Soalan
SUAMI saya mempunyai keinginan seks luar biasa. Adakah ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan saya?
ISTERI RISAU
Perak
Jawapan
KEINGINAN nafsu syahwat tidak sama antara individu, termasuk pasangan kelamin dan tiada cara hubungan seks luar biasa mengikut cara tertentu.
Hubungan seks secara oral sama ada dilakukan suami atau isteri tidak mendatangkan masalah kecuali pasangan tidak sanggup melakukannya.
Dalam hal ini sudah tentu sebelah pihak menikmati keseronokan sedangkan pasangannya tertekan.
Cara paling baik ialah kedua-duanya berbincang mengenai cara yang sanggup mereka lakukan. Tidak salah mencuba bagi menentukan sama ada cara itu boleh diterimanya.
Paksaan tidak dapat menyelesaikan masalah, malah mungkin menimbulkan perselisihan faham.
Dalam Islam, keselesaan dan keseronokan kedua-dua pihak adalah mustahak dalam menghayati hubungan seks.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan