Label

PEDIH KETIKA BUANG AIR KECIL

Soalan

SETIAP kali membuang air kecil, saya terasa sakit dan pedih. Sejak kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi terutama pada waktu pagi dan malam.

Untuk pengetahuan tuan, saya pernah melakukan hubungan seks rambang ketika menuntut di luar negara dulu. Adakah penyakit itu mempunyai kaitan dengan jangkitan kuman atau hubungan seks rambang itu?

JIMI
Kuantan, Pahang

Jawapan

MASALAH membuang air kecil untuk lelaki kadangkala merumitkan terutama jika ia berlaku pada waktu malam atau awal pagi.

Jika perkara itu berlaku kepada remaja lelaki mungkin disebabkan ketidakselesaan pundi prostat akibat tekanan atau radang salur kencing kerana aktiviti onani.

Keradangan yang berlaku bukan disebabkan jangkitan. Perkara ini reda dan tidak perlu rawatan dan boleh dielakkan jika kegiatan melancap dikurangkan.

Bagi orang dewasa apabila perkara sama berlaku, ia mungkin akibat jangkitan hubungan kelamin atau jangkitan pada pundi kencing atau prostat, terutama apabila lelaki itu demam. Ujian air kencing boleh mengesahkan sama ada jangkitan berlaku. Ubat antibiotik dan rawatan yang sesuai boleh diberi.

Lelaki yang berumur pula mengalami kencing tidak tus atau tidak lancar selain kekerapan kencing waktu pagi kemungkinan mengalami masalah pundi prostat.

Dalam usia lanjut, pundi prostat lelaki boleh mengembang dan ini mengakibatkan salur pembukaan pundi kencing sempit dan pundi kencing kehilangan fungsi cengkaman. Jadi, pengeluaran air kencing tidak lancar dan masih ada air kencing dalam pundi kerana pundi kencing tidak dapat mengecut habis.

Rasa pedih ketika kencing mungkin disebabkan air kencing keruh dan mengandungi kristal atau pasir. Ujian air kencing boleh mengesahkan perkara berkenaan. Kadangkala ia berlaku ketika membuang air kecil disebabkan pengeluaran batu karang halus.

Jangkitan salur kencing boleh berlaku akibat jangkitan penyakit kelamin. Kuman jangkitan dikenal pasti dengan mengambil 'smear' atau cecair yang keluar daripada salur kencing atau keluar akibat urutan kepada pundi prostat.

Merujuk kepada soalan, kemungkinan masalah dialami berpunca daripada jangkitan penyakit kelamin jika ada melakukan hubungan kelamin luar nikah.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 ulasan:

  1. Hai . saya miss S . Kenape terasa Pedih ketika buang air kecil . ? Saya dah jumpa doktor .. Kencing dah tax bedarah tapi masih terasa pedih .

    BalasPadam
  2. Maaf saya nak tanya kepada pakar sakit tuan .. Kenapa pancutan suami tak jauh ? Ada kena mengena dengan kesihatan ke? Dulu suami penah excident . ade masalah pada tulang belakang .. Adakah kena mengena dengan pancutan suami?

    BalasPadam
  3. salam dokter..makcik saya ade masalah.terdapat kudis macam jerawat di sekitar badan peha dan punggung..di pelipat lutup pon sama..dia ade penyakit 4 sekawan..darah tinggi kencinganis jantung dan pinggNg..soalan saya..adakah masalah itu berpunca dari kencing manis atau aper....saya ada lihat produk. kacip manis..untuk y ade kencing manis ..dan ia sesuai pada masalah kudis..apee saranan doktar.. emel saya.. shahrizan1404@gmail.com..no saya 0179825568..insan ingin tahu..

    BalasPadam