Label

KERANDUT KELUAR CECAIR

Soalan

SAYA seorang remaja berusia 20 tahun. Apa yang merisaukan saya ialah bahagian kerandut zakar saya sering mengeluarkan cecair. Ini menyebabkan ia sering terlekat pada seluar dalam.

Paling merunsingkan saya ia mengeluarkan bau hanyir. Bagaimana ia boleh berlaku?

REMAJA RISAU
Subang Jaya, Selangor

Jawapan

KERANDUT buah zakar diselaputi kulit yang licin dan tidak berkuping atau kering. Kulitnya berkedut kerana cengkaman selaput otot yang menyelaputi bahagian dalam kerandut.

Kulit kerandut mengandungi banyak pundi peluh dan pundi apokrin yang menghasilkan bahan pelembap kepada kulit. Kadang-kadang pengeluaran bahan pelembap berlaku dengan banyak dan apabila kering akan mengakibatkan kulit terlekat pada seluar dalam.

Kadang-kadang campuran peluh dan bahan pelembap berlaku dan tindak balas kuman terhadap persekitaran membiak dalam cecair berkenaan menyebabkan bauan yang kurang menyenangkan.

Jika berlaku jangkitan, kulit boleh menggelupas dan keradangan. Kadang-kadang boleh menjadi parut jika kulit melecet.

Ada juga ketulan sebesar kepala mancis kepada bahagian kulit seperti jerawat. Ia berlaku apabila salur pundi yang menghasilkan cecair pelembap tersekat.

Kadangkala terdapat perubahan kepada kulit kerandut yang berlaku akibat alahan atau sakit kulit dan cecair banyak keluar akibat tindak balas alahan itu. Eloklah berjumpa doktor untuk kepastian dan dapatkan rawatan yang sewajarnya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan