Label

KENCING BERDARAH SELEPAS BERSETUBUH

Soalan

SETIAP kali selepas bersetubuh dengan isteri, saya mengalami kencing berdarah. Apa yang membimbangkan saya ialah darah keluar terlalu banyak dan beku.

Peliknya, darah tidak keluar jika saya melakukan onani. Malah, air kencing akan jernih kembali selepas dua tiga kali membuang air kecil.

Saya pernah menjalani pemeriksaan beberapa kali, tetapi doktor mengatakan saya normal dan tidak mempunyai apa-apa penyakit. Apakah masalah ini sebenarnya?

PEZZOZ
Muar, Johor

Jawapan

MEMANG memeranjatkan apabila sedang bersetubuh, tiba-tiba berlaku pendarahan! Bagi wanita, ia adalah perkara biasa apabila selaput daranya pecah akibat penembusan zakar melalui faraj. Memang pelik jika yang mengalami pendarahan itu adalah lelaki! Lebih-lebih lagi jika pendarahan itu berulang-ulang secara kerap. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ada lelaki yang mempunyai kulit nipis dan padat di bahagian hujung zakar (frenulum). Kulit itu akan terkoyak jika penghujung zakar ditolak secara paksa ke dalam faraj yang sempit itu. Pendarahan boleh berlaku dengan banyak walaupun luka kecil.

Apabila ereksi kendur, pendarahan berhenti serta-merta dan kulit yang terkoyak itu akan kelihatan luka. Kadang-kadang luka itu pulih serta-merta dan tidak perlu dirawat. Tetapi ada juga luka yang perlu dijahit. Fenomena ini dikenali sebagai 'pecah dara' bagi lelaki!

Selain itu, pendarahan berlaku akibat luka di pembukaan lubang kencing. Namun, jarang sekali pendarahan dari salur kencing (jika tergesel dengan 'batu karang' kecil) atau di pundi prostat akibat radang kerana jangkitan kronik.

Jika luka dalam salur kencing akan terasa sakit. Jika tidak sakit, mungkin pendarahan datang dari dalam iaitu pundi prostat. Kadang-kadang air mani bercampur darah atau darah beku bercampur air mani.

Jika pemeriksaan sudah dilakukan dan doktor mendapati tidak ada apa-apa yang luar biasa, kebiasaannya doktor akan memberi ubat nyahkuman (antibiotik) untuk jangkitan pundi prostat.

Jadi, jangan rasa was-was jika doktor pakar mendapati tiada masalah kesihatan. Jika perkara itu berlaku lagi jumpa doktor kembali.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan