Label

HUBUNGAN SEKSUAL SECARA LUARAN BOLEH HAMIL

Soalan

ADAKAH air mazi lelaki mengandungi sperma dan bolehkah isteri saya hamil jika saya hanya meletakkan zakar di bibir faraj tanpa mengeluarkan air mani, tetapi hanya air mazi?

ZUL
Kemaman, Terengganu

Jawapan

PERNAH berlaku kepada wanita yang melakukan hubungan seksual secara luaran dengan pasangan mendapati dirinya hamil walaupun pasangannya hanya menggesel zakar di bibir tanpa ejakulasi tetapi ada pengeluaran air mazi akibat zakar yang amat terangsang.

Kajian yang pernah dilakukan kepada air mazi mendapati ada beberapa juta sperma turut ada di dalam air mazi. Ia boleh berlaku apabila lelaki itu melakukan onani dan sperma masuk ke dalam pundi salur kencing dan keluar apabila air mazi terkeluar.

Kemungkinan hamil tetap ada jika zakar disentuh kepada kemaluan perempuan kerana dalam keadaan ghairah macam-macam boleh berlaku. Untuk elakkan kehamilan, gunakan kondom kerana ia lebih murah dan efektif.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

8 ulasan:

  1. suami saya tiada air mazi?..adakah dia mengalami penyakit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak semestinya air mazi terkeluar setiap kali ereksi berlaku atau lelaki itu teruja seks.

      http://sakit-tuan.blogspot.com/2014/05/tiada-air-mazi-ketika-terangsang-sakit.html

      Padam
  2. bolehkah seseorang tu mengandung jika air mani yang melekat pada kepala zakar masuk ke dalam vagina?..ingin minta pertolongan..harap dapat dibantu..

    BalasPadam
  3. Kallau gesel luar dan air mani pancut kat luar bole mengandung ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jikalau tangan kita terkena air mani dan lap dgn wet tissu dan beberapa seketika tangn yg terkena air mani itu kemudian akan kering..dan selepas itu tangan or jari yang sama menggunakannya semula untuk melakukan oral seks,adakah ia akan menyebabkan kehamilan?

      Padam
  4. Jika isteri masih dara melakukan persetubuhan.Dan si suami pancut luar..adakah kemungkinan si isteri mengandung

    BalasPadam
  5. Bleh kah istri sye mngandung hnye dgn mnyentuh kemaluan istri??bgaimane pula klu sye pegang air mazi sye ltk dlm kmaluan istri sye...adkh dia mngandung??hrap bri pnjelasan

    BalasPadam