Label

CECAIR PUTIH KELUAR KETIKA BUANG AIR BESAR

Soalan

SAYA pemuda berusia 22 tahun dan mempunyai masalah iaitu cecair keputihan seakan-akan air mani keluar ketika membuang air besar. Hal ini berterusan selama empat tahun.

Cecair ini tidak selalu keluar, tetapi hanya kadangkala ketika saya membuang air besar. Adakah cecair ini air mani atau sebaliknya? Apakah perkara ini normal? Diharapkan doktor dapat membantu.

INGIN TAHU
Kuala Lumpur

Jawapan

Lelaki dewasa mempunyai beberapa pundi dan pepundi dalam salur kencing atau yang berhubung dengan salur kencing, yang mana jika cecair daripada pundi dan pepundi itu keluar, ia akan keluar melalui salur kencing.

Cecair itu bukan air kencing dan bukan air mani. Ia cecair air mazi. Pepundi yang ada dalam mukosa salur kencing menghasilkan cecair jernih ketika lelaki itu terangsang.

Jika pengeluarannya banyak, masalah yang dialami lelaki itu ialah resdung zakar. Cecair daripada pundi Cowpers terkeluar apabila lelaki mengemut selepas selesai buang air kecil atau ketika membuang air besar.

Pundi Cowpers ada dalam ruang otot kemut. Apabila otot kemut dicengkam dan jika pundi itu kembang, sudah tentu cecair jernih akan keluar dari salur kencing. Ini juga air mazi.

Kadangkala ketika meneran ketika membuang air besar dan jika lelaki itu mengalami masalah najis keras atau sembelit, kemungkinan ketika najis itu diteran keluar, pundi seminal dan sebahagian pundi prostat juga akan tertekan oleh perjalanan najis yang keras itu.

Ketika itu cecair berwarna kelabu atau putih kelabu akan terkeluar dari lubang kencing.

Cecair ini juga air mazi. Jadi jika ditinjau, banyak cecair keluar daripada salur kencing selain air kencing.

Air mani hanya keluar akibat kemuncak rangsangan seksual.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

21 ulasan:

  1. Kenapa berak keluar lendir putih? Tiada darah hanya lendir

    BalasPadam
  2. saya juga mengalami masalah yg sama...cecair lendie keputihan keluar semasa buang air besar. bukan ketika buang air kecil. saya risau dengan apa yg terjadi. mohon penjelasan detail dari pihak doc.
    terima kasih

    BalasPadam
  3. saya juga mengalami masalah yg sama...cecair lendir keputihan keluar semasa buang air besar. bukan ketika buang air kecil. saya risau dengan apa yg terjadi. mohon penjelasan detail dari pihak doc.
    terima kasih

    BalasPadam
  4. pembetulan..air mazi ialah najis..diharap admin dapat memperbetulkan jawapan di atas..terima kasih

    BalasPadam
  5. Tnye lain jwb lain,,air mazi kluar kt salur kncing smua org tau.

    BalasPadam
  6. saya pun alami bnde yg sama tetapi sye tertanya2 sama ada sya harus mndi wjib slpas tu atau pun tidak ..

    BalasPadam
  7. kalau org tu buang air besar tapi yang kluar cumalah lendir dan darah pulak mcm mana? aku dh brapa kali kluar masuk tandas,tapi dgn penuh rsa kekesalan aku kluar sbb saham aku tak dak pun yg dilaburkan. *hrap ko mengerti laa yo*

    BalasPadam
  8. sepatutnya air wadi bukan air mazi. air wadi hampir serupa dgn air mani cuma cara ia keluar sama seperti yg dijelaskan dekat atas (kencing dan meneran) / melabur cara mencangkung. air wadi kurang berbau atau hampir tidak ada bau tak macam air mani baunya kuat. Air wadi terbentuk bila korang melakukan kerja2 yg melibatkan pergerakan pelvis yg byk terutamanya awal pagi. Air mazi warnanya jernih & keluar ketika korang tgk benda2 merangsang berahi & air mani keluar ketika berjimak mencapai tahap klimaks. mustahil air mani keluar ketika meneran atau tgh berak. byk2 rujuk google...

    BalasPadam
  9. assalamualaikum, saya berumur 22 tahun. saya sering mengalami masalah yang sama tetapi cecair itu saya rasakan seperti air mani ini kerana ianya putih pekat..dan saya juga bermain gym adakah pengeluaran air mani akan melambatkan proses pembesaran otot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya jugak mengalami masalah yg sama...tapi iya mmg betul sekiranya.. air mani itu keluar.. akan menyebabkan pengecutan otot.. saya bercakao based on my experiance..

      Padam
  10. Salamm...sy brumur 25 thn.sy bru mlahirkn ankk..msalah sy bru2 ny.. Slpas sy mmbuang air besar..Sy rsa sakit bla kncing

    BalasPadam
  11. soalan tu waktu berak bkn waktu kencing..lain disoal lain dijawab ni doc ke dog?

    BalasPadam
  12. Terima kasih di atas penjelasan.

    BalasPadam
  13. Apabila saya tahan berak secara tiba2 saya rasa nk kencing .. dn bila saya tahan kencing dgn Cara kemut zakar.. selepas itu cecair putih seakan2 Mani keluar darpd zakar saya.. adakah itu Mazi atau Mani??? Sye kurang jelass.. boleh beri penjelasan

    BalasPadam
  14. Ahir ini saya mengalmi ketika buang air besar atau sembelit cecairan warna kelabu keluar..macar air mani tpi dia tidak bau..apakah itu berbahaya tolong jelaskan..tq

    BalasPadam
  15. Ahir ini saya mengalmi ketika buang air besar atau sembelit cecairan warna kelabu keluar..macar air mani tpi dia tidak bau..apakah itu berbahaya tolong jelaskan..tq

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum saya mengalami lendir selepas kencing warna seakan2 air mani tapi tiada bau...

    BalasPadam
  17. alhamdulillah akhirnya terjawab juga, ingatkan air mani, penat saya mandi wajib, hampir setiap hari

    BalasPadam
  18. Mcm saya bila lepas kencing lepastu rasa mcm kencing belum habis keluar,lepastu sy meneran bg keluar hbis,ap yg keluar adalah sejenis cecair seperti air mani yg keluar dalam 2-3 titis mcm tu,adakah itu air wadi?

    BalasPadam