Label

KERANDUT TAK SEIMBANG, ALAT SULIT BENGKOK

Soalan

KEDUDUKAN buah zakar saya tidak seimbang di mana bahagian sebelah kanan terletak di bawah dan sebelah kiri ke atas sikit. Selain itu zakar saya bengkok ke kanan.

Adakah ia sesuatu yang normal? Jika tidak, bagaimana untuk menyembuhkannya?

AMAT
Kelantan

Jawapan

KEDUDUKAN buah zakar tidak seimbang adalah sesuatu yang normal. Kebanyakan lelaki memiliki buah zakar kiri yang sedikit ke bawah berbanding kanan dan kurang satu peratus lelaki mempunyai buah zakar seimbang.

Bagaimanapun, ada juga ketidakseimbangan yang terlalu ketara. Ia berlaku akibat angin pasang (hernia), air pasang (hidrosel), pembuluh darah buah zakar berpintal (varikosel) atau terdapat ketumbuhan cista.

Jika ini berlaku, lelaki berkenaan perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Kedudukan zakar yang bengkok juga perkara biasa terutama apabila ia menegang. Jika sebaliknya berlaku, besar kemungkinan terdapat masalah seperti kekerasan sebahagian zakar yang menyebabkannya tertarik oleh tisu yang keras itu.

Kadang-kadang zakar tertolak oleh buah zakar yang tertekan akibat angin pasang. Apabila angin pasang itu disembuhkan melalui pembedahan, kedudukan zakar akan kembali kepada kedudukan biasa.

Semua masalah yang saya jelaskan tadi dapat dikesan jika seseorang lelaki itu melakukan pemeriksaan sendiri terhadap buah zakar dan zakarnya. Amalan ini sebenarnya penting untuk kebaikan anggota tubuh dan jika boleh lakukannya sekali dalam sebulan.

Cara melakukannya dengan berdiri di depan cermin. Kemudian sentuh buah zakar dengan jari serta ibu jari. Jika ada sesuatu yang luar biasa, segeralah berjumpa doktor.

Jadilah lelaki yang cemerlang dan lakukan pemeriksaan sendiri untuk kesejahteraan anggota sulit anda. Jangan malu berjumpa doktor.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

2 ulasan:

  1. suami saya hanya mempunyai sebuah testis di kerandut dan sebuah lagi di bahagian perut,adakah ia akan memberi kesan semasa kamibersetubuhan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu buah zakar sudah cukup untuk membekalkan hormon testosterone dan juga sperma untuk reproduksi. Boleh baca artikel saya http://sakit-tuan.blogspot.com/2013/05/miliki-satu-buah-mampu-beri-zuriat.html

      Padam