Label

KASIHAN ISTERI TIDAK PUAS

Soalan

SAYA baru berkahwin dua bulan lalu, tetapi kini menghadapi masalah dalam hubungan seks bersama isteri.

Setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri, saya klimaks terlebih dulu berbanding isteri. Selain itu, saya hanya mampu ejakulasi sekali saja. Selepas itu saya seperti tidak mempunyai tenaga untuk meneruskan persetubuhan.

Saya kasihankan isteri saya kerana dia tidak mendapat kepuasan maksimum. Kadang-kadang dia meminta saya meneruskan persetubuhan, malangnya saya sudah tidak berdaya.

Apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak mahu masalah ini boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga saya.

BRAHIM
Pulau Pinang

Jawapan

HUBUNGAN seksual adalah satu-satunya hubungan yang menyeronokan pasangan kelamin yang sudah bersedia dan berkemampuan daripada segi fizikal dan mental.

Bagi pasangan yang baru berkahwin sudah tentu hubungan ini dapat membantu menjalin kemesraan. Hubungan seksual yang dimaksudkan ialah hubungan fizikal seperti sentuhan kulit dan tubuh termasuk hubungan anggota syahwat.

Sudah menjadi lumrah, pasangan baru berkahwin memang begitu sensitif dengan sebarang rangsangan seksual. Mereka selalu bergegas untuk melakukan sentuhan zakar dan faraj. Mereka tentu kecewa apabila pasangan lebih cepat klimaks.

Lelaki sering klimaks awal kerana mudah terangsang dan jika anggota yang sudah terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, sudah tentu terjadi klimaks awal.

Kedua-dua pasangan digalakkan bercumbu terlebih dulu dan jangan terus melakukan hubungan penetrasi walaupun berlaku ereksi. Tumpukan perhatian kepada tubuh isteri dengan menyentuh tempat yang sensitif.

Anda juga boleh gunakan losyen aromatik atau bedak wangi dan lakukan sentuhan erotik jika itu yang dikehendaki isteri. Seterusnya apabila isteri sudah bersedia, barulah lakukan hubungan seks.

Bagi memastikan ereksi kekal walaupun sudah berlaku ejakulasi, amalkan kemutan pada otot lantai pelvik (seperti sedang menahan membuang air kecil atau besar) dan teruskan persetubuhan sehingga pasangan anda puas.

Ada alat penahan ereksi atau 'penile ring' di pasaran. Ia boleh dipakai ketika ereksi berlaku dan alat itu dapat mengekalkan ereksi walaupun sudah berlaku ejakulasi. Ia boleh diguna sebagai alat 'pelatih' untuk mengekalkan ereksi dan mengelak berlaku ejakulasi cepat.

Ia dipakai ibarat menyarung cincin ke pangkal zakar yang sedang ereksi padat. Jadi, darah kekal di dalam otot zakar.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Memang malang kehidupan kaum sejenis kita kalau tidak dapat kenikmatan bersama suami. Ada kalanya ketidakpuasan berlaku sebab sihir / ilmu hitam. saya suka berkongsi pengalaman sebab pernah hampir tertipu oleh pengamal perubatan traditional dan tidak mahu kaum sejenis saya tertipu. Saya pernah hantar kawan2 berubat berhubung masaalah lemah syahwat dan Alhamdulilah kata mereka semenjak berubat dengan ustaz tu ok, malahan ada yg dah tujuh tahun menikah (blm punya cahayamata) akhirnya mengandung. Pengamal perubatan traditional yg saya maksudkan ialah Ustaz Adi Wijaya, guru agama di daerah Pontian yang tinggal di kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Saya bkn promosi tetapi ikhlas, sebagai tanda kesyukuran sebab keluarga saya telah sihat dan memang saya pernah berjanji ‘kalau dia sihat saya nak membantu sesama insan yang memerlukan khidmat perubatan traditional. Sempat saya rakam beberapa foto ritual perubatan beliau waktu menghantar ahli keluarga saya :
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
    http://www.flickr.com/photos/100007933@N06/

    BalasPadam