Label

BERTAHAN LAMA

Soalan

ADAKAH sebarang kajian yang menunjukkan tahap kemampuan seseorang lelaki untuk bertahan dalam hubungan? Ini kerana banyak lelaki gagal bertahan lama ketika melakukan hubungan seks.

FIRDAUS
Sungai Besar, Selangor

Jawapan

KAJIAN dilakukan Dr Alfred Kinsey di Amerika Syarikat menunjukkan tempoh bersetubuh dari kemasukan zakar kepada ejakulasi ialah dua setengah minit. Ada sebilangan kecil dapat bertahan lebih daripada tempoh itu seperti lima minit. Namun jarang mampu bertahan sehingga 10 minit.

Perkara itu bergantung kepada keadaan ketika hendak melakukan hubungan seks. Jika pasangan lelaki terlalu terangsang dan tidak dapat mengawal diri mungkin ejakulasi menjadi cepat.

Jika melakukannya dengan keadaan yang selesa dan mengambil masa mungkin boleh tahan lama serta dapat mengubah posisi dan gaya. Jika setiap kali melakukan hubungan seks, seseorang itu cepat klimaks mungkin lelaki berkenaan mengalami masalah cepat klimaks.

Pendek kata, jangka masa hubungan seks tidak perlu dipertikaikan kerana ia adalah suatu perkara menyeronokan. Dengan kerjasama yang erat antara suami dan isteri sudah tentu pasangan tidak sedar masa berlalu.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan