Soalan
SAYA mempunyai dua cahaya mata. Masalah yang dihadapi ialah pancutan yang terlalu awal menyebabkan saya dan isteri hanya merasa kepuasan terlalu sekejap. Zakar saya juga semakin hari semakin mengecil kerana masalah berat badan. Adakah perlu saya menggunakan alat senaman lelaki atau pam vakum? Bagaimana caranya dapat saya mengatasi masalah ini serta mengembalikan saiz zakar supaya lebih besar?
Yang bermasalah
Tanjung Malim
Jawapan
HUBUNGAN seksual tidak selalunya berjalan lancar. Adakalanya suami cepat klimaks dan ada ketikanya isteri mengambil masa untuk mencapai klimaks. Ini tidak bermakna yang hubungan kelamin itu mengecewakan.
Jika ada cara lain yang boleh dilakukan mereka berdua untuk meningkatkan keintiman seperti sentuhan dan urutan erotik atau dengan seks oral atau penggunaan alat pembantu seks yang sesuai dan yang boleh diterima mereka. Memang hubungan seks ada batasan seperti kemampuan dan keupayaan pasangan untuk melakukannya. Persoalannya, sama ada fungsi anggota seksual itu dapat diperbaiki dengan ubat atau dengan teknik atau cara gaya persetubuhan.
Kini, ada pelbagai cara untuk meningkatkan daya kawalan daripada klimaks cepat yang boleh diamalkan lelaki seperti menggunakan cincin tambat zakar (KANDA TM). Jika cara itu semua tidak berkesan jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan dengan ubat tertentu. Mengurut bukan caranya dan tidak berkesan. Senaman kemut tidak perlu dilakukan dengan mengunakan alat pam vakum. Jika tersalah guna pam itu boleh mencederakan zakar. Pam vakum hanya untuk lelaki yang mati pucuk dan itu pun perlu melalui pemeriksaan doktor. Alat itu juga bukan alat sesuai untuk membesarkan zakar.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan