menghadapi kemungkinan anda mengalami pendarahan dan memerlukan pemindahan darah.

Kemudahan pembedahan, waktu pembedahan, persediaan doktor bius dan seumpamanya.

6. Anda juga mungkin dinasihatkan untuk tidak hamil lagi selepas ini kerana risiko yang diterangkan di atas.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SEMBILAN BULAN TAK DATANG HAID (SAKIT PUAN)

SELEPAS saya melahirkan anak kedua pada tahun lalu, saya belum didatangi haid hingga kini iaitu sudah sembilan bulan.

Anak saya masih menyusu badan dan saya tidak mengambil sebarang ubat perancang. Saya juga sudah membuat ujian kehamilan dan saya tidak hamil. Apakah masalah yang saya hadapi?

Amy
Kuala Lumpur

SEBELUM menjawab soalan anda, saya andaikan anda tidak mengalami masalah sewaktu kelahiran anak kedua anda serta tidak mengambil sebarang ubat serta produk kesihatan lain yang sebenarnya mungkin mengandungi bahan bersifat hormon.

Penyusuan badan boleh menyebabkan ketiadaan haid. Keadaan ini dinamakan amenorea laktasi yang disebabkan oleh peningkatan hormon prolaktin dalam proses penghasilan susu badan.

Bagaimanapun, saya tidak dapat mengenepikan sama ada anda sendiri mempunyai penyakit lain yang juga boleh menyebabkan ketiadaan haid, tanpa anda menjalani pemeriksaan seeloknya dengan pakar sakit puan berhampiran. Ini kerana selain penyusuan badan, beberapa penyakit atau sindrom boleh menyebabkan masalah serupa.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

STRES GANGGU ATURAN OVULASI (SAKIT PUAN)


SAYA mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kedatangan haid lebih dari 15 hari. Kini sudah hampir 20 hari saya mengalami keadaan ini.

Masalah ini baru saja berlaku iaitu kali kedua saya mengalaminya. Saya ingin tahu punca masalah ini yang membuatkan saya risau mengenai kesihatan saya. Harap doktor dapat membantu.

Salina
Kuala Lumpur

MUNGKIN ia hanya berpunca daripada stres yang mengganggu aturan ovulasi serta hormon berkaitan kitaran haid. Mungkin juga ia berpunca daripada beberapa penyakit berkaitan.

Anda disarankan menjalani pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti jika terdapat penyakit berkaitan. Jika tiada dan ia hanya disebabkan oleh stres, sepatutnya ia pulih setelah faktor stres terbabit diatasi (kebiasaannya dalam tempoh sekitar tiga bulan saja).

Namun, bagi mana-mana keadaan, anda perlu mengambil langkah tambahan untuk menampung pendarahan berpanjangan sebelum anda mengalami komplikasi seperti simptom akibat kekurangan darah (anemia) dan seumpamanya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TIGA TAHUN TIADA ANAK (SAKIT PUAN)


SAYA sudah berkahwin selama tiga tahun dan masih belum menimang cahaya mata.

Saya juga tidak pernah mengambil sebarang pil perancang. Kadangkala selepas melakukan hubungan intim dengan suami, saya dapati terdapat sedikit pendarahan di bahagian alat sulit tetapi saya tidak merasakan sebarang sakit.

Mengapa keadaan ini berlaku? Adakah keadaan ini juga punca saya sukar hamil?

Hadila
Kuala Lumpur

ELOKLAH anda menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Pendarahan selepas hubungan seks mungkin lebih disebabkan oleh keadaan atau penyakit pada serviks (pangkal rahim) atau faraj.

Pemeriksaan mudah menggunakan alat spekulum membolehkan doktor melihat ke seluruh permukaan faraj dan ekto-serviks jika terdapat punca atau kawasan pendarahan itu yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman berterusan, keadaan ektropion serviks, ulser ketumbuhan dan seumpamanya.

Pada masa sama, doktor anda boleh melakukan pemeriksaan kesuburan. Ini termasuk pertanyaan berkaitan, pemeriksaan seperti pemeriksaan rahim dan ovari menggunakan kaedah ultrabunyi trans-vaginal, pemeriksaan tiub fallopio menggunakan kaedah sinaran-X (HSG) atau lebih lengkap lagi secara pembedahan laparoskopi serta ujian air mani suami anda.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MASALAH KEGUGURAN BERULANG (SAKIT PUAN)

Soalan

ASSALAMUALAIKUM, saya baru sahaja keguguran seminggu lalu. Kandungan saya mencecah dua bulan setengah. Masalah saya ini keguguran kedua. Keguguran pertama juga kandungan saya masuk dua bulan. Kedua-duanya turun sendiri bersama sarung. Saya juga tidak menggunakan kaedah D&C kerana menurut doktor rahim saya sudah kosong dan bersih.

Di sini saya ingin bertanya doktor adakah disebabkan janin saya atau rahim saya tidak kuat. Suami saya juga kuat mengambil ubatan seperti ubat asma. Adakah itu juga puncanya?

Saya ingin minta pendapat doktor apa perkara yang sesuai untuk saya lakukan. Adakah saya perlu terus makan asid folik atau buat rawatan selanjutnya. Berapa bulan saya perlu berehat sebelum hamil semula. Saya berharap doktor dapat membantu saya memberi pendapat.

Azlini
Pantai Permai, Kuala Lumpur.

Jawapan

PUAN Azlini, keguguran tersebut bukan disebabkan janin tidak kuat atau ubat asma yang diambil oleh suami. Anda boleh teruskan pengambilan folik asid untuk memberi banyak kebaikan kepada ibu dan janin.

Jika anda mengalami keguguran untuk kali kedua, doktor mungkin menyarankan beberapa ujian untuk mengenalpasti sebab keguguran tersebut. Walau bagaimanapun, biasanya anda tidak akan dirujuk kepada pakar sakit puan, kecuali jika anda mengalami tiga kali keguguran atau lebih berturut-turut. Walaupun setelah menjalani beberapa jenis ujian, pada kebiasaannya penyebab keguguran tidak dapat dipastikan. Masalah-masalah kesihatan biasanya bukan penyebabnya. Kehamilan seterusnya mungkin akan berjaya.

Hari-hari dan minggu-minggu selepas keguguran boleh jadi sangat sukar, terutama sekali jika ini bukanlah keguguran pertama anda atau jika anda telah merancang kehamilan dengan berhati-hati. Adalah normal bagi anda merasa terkejut, sedih, murung, letih dan berasa seperti mengalami kegagalan. Anda mungkin merasa seperti segala-gala yang anda harapkan hancur berkecai dalam sekelip mata. Anda juga mungkin mengalami kemurungan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan harian dan tidak boleh tidur. Ingatlah bahawa anda dan suami tidak dipersalahkan. Keguguran yang berlaku dalam trimester pertama (kurang dari tiga bulan) kehamilan adalah perkara yang sangat biasa berlaku.

Keguguran tidak memberi kesan ke atas keupayaan anda untuk hamil lagi. Mengalami keguguran tidak semestinya menandakan anda mempunyai masalah kesuburan. Malah, kajian menunjukkan bahawa setengah dan tiga perempat daripada wanita yang pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali atau lebih akhirnya melahirkan bayi yang sihat tanpa memerlukan sebarang rawatan perubatan yang khusus. Selepas keguguran kali pertama, risiko keguguran untuk kali kedua sama dengan sebelumnya, dan walaupun selepas dua kali keguguran, risiko keguguran kali ketiga hanya meningkat sedikit sahaja.

Kebanyakan doktor mengesyorkan anda tunggu sehingga anda mendapat sekurang-kurangnya satu ke dua kali haid yang normal sebelum mencuba untuk hamil semula. Ini bagi memberi peluang kepada badan anda kembali normal. Tetapi jangan lupa bahawa anda juga perlu sembuh dari segi emosi sebelum anda bersedia untuk cuba hamil lagi.

Dalam minggu-minggu pertama kehamilan, cubalah berehat sebanyak mungkin dan lapangkan fikiran. Anda juga boleh minta doktor menjalankan imbasan ultrabunyi awal. Setelah anda dapat melihat degupan jantung bayi, anda mungkin berasa lebih tenang dan yakin. Jadi teruslah berusaha, jangan sesekali berputus asa.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PILIH WAKTU SUBUR (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan yang lepas. Kami sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata. Tetapi setiap kali bersama saya mendapati air mani suami saya meleleh keluar walaupun saya tidak bergerak. Apabila saya bangun tidur keesokan harinya, saya dapati kain saya terdapat tompokan air mani. Apabila saya membuang air kecil juga, air mani akan meleleh keluar. Saya juga telah meletakkan bantal di bawah punggung ketika bersama. Peluang untuk saya hamil akan tipis sekiranya air mani suami selalu tumpah. Adakah keadaan ini mengganggu usaha kami untuk mendapatkan zuriat?

Rosnah
Johor

Jawapan

TAHNIAH kepada anda berdua yang baharu memasuki gerbang perkahwinan sebulan yang lepas, Selamat Pengantin Baru!

Jika diizinkan Allah, peluang anda tidaklah tipis. Janganlah puan gusar. Teruskan usaha seperti biasa. Waktu subur adalah penting bagi wanita. Pada kebiasaannya peluang untuk hamil adalah dalam 80 hingga 90 peratus pada tahun pertama perkahwinan bagi wanita yang tidak mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Semasa hubungan seks, setelah proses ejakulasi, sperma (benih lelaki) akan bergerak sendiri ke saluran pembiakan (salur Fallopio) wanita secara semula jadi. Pada waktu subur wanita, lendiran mukus akan dihasilkan di permukaan serviks untuk membantu pergerakan sperma dan melindungi sperma daripada tindakan persekitaran faraj yang berasid.

Walaupun kehamilan boleh terjadi daripada ejakulasi air mani ke dalam faraj (vagina) tanpa penetrasi, namun peluang untuk hamil lebih tinggi sekiranya ejakulasi berlaku berhampiran serviks.

Teknik

Teknik hubungan seks tidaklah penting kecuali apabila kedudukan zakar tidak berada di tempat sepatutnya seperti dalam dubur atau di celah paha pasangan, iaitu bukannya di dalam faraj. Pengeluaran cecair dari faraj (lelehan yang keluar dari faraj) selepas persetubuhan adalah suatu perkara biasa dan tidak mempengaruhi peluang untuk hamil.

Adalah amat penting juga bagi seseorang wanita yang ingin hamil mengetahui waktu subur mereka. Sperma dapat hidup selama 48 hingga 72 jam dalam salur Fallopio wanita. Jadi, amatlah penting hubungan seks dilakukan semasa waktu subur mengikut kitaran haid. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitaran haid yang sebelumnya, carta suhu, atau perubahan kelikatan mukus (lendiran) serviks.

Sperma perlu berada dalam salur Fallopio pada waktu subur ini kerana telur hanya dapat bersenyawa untuk beberapa jam. Dengan mengadakan hubungan seks semasa waktu subur, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing. Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa adanya hubungan seks selama 2 atau 3 hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi dengan melakukan hubungan seks dengan lebih kerap.

Tidak mengadakan hubungan seks dalam jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan dua kemungkinan. Pertama, risiko terlepas waktu ovulasi dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Adalah penting untuk mengagak bilakah proses ovulasi berkemungkinan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Perkara lain yang patut dititikberatkan ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik sahaja telur dikeluarkan.

Dengan kata lain, waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks adalah sebelum proses ovulasi. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai adalah dari hari ke 10 hingga hari ke 16. Jika persetubuhan berlaku setelah proses ovulasi, peluang untuk hamil adalah rendah.

Wanita tidak perlu berbaring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur Fallopio. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung kepada posisi-posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita. Jadi, tidak perlulah untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Petua orang-orang tua yang meletakkan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki sebenarnya tidak membantu dalam proses persenyawaan.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BUANG PAYUDARA ELAK KANSER? (SAKIT PUAN)

Angelina Jolie menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payu dara dan memasukkan implan.

TIDAK dinafikan ramai yang mengagumi kecantikan tubuh badan aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Pengakuan Jolie melalui artikel bertajuk My Medical Choice yang diterbitkan oleh New York Times, telah mengejutkan dunia apabila memberitahu bahawa beliau menjalani kaedah mastektomi membuang kedua-dua payu daranya untuk mengelak diserang kanser payu dara.

Jolie berkata, dia menjalani pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payu dara. Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu.

Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April lepas, dia menjalani pembedahan ke atas kedua-dua payu daranya. Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu adalah kerana memikirkan kepentingan anak-anaknya selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama ketika berusia 56 tahun.

"Ibu saya berjuang menentang kanser selama hampir sedekad dan meninggal dunia semasa berumur 56 tahun," katanya.

"Risiko saya mendapat kanser payu dara telah menurun daripada 87 peratus kepada lima peratus sahaja," katanya.

Menurutnya, selepas menjalani ujian genetik, dia didapati membawa gen BRCA1 dan mempunyai 87 peratus untuk menghidap kanser payu dara.

Proses pembuangan payu daranya itu bermula pada 2 Februari lalu. Menurutnya, dua minggu kemudian, dia membuang tisu payu daranya. Jolie berkata, sembilan bulan kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payu dara dan memasukkan implan.

"Saya tidak berasa sebarang kekurangan sifat kewanitaan. Ia (pembedahan itu) merupakan pilihan yang paling tepat," katanya.

Walaupun telah menjalani mastektomi, aktres tersohor itu bagaimanapun masih mempunyai peluang lima peratus diserang kanser payu dara . Jolie juga kini dilaporkan tidak akan teragak-agak membuang rahimnya untuk mengelak diserang kanser rahim pula.

Kanser payu dara


LAZIMNYA kanser payu dara dikaitkan dengan kaum wanita walaupun terdapat sebilangan kecil daripada kaum Adam yang menghidapinya.

Pengalaman mereka yang pernah menghidap kanser ini, sudah pasti trauma atau umpama mimpi ngeri dan tidak ingin berulang ke atas diri sendiri lagi.

Manakan tidak, mereka yang ingin membuang barah tersebut terpaksa membuat pilihan sama ada kehilangan payu dara atau menempah maut.

Hal inilah yang seringkali membelenggu kebanyakan penghidap kanser payu dara terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

Tindakan berani Angelina Jolie menunjukkan beliau tidak mahu kehilangan nyawa kerana kanser sebaliknya dia sanggup membuang payu dara walaupun belum disahkan menghidap kanser.

Menurut Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah, Jolie mengambil keputusan yang baik dengan membuang payu daranya kerana dia mengetahui dirinya berisiko tinggi menghidap kanser kerana faktor genetik. Pun begitu, tidak bermakna dengan membuang payu dara, bahagian organ badan lain tidak berisiko diserang kanser. Dalam hal ini, usaha Jolie dilihat positif kerana cuba mencegah daripada diserang kanser payu dara walaupun keputusan ini sangat sukar dilakukan terutamanya mereka yang sudah disahkan menghidap kanser.

Dr. Jonah memberitahu, ramai pesakit walaupun sudah berada di peringkat kanser serius tidak mahu membuang payu dara mereka kerana malu dan takut disisihkan keluarga dan masyarakat.

Jelasnya, lebih teruk daripada itu, terdapat juga sesetengah wanita yang langsung tidak menyedari bahawa payu daranya telah diserang barah walaupun telah berulang kali menjalani pemeriksaan di hospital atau pemeriksaan sendiri payu dara (PSP).

"Setiap wanita perlu mencegah di peringkat awal lagi. Lebih selamat ialah dengan cara menjalani proses pengimbasan kanser menggunakan pengimbas mammografi yang mampu mengesan ketumbuhan membabitkan kanser payu dara pada peringkat awal dengan tepat.

Dalam kes ini, wanita yang berusia 40-an lebih sesuai untuk kaedah mamogram," ujarnya yang ditemui di Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Ramai yang tidak tahu mereka berpeluang untuk mendapatkan payu dara baru dengan kaedah implan dan pembentukan semula payu dara .

"Sikap wanita tersebut tidak boleh disalahkan. Ini kerana setelah beberapa tahun hidup tanpa payu dara mereka telah pasrah dan mula menganggap hidup mereka tidak lagi bermakna ekoran seringkali berhadapan dengan tekanan yang bersifat psikologi. Dalam hal ini, sokongan keluarga terutamanya suami sangat penting," katanya.

Tambah beliau, perasaan sedemikian tidak perlu timbul lagi kerana kemajuan bidang perubatan dunia tidak pernah menyisihkan golongan ini.

Malah, kajian demi kajian dijalankan oleh pakar berkaitan semata-mata mencari penawar penyakit tersebut.

"Kini wanita boleh tampil semula lengkap dengan pakej 'wanita sejati' melalui proses pembentukan dan pengimpalan semula payu dara atau 'breast reconstruction' yang telah sinonim dengan pesakit kanser payu dara di Eropah.

"Malaysia agak lewat sedikit kerana saya difahamkan kebanyakan pesakit tidak mendapat pendedahan khusus mengenai peluang mendapatkan payu dara baru daripada pakar-pakar yang merawat mereka," katanya.

'Breast reconstruction' adalah pembedahan atau pengimpalan payu dara untuk mengembalikan semula bentuknya selepas kedua-dua atau separuh daripada payu dara pesakit kanser musnah oleh sel-sel barah hinggakan ia terpaksa dibuang sepenuhnya (mastectomy) atau separuh sahaja (lupectomy).

Dalam pada itu, Dr. Jonah menasihati wanita supaya mengenali simptom-simptom kanser payu dara termasuk ketulan dalam payu dara, perubahan dari segi saiz dan bentuk payu dara serta pengeluaran bendalir daripada puting.

"Pengesanan kanser payu dara awal boleh dilakukan menerusi pemeriksaan sendiri atau melalui mamografi dari semasa ke semasa. Kesemua kaedah ini membantu mengesan kanser lebih awal.

Rawatan kanser payu dara antaranya termasuk radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan mastektomi. Mastektomi adalah sejenis pembedahan yang selamat dengan sebilangan besar pesakit pulih tanpa sebarang komplikasi.

Seperti pembedahan, tiada satu yang boleh dilakukan tanpa risiko. Antara risikonya bagi sebarang pembedahan termasuk pendarahan, jangkitan atau kecederaan pada kawasan berdekatan dengan tisu-tisu," ujarnya.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MENGELAK JANGKITAN BERULANG (SAKIT PUAN)

Soalan

Assalamualaikum. Saya mengalami masalah gatal-gatal di kawasan faraj saya. Masalah gatal-gatal ini membuatkan saya tidak selesa untuk menjalani aktiviti harian. Bolehkah doktor terangkan apakah punca dan kesannya?

NZ
Shah Alam

Jawapan

Pada kebiasaannya masalah gatal boleh disebabkan oleh jangkitan kandida pada faraj disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (Candida albicans) yang ada dalam faraj. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan faraj wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada faraj. Selalunya bagi pesakit yang menghidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessari dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya. Masalah jangkitan oleh kandida dan trikomonas dimanisfestasi oleh gejala pengeluaran lendir yang berbau dari faraj, banyak, ada yang berkeladak dan berwarna kehijauan.

Ada juga penyebab lain yang menimbulkan masalah yang sama seperti mana yang dihadapi anda. Salah satunya adalah, infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, di mana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus.

Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru). Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Seluruh anggota keluarga dalam satu rumah harus mengambil ubat tersebut kerana infeksi berulang boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Untuk mengurangi rasa gatal, boleh disapukan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus (dubur) sebanyak hingga tiga kali sehari.

Rawatan

Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk tiga malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlu dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, haruman pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi detergen. Saya harap usah malu dan janganlah melengah-lengahkan untuk mendapat rawatan. Berjumpalah dengan doktor dan rawatan yang terbaik dapat diberikan. Moga masalah kegatalan yang sudah menghantui diri anda ini dapat dihindarkan.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RAMAI TIDAK SEDAR FIBROID RAHIM (SAKIT PUAN)

KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan.

Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound.

"Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.

"Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya.

Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.

Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa.

Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya.

Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang.

"Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya.

Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor.

Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya.

"Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya.

Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang.

Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.

Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid.

"Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya.

Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu.

Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan.

"Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya.

Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus.

Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan.

Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah.

"Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya.

Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter.

"Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.

Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SENGGUGUT SELEPAS BERKAHWIN (SAKIT PUAN)

Soalan

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya sudah berkahwin hampir enam bulan. Saya dan suami juga sudah bersedia untuk memiliki zuriat. Apa yang merisaukan saya sekarang adalah senggugut saya yang teruk selepas berkahwin. Sebelum berkahwin saya tidak mengalami senggugut hanya sakit perut biasa yang dapat saya kawal. Tetapi semenjak saya kahwin pada Disember tahun lepas, semasa haid saya pada bulan Januari tahun ini saya mengalami senggugut yang teruk sehingga tidak boleh bangun. Sudah banyak klinik yang saya pergi tetapi saya hanya diberitahu doktor masalah berkenaan disebabkan perubahan hormon dan hanya diberi ubat tahan sakit. Adakah berbahaya senggugut yang saya hadapi selepas kahwin ini doktor?

Nadia
Pahang

Jawapan

Wa'alaikumusallam Nadia, kesakitan yang dialami semasa berlangsungnya haid dipanggil senggugut atau dismenorea (dysmenorrhea). Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

Terdapat dua jenis senggugut, iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaannya ia sering dialami pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut sekunder pula disebabkan oleh endometriosis.

Endometriosis pula merujuk kepada keadaan di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita.

Masalah senggugut yang dialami anda berkemungkinan tinggi disebabkan oleh penyakit endometriosis. Walaupun ada sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan senggugut, maklumat yang anda berikan membawa kepada diagnosis yang paling ketara iaitu endometriosis. Dalam keadaan endometriosis, wanita biasanya mengalami senggugut dan mungkin juga sakit bila mengadakan hubungan seksual dengan suami. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh organ-organ di bahagian pelvis yang melekat (adhesion) atau juga salur Fallopionya mengalami penyumbatan.

Punca sebenar endometriosis masih tidak diketahui. Malah bagi sesetengah wanita, risiko untuk mendapat endometriosis mungkin ada sekiranya terdapat saudara-mara perempuan mereka mengalami masalah yang sama. Sungguhpun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, namun banyak teori telah dikemukakan untuk lebih memahami dan menjelaskan perkembangannya. Ada teori yang mengatakan ia disebabkan pendarahan haid yang berundur atau bergerak secara menyongsang (retrograde menstruation) ke dalam pelvis, aras hormon estrogen yang berlebihan, tisu endometriosis juga boleh merebak melalui salur darah dan tumbuh di tempat-tempat yang jauh dari rahim seperti di dalam paru-paru atau otak dan juga teori metaplasia.

Untuk mengetahui penyebab sebenar senggugut anda, sebaiknya anda perlu diperiksa oleh pakar sakit puan. Selain daripada ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) untuk melihat jika ada sista (pembengkakan ovari), ujian laparoskopi juga boleh dilakukan untuk memastikan ia adalah endometriosis dan juga untuk melihat jika terdapat pelekatan dan penyumbatan pada salur Fallopio. Jika diagnosis yang dibuat doktor adalah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan cara terbaik ialah jika wanita tersebut cepat hamil.

Sebab-sebab lain senggugut adalah jangkitan pada bahagian pelvik (pelvic inflammatory disease), adenomyosis dan juga masalah fibroid. Maka, anda perlu diperiksa secara teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat dan perlu diberi rawatan yang sewajarnya secepat mungkin supaya penyakit ini tidak melarat sehingga susah dirawat kelak.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MANFAAT SUSU MANUSIA (SAKIT PUAN)


SAYA baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Saya ingin menyusukan anak saya ini. Apakah kebaikan susu ibu dan bagaimana saya mahu menambah susu badan? Adakah suplemen tambahan yang sering diiklankan oleh media dapat membantu? Saya juga keliru kerana ibu menyuruh saya memakan jamu ketika berpantang. Tidakkah ia memberi kesan kepada bayi saya?

Zu
Pulau Pinang

JAWAPAN

AMALAN penyusuan ibu bukan sahaja sesuatu yang digalakkan oleh agama Islam malahan disokong oleh asas-asas saintifik. Dari segi isi kandungannya, susu ibu memang begitu lengkap sebagai makanan pertama dan utama bagi bayi.

Susu ibu mengandungi zat-zat makanan yang cukup. Malahan nisbah zat-zat tersebut juga seimbang dengan keperluan seseorang bayi bermula dari masa kelahiran dan seterusnya. Kandungan zat tersebut juga sentiasa berubah mengikut keperluan seorang bayi dari semasa ke semasa. Tambahan pula susu badan mengandungi beberapa jenis antibodi yang dapat melindungi seseorang bayi itu daripada diserangi oleh cirit-birit, penyakit saluran pernafasan serta beberapa penyakit kulit yang tertentu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung atau susu formula atau susu lembu. Dengan memeluk anak kecil dan mengalirnya air susu daripada ibu kepada anak, maka kasih sayang ibu turut mengalir.

Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.

Rangsangan


Seperti yang anda sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan seperti kerap menyusu. Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada siang hari.

Jika bayi tidur lebih daripada tiga jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada empat hingga lima jam. Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan sebanyak 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin bagi menghasilkan lebih banyak susu. Ketika bayi menyusu, rangsangan sensori itu akan dikirim ke otak. Otak kemudian memberi reaksi mengeluarkan hormon prolaktin yang masuk ke dalam aliran darah menuju kembali ke payu dara. Hormon prolaktin merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja dengan lebih kuat bagi mengeluarkan lebih susu.

Kekerapan

Selepas itu, anda juga perlu menambah masa dan kekerapan untuk bayi menghisap susu. Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara dasarnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep pemberian susu mengikut kemahuan (supply and demand).

Jika seseorang ibu lebih kerap menyusukan bayi mereka, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Anda juga perlu mengepam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik sahaja bangun tidur. Luangkan juga masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari anda mempraktikkannya. Ada juga yang perlu menunggu lama sehingga dua minggu bagi melihat hasilnya.

Mengikut pengalaman saya sendiri, mengepam pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yang tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual mengepam yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

Pemakanan

Pengambilan pemakanan yang seimbang amatlah penting bagi ibu yang menyusu. Secara peribadinya, saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar, kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

Terdapat pelbagai jenis pemakanan atau suplemen yang menggalakkan pengeluaran susu telah dikomersialkan. Keberkesanannya bergantung kepada individu.

Halba, oat, alfalfa, air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang dan betik muda merangsang pengeluaran susu ibu. Terdapat banyak juga suplemen yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu di pasaran. Elok dapatkan nasihat yang lebih lanjut daripada pakar laktasi!

Makanan atau jamu (ramuan herba) yang dimakan oleh ibu dalam pantang akan memberi kesan kepada bayi susuan.

Kesan tersebut akan disekresi melalui susu yang dihisap oleh bayi. Daripada pengamatan saya, ada bayi yang mengalami masalah kekuningan (jaundis) berpanjangan dan cirit-birit disebabkan ibu mengambil jamu semasa dalam tempoh berpantang. Pemakanan yang seimbang sudah mencukupi bagi ibu-ibu ini.

Saya memohon berbanyak maaf jika maklum balas yang saya berikan berkenaan jamu menimbulkan ketidakpuasan sesetengah pihak.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PELAJAR RISAU SUNTIKAN HPV (SAKIT PUAN)


SAYA pelajar institusi pengajian tinggi yang lahir pada 1993. Justeru, saya berpeluang mendapatkan suntikan HPV bagi menghalang kanser serviks secara percuma yang diberikan kerajaan.

Tetapi saya sedikit ragu-ragu apabila mendengar khabar berita daripada beberapa sumber yang menyatakan kesan negatif suntikan terbabit.

Untuk makluman doktor, saya mendapatkan dos yang pertama tetapi tidak meneruskan dos kedua dan ketiga.

Adakah benar suntikan berkenaan memberi kesan negatif seperti yang dikhabarkan? Adakah sebarang kesan sampingan jika saya tidak meneruskan suntikan dos kedua dan ketiga?

Nabila
Kuala Lumpur

SETIAP produk sama ada ubat mahupun produk kecantikan atau kesihatan serta sesuatu makanan yang kita ambil mempunyai sedikit atau banyak kesan negatif terutama jika diambil berlebihan atau dalam jangka masa yang lebih lama.

Sebelum menawarkan suntikan vaksin ini secara percuma kepada pelajar perempuan (dalam kumpulan usia tertentu), pasti pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sudah pun mengambil kira kebaikannya secara jangka panjang berbanding kemungkinan kesan sampingan yang dijangka mungkin dialami oleh segelintir penerimanya walaupun mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi setiap tahun, memandangkan angka bilangan penerima (boleh dijangka daripada bilangan calon UPSR) juga tinggi.

Tanpa perlindungan vaksin HPV, anda lebih terdedah kepada jangkitan beberapa sub-virus HPV serta penyakit CIN yang diketahui cenderung untuk menyebabkan kanser serviks kecuali jika anda tidak melakukan sebarang aktiviti seks kelak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BANYAK FAKTOR KENCING BERDARAH (KESIHATAN)

Kehadiran darah pada air kencing adalah keadaan luar biasa yang dipanggil hematuria. Banyak faktor boleh menyebabkan kehadiran darah itu.

Ia boleh berpunca dari mana-mana tempat seperti buah pinggang, saluran tiub ureter (sambungan tiub dari buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing, prostat (bagi lelaki) dan urethra.

Antara sebab utama darah pada air kencing ialah batu karang, jangkitan di bahagian pundi kencing atau kencing kotor, bengkak kelenjar prostat (bagi lelaki) dan kecederaan pada alat sulit.

Namun, kehadiran darah dalam air kencing ada pelbagai sebab. Kebanyakannya boleh dibezakan antara satu dengan lain jika simptom diberikan mencukupi.

Pesakit batu karang biasanya datang dan sakit pada bahagian atas kiri atau kanan perut. Adakala sakit juga bermula dari bahagian belakang kiri atau kanan badan seakan-akan sakit pinggang.

Sakit akan datang secara tiba-tiba sehingga pesakit terpaksa membongkok sedikit untuk menahan kesakitan. Sakit itu juga dikatakan ‘bergerak’ dari bahagian pinggang ke depan menuju ke ari-ari.

Ada juga pesakit batu karang hanya sakit pada bahagian ari-ari. Air kencing bukan hanya mengandungi darah, malah ada kalanya ia ‘berpasir’.

Bagi kencing kotor pula, biasanya pesakit merasa sakit pada ari-ari untuk beberapa hari.

Selepas itu, setiap kali membuang air kecil, wujud rasa pedih atau ngilu pada kemaluan. Kencing juga tidak lawas, menyebabkan pesakit kerap ke tandas namun hanya sedikit air kencing keluar.

Jangkitan pundi kencing yang disebabkan hubungan seks pula biasanya disertai dengan keputihan keluar daripada kemaluan.

Demam jarang berlaku, tetapi jika jangkitan kuman bertambah banyak, demam akan terasa selepas beberapa hari.

Untuk bengkak kelenjar prostat pula (bagi lelaki), simptomnya berbeza. Ia berlaku terutama pada lelaki berusia lebih 70 tahun.

Antara simptom ialah kerap ke tandas namun hanya sedikit air kencing keluar, meneran untuk membuang air kecil, air kencing tidak lancar iaitu hanya menitis, mengambil masa lama untuk mengeluarkan air kencing dan ada kalanya terlalu sukar mengeluarkan air kencing.

Walaupun kebanyakan penyebab berkenaan memberi simptom berbeza, beberapa ujian perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca kencing berdarah.

Ujian air kencing, x-ray dan darah boleh dilakukan sebagai ujian asas. Jika keputusannya ke arah batu karang, satu ujian Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) dipanggil CT Urogram boleh dijalankan untuk mengenal pasti lokasi dan saiz batu karang itu. Ultrasound boleh dilakukan jika bengkak kelenjar prostat adalah puncanya.

Rawatannya pula bergantung pada punca kencing berdarah. Bagi kencing kotor atau jangkitan pundi kencing, mereka boleh dirawat sebagai pesakit luar saja.

Namun jika disebabkan batu karang, ia perlu dibuang untuk mengelak bengkak pada buah pinggang dan menyebabkan gagal berfungsi.

Ada beberapa kaedah untuk membuang batu karang, bergantung pada saiz dan lokasinya. Begitu juga dengan kelenjar prostat yang bengkak, jika ia terlalu besar, bahagian yang bengkak perlu dibuang.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme