Label

SENAK GUNA PAM VAKUM

Soalan

SAYA menggunakan alat pam vakum untuk membesar dan memanjangkan zakar. Bagaimanapun selepas sebulan, saya berasa sakit dan senak di pangkal zakar.

Adakah saya salah menggunakan alat pam vakum?

MAN
Puchong, Selangor

Jawapan

LELAKI hanya memiliki satu saja alat kelamin dan ia tidak boleh ditukar ganti. Jika tidak dijaga dengan baik, ia mungkin mendatangkan masalah. Antaranya menggunakan alat yang salah membesarkan zakar.

Alat pam vakum tidak sesuai bagi tujuan membesarkan zakar yang kecil. Bagi lelaki Asia, saiz normal zakar ketika menegang ialah 10 hingga 14 sentimeter (sm) dan ukur lilit ialah 9 hingga 13 sm.

Jika saiz yang dimiliki kurang dari 6 sm, mungkin sukar untuk melakukan persetubuhan dan hanya sedikit dapat dimasukkan ke faraj (ukuran kedalaman faraj antara 7 hingga 9 sm).

Jika pam vakum digunakan selalu dan lama, kemungkinan darah dalam otot zakar membeku atau otot zakar cedera akibat tekanan alat berkenaan.

Ia boleh menjadikan zakar berparut dan semakin membengkok ketika menegang. Ia dikenali penyakit Peyronie, disebabkan penggunaan pam vakum yang salah.

Kaedah tanpa pembedahan yang sesuai serta sudah diiktiraf ialah alat penarik otot zakar atau Andropenis.

Bagaimanapun jangan disalah guna seperti menambah tarikan kepada otot zakar. Ia perlu digunakan mengikut panduan dan nasihat pakar.

Lebih baik hentikan  mengguna pam vakum itu sebelum zakar tercedera.

Saya hanya syorkan penggunaan alat pam vakum yang mendapat piawaian perubatan. Alat pam vakum perlu dikendalikan profesional seperti ahli farmasi, ahli teknologi perubatan atau doktor bukan orang biasa.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan