Label

TIADA BERNAFSU PADA ISTERI

Soalan

SEJAK kebelakangan ini, saya seperti tidak begitu bernafsu untuk melakukan hubungan seks bersama isteri. Pada awal perkahwinan, kami melakukannya dua atau tiga kali seminggu tetapi selepas isteri saya melahirkan anak kedua, kekerapannya hanya sekali seminggu dan kadangkala tidak ada langsung.

Saya seperti tidak bernafsu dengan isteri saya, sebaliknya lebih merasa nikmat dengan melakukan onani. Saya cuba mengelak melakukan onani tetapi tidak berjaya.

DON
Bukit Mertajam, Seberang Prai

Jawapan

MENGIKUT pendapat banyak pakar psikologi, onani satu proses pengenalan diri dan syahwat. Jika ia memberi keselesaan dan nikmat terhadap diri sendiri maka itu satu kebaikan. Namun, jika memberi kesan buruk, lebih baik dihentikan.

Jika onani dilakukan untuk kelegaan syahwat dan mengelakkan seseorang itu daripada perbuatan memudaratkan seperti seks rambang (terdedah kepada penyakit HIV/AIDS) atau rogol (suatu jenayah), anda boleh melakukannya. Bagaimanapun, ia tidak digalakkan.

Sebaliknya, jika onani memberi tekanan dan menyebabkan seseorang itu tidak mesra dengan pasangan wanitanya, maka ia perlu dihentikan secepat mungkin. Pada masa sama, anda perlulah meningkatkan sentuhan dan belaian mesra terhadap pasangan.

Tidak salah jika pasangan diberi panduan mengenai kaedah lelaki yang mahu dirinya dirangsang. Cara ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan masing-masing.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan