Soalan
SAYA penuntut 23 tahun. Baru-baru ini, saya ke klinik selepas pedih apabila membuang air kecil yang mungkin akibat perbuatan saya melakukan onani secara kasar beberapa hari sebelum itu. Sebelum berjumpa doktor, sejenis cecair keluar dari kemaluan saya yang kelihatan keputihan dan berkeruh sedikit. Sampel air kencing menunjukkan saya mengalami urine infection dan doktor memberikan saya antibiotik, ubat lawas kencing dan penahan sakit. Saya juga dinasihati meminum banyak air masak. Selepas beberapa hari, pengeluaran cecair itu beransur kurang, cuma rasa pedih masih lagi sesekali terasa, meskipun tidak seteruk minggu lalu.
HAIKAL
Melaka
Jawapan
RASA pedih ketika kencing sering dialami lelaki dan perempuan dan ini ada kaitan dengan keradangan salur kencing. Keradangan ini boleh berlaku akibat onani, geselan kepada anggota sulit, zakar untuk lelaki dan onani dalaman, iaitu menggesel bahagian atas faraj berdekatan salur kencing untuk perempuan. Apabila amalan tidak baik itu dihentikan, kelegaan akan berlaku. Rawatan yang doktor berikan adalah memadai dan tentu akan mengambil masa untuk dapat keselesaan jika keradangan berkenaan sangat ketara.
Jadi bersabar dan pada masa sama, cuba elak beronani kerana jika salur kencing tercedera ia akan menjadi sempit. Keadaan ini dikenali sebagai 'urethral stricture' iaitu salur kencing menyempit akibat parutan. Jika ini berlaku, tentu anda akan rasa sukar untuk buang air kecil dengan selesa. Lelehan yang keluar daripada salur kencing itu ialah hasil keradangan salur kencing. Apabila keradangan itu reda, lelehan itu akan reda juga.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
adduhh saya pun mengalami masallah yang sama . . .
BalasPadampada mulanya gatal ..lepas tu pedih bila nak buang air kecil...macam mana nak atasi perkara tu dan berapa lama masa diambil untuk lega?
BalasPadampada mulanya kencing trasa pedih...selepas kncing ada cecai kuning keluar sedikit demi sedikit...masaalah apakah ini??
BalasPadamDa ok ke?
Padami'm have same problm too..
sapa suruh buat perkara tak elok
BalasPadamaku pon alami mende yg sama... mase kencing mase nak kuwa air tu, ase mcm pedih2 sket n panas je... pastu kat bawah pale takok ade gatal2 cket. nak garuk, tp gatal kt dalam.. aku nak berhenti melancap.. tolong akuu.... sape2 ade aktiviti yg best2, ajak r aku,,, aku nak bz kan diri,. xnak onani lagii.... aku nak kahwinnnnnnnn....
BalasPadam