Label

HUBUNGAN SEKS KETIKA HAMIL

Soalan

BOLEHKAH saya melakukan persetubuhan ketika isteri hamil dan apakah kesannya jika air mani dipancutkan ke faraj isteri yang hamil? Berapa usia kandungan yang dibolehkan untuk melakukan persetubuhan?

UNCLE
Perak

Jawapan

PERSETUBUHAN ketika isteri hamil tidak ditegah kecuali isteri mengalami pendarahan yang mungkin petanda kehamilan itu tidak stabil atau kemungkinan berlaku keguguran.

Ejakulasi sudah tentu akan berlaku dan tiada masalah jika air mani terpancut ke faraj kerana ia tidak mengganggu kehamilan atau menyebabkan tekanan kepada kandungan.

Pernah dilaporkan air mani dalam faraj boleh mencetuskan cengkaman rahim dan mengakibatkan wanita itu bersalin awal. Bagaimanapun, ia hanya laporan tidak berasas dan kemungkinan ia berlaku tiada kerana tahap kimia 'prostaglandin' dalam air mani tidak cukup untuk mencetuskan cengkaman rahim.

Jadi anda jangan risau kecuali ada pendarahan selepas bersetubuh.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan