Soalan
SAYA mempunyai zakar yang agak besar, dengan ukuran 14 sentimeter, namun hubungan seksual dengan isteri hambar. Berikutan saiz sebegitu, saya sukar memasukkan zakar ke dalam faraj isteri. Malah, jika dimasukkan isteri saya akan kesakitan.
Adakah masalah ini berlaku disebabkan zakar saya terlalu besar atau faraj isteri saya yang terlalu kecil?
LELAKI RUNSING
Nilai, Negeri Sembilan
Jawapan
MEMANG saiz zakar anda agak luar biasa bagi seorang lelaki tempatan. Apa yang anda miliki itu bukanlah penyebab masalah yang anda alami. Sebaliknya ia berpunca daripada isteri anda yang tidak dapat memberi kerjasama baik dalam hubungan seks.
Faraj adalah anggota yang fleksibel. Ia boleh mengembang dan memanjang jika wanita itu tahu cara melakukannya. Jika bayi dengan saiz yang lebih besar boleh dikeluarkan, faraj sebenarnya boleh menerima apa saja saiz dan bentuk zakar.
Ukuran normal bagi faraj ialah tujuh hingga sembilan sentimeter. Disebabkan mukosa faraj berlapik-lapik dan kenyal, ia boleh mengembang, memanjang dan meluas sehingga empat kali ganda. Dalam konteks ini, zakar berukuran 14 sentimeter bukanlah satu masalah bagi faraj sebenarnya.
Isteri anda mungkin agak fobia sehingga dia gagal menerima zakar untuk dimasukkan ke dalam farajnya. Untuk mengurangkan kesakitan isteri, mungkin anda boleh menggunakan bahan pelincir seperti Top Gel.
Anda perlu memasukkan sedikit demi sedikit dan perlahan supaya corong faraj dapat melega dan memanjang. Lama-kelamaan pasti isteri anda dapat menerima zakar anda tanpa rungutan dan fobia lagi.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan