Label

BEKAS GAY DISERANG GATAL

Soalan

SATU ketika dulu saya pernah menjalani kehidupan sebagai seorang gay. Bagaimanapun, saya begitu menyesal dengan jalan songsang yang dipilih itu dan kini saya sudah insaf.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan saya sekarang ialah badan saya mula terasa gatal-gatal. Saya kerap menggaru sehingga luka. Adakah ia petanda saya menghidap penyakit kelamin? Saya harap doktor dapat membantu saya.

JOJO
Selangor

Jawapan

JANGKITAN penyakit kelamin berlaku apabila individu yang sihat melakukan hubungan seks dengan individu yang membawa atau menghidap penyakit kelamin.

Petanda penyakit kelamin seperti gonorrhea ialah ada pengeluaran cecair berwarna putih yang banyak daripada zakar atau faraj. Jika tidak dikawal, radang akan berlaku dengan ketara.

Jangkitan penyakit berkenaan boleh berlaku dalam masa 24 jam selepas terdedah dengan kuman 'nisseria gonorrhea'. Virus HIV/Aids juga dijangkiti melalui hubungan seks rambang dengan pasangan yang membawa atau menghidap penyakit berkenaan.

Cara mengesannya dengan menjalani ujian darah. Jika negatif virus HIV, ujian itu perlu dilakukan lagi selepas tiga bulan kerana antibodi virus terbabit mengambil masa antara tiga minggu hingga tiga bulan untuk muncul.

Naluri seksual sesama jenis adalah sebahagian daripada naluri seksual yang dialami individu yang mungkin berlaku secara kebetulan. Jika individu itu tidak selesa dengan hubungan itu, dia boleh tinggalkan perilaku terbabit.

Ada juga individu yang boleh melakukan hubungan seks dengan lelaki dan wanita. Mereka dikenali sebagai biseksual kerana mempunyai naluri seksual 'bi'.

Bagaimanapun, jangan diamkan diri dibelenggu dalam keadaan begitu. Dapatkan bimbingan dan kaunseling untuk meningkatkan daya ketahanan diri mengetepikan naluri sesama jenis. Tidak mudah untuk melakukannya jika sudah terikat dengan amalan itu.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan