Soalan
SAYA berusia 37 tahun dan sudah 16 tahun berkahwin. Masalahnya zakar saya sudah tidak semantap dulu setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri.
Saya kerap mencapai klimaks terlebih dulu daripada isteri dan membuatkan dia kecewa. Malah, hubungan saya bersama isteri tidak semesra dulu berikutan masalah ini.
Bolehkah doktor berikan tips untuk mengubati masalah ini?
ZMAN
Kuantan, Pahang
Jawapan
JIKA ketegangan padat, zakar akan berada dalam keadaan mantap dan kekal untuk bergerak tanpa hilang kawalan. Sehubungan itu, ejakulasi dapat dikawal sehingga kedua-dua pasangan puas.
Jika ketegangan kurang padat, ia tidak dapat dikekalkan malah akan mengendur jika kurang rangsangan. Jika dalam keadaan begitu terpaksa digesel luar kawalan dan mudah hilang daya kawalan, maka akan cepat klimaks.
Dalam memadatkan ketegangan, otot kemut (otot lantai pelvis) memainkan peranan penting. Jika otot berkenaan dicengkam ketika zakar menegang, maka ketegangan akan menjadi lebih padat dan kental. Jika dimasukkan dalam faraj dan gerakan dilakukan dengan mengemut, maka geselan menjadi lebih bersemangat dan ketegangan zakar tidak akan mengendur kerana kemutan tadi dapat mengelakkan pengaliran keluar darah dan ia akan kekal sehingga lelaki itu klimaks. Malah selepas klimaks, ketegangan masih ada walaupun tahapnya kurang, tetapi masih boleh digerakkan lagi ke faraj.
Mungkin cara yang baik untuk memantapkan ketegangan zakar ialah dengan mengamalkan senaman kemut atau kegel. Caranya ialah dengan merapatkan peha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing (seperti menahan membuang air besar), tarik nafas dan tahan selama lima minit. Lakukannya sebanyak 10 kali dalam setiap sesi dan dalam sehari lakukan sebanyak lima hingga enam sesi.
Selain itu, sapukan losyen pelembap supaya kulit zakar lebih selesa. Sentuh seluruh zakar dengan hujung jari, tetapi jangan sehingga klimaks pula!
Seterusnya amalkan gaya hidup positif seperti tidak merokok, elak minum minuman keras, lakukan senaman berkala, jaga berat badan dan kurangkan tekanan. Herba seperti tongkat ali dapat membantu merangsangkan pengeluaran hormon syahwat selain meningkatkan tenaga batin.
Jika cara yang saya cadangkan itu masih tidak berkesan selepas tiga minggu, eloklah jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Jangan bazirkan duit berjumpa orang tidak bertauliah.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan