Label

RANCANG KELUARGA LELAKI

ISLAM menggalakkan umatnya berkeluarga dan diharamkan mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin.

Pada masa sama, Islam mengambil berat aspek kesihatan wanita dan keluarga. Jika kesihatan seseorang wanita bermasalah, pasti kesihatan keluarganya secara keseluruhan akan terjejas.

Di sinilah pentingnya amalan perancangan keluarga. Namun, perlu diingatkan yang lelaki juga memainkan fungsi penting dalam bab ini. Ini kerana tanpa izin suami, isteri tidak boleh mengamalkan perancangan keluarga.

Bagaimanapun, perlu diingatkan yang kaedah perancangan keluarga bukan terhad kepada wanita, tetapi turut membabitkan lelaki.

Kaedah yang boleh diamalkan lelaki ialah 'Al-Azal' di mana lelaki melucutkan zakar sebelum ejakulasi, manakala kaedah lain ialah menggunakan kondom.

Selain itu, kaedah 'kasi ' atau pembuangan buah zakar boleh dilakukan. Bagaimanapun ia bukan kaedah merancang keluarga, tetapi lebih kepada penyeksaan kepada lelaki apabila bukan saja kilang benih dibuang, tetapi juga kilang menghasilkan hormon kelelakian yang cukup penting untuk kehidupan sebagai lelaki.

Kaedah seterusnya ialah mengikat salur sperma atau'vasectomi' atau 'Sterilisasi Lelaki'.

Ia membabitkan prosedur mengikat kedua-dua salur sperma, sekali gus tiada sperma dalam air mani ketika ejakulasi.

Walaupun kelihatan menakutkan, kaedah ini mudah dan tidak dibebankan dengan peralatan yang banyak. Lebih penting ialah apabila tidak diperlukan, kaedah sterilisasi itu boleh dipulihkan dengan menyambung salur yang diikat.

Selain kaedah merancang keluarga yang dinyatakan tadi, tiada kaedah moden lain yang mana lelaki boleh amalkan.

Kajian mengenai kaedah moden seperti 'pil perancang lelaki' untuk mencegah persenyawaan sperma dengan telur seperti menghalang pemprosesan sperma pada waktu tertentu atau membantutkan penghasilan sperma tidak berjaya menghasilkan penemuan diharapkan.

Kebanyakan kajian mengenai ekstrak biji kapas dan beberapa biji palmaria yang didapati mengandungi kimia yang mengganggu pemerosesan sperma seperti 'Kontrsperm' dan 'Gossipol' didapati tidak berkesan secara purata dalam menghalang pembiakan sperma.

Malah, 'Gossipol' dalam tahap tinggi boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi jantung dan menjadi punca kematian.

Pil untuk lelaki dalam bentuk suntikan hormon diperkenalkan baru-baru ini sebagai kaedah dalam kajian.

Hormon yang dimaksudkan ialah hormon 'Progesterone' dan 'Testosterone' kerana didapati hormon berkenaan dapat menghalang pembiakan sperma dalam masa terdekat, antara empat hingga lapan minggu.

Kajian yang diselenggarakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kaedah hormon ini masih dalam peringkat permulaan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan