Soalan
SAIZ zakar saya seolah-olah mengecil dan ereksinya tidak padat selepas mengambil ubat selesema selain buah zakar kerap terasa sejuk. Apakah puncanya?
JUSOH
Terengganu
Jawapan
UBAT selesema boleh menyempitkan perjalanan darah untuk memberi kelegaan kepada mukosa hidung supaya keradangan tidak berlaku dan tersumbat.
Ia boleh memberi kesan kepada zakar apabila salur darah zakar mengecut. Zakar adalah organ vaskular yang besar dan tidak hairan jika lelaki yang mengambil ubat selesema akan mengalami masalah untuk mencapai ereksi padat kerana kesan ubat itu masih ada dalam badannya.
Kesan itu bukanlah kekal. Apa yang anda alami mungkin tekanan minda dan perasaan yang berlaku akibat perkara itu.
Walaupun tiada kesan ubat, ia mengganggu mental dengan berasa was-was atau kurang yakin. Perjalanan darah ke otot zakar tidak lancar kerana kesan hormon adrenalin yang keluar ketika individu itu berasa cemas dan tertekan. Selagi perasaan seperti itu ada, masalah ini terus kekal.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan