Soalan
SAYA kini berusia 20 tahun dan masih bujang. Baru-baru ini, saya terkejut menjumpai benang di kulit zakar yang digunakan untuk menjahit zakar saya sewaktu berkhatan dulu.
Adakah ia boleh menjejaskan kemampuan seksual saya?
INSAN HAIRAN
Kuala Lumpur
Jawapan
DALAM prosedur berkhatan, hanya bahagian kulit di hujung kepala zakar dipotong. Selepas itu kulit pada bahagian yang sudah dipotong dicantum dan dijahit menggunakan benang yang boleh diserap isi kulit dalam tempoh seminggu hingga dua minggu.
Jika menggunakan benang yang tidak boleh diserap seperti benang sutera, ia perlu dibuka dengan memotong tempat cantuman apabila luka sudah sembuh. Jadi, jika ada benang yang tertinggal, ia adalah benang sintetik bukan organik dan tidak boleh diserap ke dalam kulit.
Benang sutera kebiasaanya berwarna hitam dan ia boleh dipotong. Jika dibiarkan ia tidak memberi apa-apa kesan negatif kecuali jika tersangkut. Bagaimanapun, anda boleh berjumpa mana-mana doktor untuk menyelesaikan masalah terbabit.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan