Label

ALAT KELAMIN BOLEH 'PATAH'

Soalan

SAYA mendapat tahu kononnya zakar boleh terpatah. Boleh doktor jelaskan bagaimana ia boleh berlaku dan apakah tindakan yang boleh diambil jika ia terjadi?

JJ
Melaka

Jawapan

MEMANG pelik mendengar kes zakar terpatah kerana ia adalah anggota yang tidak bertulang. Bagaimanapun, memang zakar boleh patah tetapi kes sebegitu jarang dirujuk kepada doktor kerana 'kepatahannya' tidak ketara kerana tisu yang rosak itu boleh pulih.

Zakar boleh patah sekiranya terhimpit atau ditindih ketika ia sedang menegang. Contohnya jika seseorang lelaki sedang tidur memusingkan badannya dan menindih zakarnya yang sedang menegang dengan badan. Ia boleh mengakibatkan zakar terkulai dan membengkak.

Kebiasaannya jika ditekap dengan ais, bengkak itu akan susut dalam masa seminggu dan zakar akan kembali normal. Jarang zakar yang patah memerlukan pembedahan kecuali jika ada darah beku di dalam otot.

Ada juga kes zakar terpatah semasa melakukan persetubuhan kerana ia terbengkok dengan ketara. Jika ia terjadi, persetubuhan tidak dapat dilakukan. Cara untuk memulihkannya ialah dengan menggunakan alat penarik otot zakar iaitu Andropenis.

Cara untuk mengelak zakar patah ialah pastikan zakar yang sedang menegang padat tidak tertindih atau terhimpit dengan kuat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan