Label

BENGKAK BOLEH JEJAS FUNGSI

Soalan

SUAMI saya berusia 40 tahun, mengalami bengkak zakar dan saya tidak tahu puncanya. Disebabkan bengkak itu, dia akan menghidap sakit setiap kali berbaring. Bagaimanakah ia boleh dirawat?

ISTERI RISAU
Perlis

Jawapan

SETIAP penyakit ada penawarnya termasuk penyakit berkaitan alat kelamin lelaki dan wanita. Masalah bengkak pada zakar itu mempunyai banyak sebab.

Antaranya mungkin akibat keradangan kerana jangkitan atau masalah sistem dalaman. Jika bengkak itu tidak dipulihkan, mungkin zakar itu boleh hilang fungsinya. Justeru, jangan biarkan masalah itu dan segera dapatkan rawatan doktor.

Kini dengan teknologi dan rawatan moden, sikap seperti enggan berjumpa doktor kerana takut anggota yang berpenyakit itu dibedah tidak lagi timbul. Paling mustahak jangan tunggu lama sekiranya ada masalah kesihatan. Lagi cepat berjumpa doktor lebih cepat masalah itu dapat dirawat.

Saya syorkan kepada anda yang bimbang mengenai masalah suami anda itu segera ke hospital dan dapatkan rawatan. Itu paling baik serta jangan membazir masa dan wang ringgit berurusan dengan perkara tahyul dan ghaib. Jika dibiarkan lebih lama, ia akan merebak sehingga tidak boleh disembuhkan lagi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan