Soalan
SAYA menghadapi masalah kurang misai dan janggut berbanding rakan berusia 16 tahun yang lain. Dulu muka saya banyak jerawat, tetapi sekarang berkurangan.
Adakah ini mendatangkan kesan atau adakah apa-apa gel atau ubat yang boleh membantu saya untuk mempunyai misai dan janggut?
REMAJA BOTAK
Kuala Lumpur
Jawapan
Selain kemunculan bulu roma di bibir, muka, dada dan anggota sulit, lelaki mengalami perubahan pada suara, yang mana ia lebih garau atau pecah dengan kemunculan halkum akibat perubahan akil baligh.
Selain semua itu, anggota sulit membesar dan ereksi menjadi lebih kerap serta wujud kemunculan mimpi basah. Badan secara menyeluruh mengalami ketumbesaran. Perubahan akil baligh itu bermula seawal 10 tahun dan berterusan sehingga berusia 20 tahun.
Kadangkala perubahan itu berlaku lewat. Sesetengah perubahan akil baligh dikawal baka seperti ketinggian, kemunculan misai dan janggut yang lebat, ketumbesaran buah zakar dan zakar.
Adakalanya masalah boleh berlaku apabila sesetengah anggota tubuh badan tidak menunjukkan tindak balas hormon. Misalnya, bulu roma tidak muncul akibat tiada tindak balas hormon testosterone kepada kulit.
Jika ini berlaku, memang tiada rawatan, sama juga dengan keadaan baka. Jadi jangan bimbang. Jangan samakan diri anda dengan orang lain kerana anda akan ada keistimewaan tersendiri.
Mungkin kemunculan bulu roma itu lewat atau memang anda tiada baka misai atau janggut.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Saya pun mempunyai masalah yg sama.
BalasPadamBerusia mencecah hampir 27 tahun tapi masih lg 'licin'.
Tp pompuan suka muka jambu a.k.a licin👌
Padamusia 25. alami masalah sama. hanya Allah tahu tekanan diejek dan dihina.dari kawan2 malah keluarga. tak pernah minta cacat begini. selalu hilang keyakinan berdepan dengan masyarakat.orang yang beragama asyik tanya bila nak simpan janggut. sebenarnya perli. nak kata baka ayah datuk pakcik2 abang and adik pon ada. emmm mungkin takdir. walaupun jawapan doktor di atas umpama "terima sahaja", ak percaya ada jalannya. sebab tu ada kes perempuan tumbuh jambang sebab kesan sampingan ubat.
BalasPadamkena ejek rakan rakan memang dah biasa sangat dah. buat pekak je. tapi kadang kadang kalau dah selalu sangat boleh mengundang kemarahan juga. umur 33 masih berharap akan ada jalan penyelesaian. harap ada dr. yang boleh bagi cadangan.
Padamsaya ada masalah janggut aitu dulu janggut dan jambang lebat tetapi akhir2 ni janggut di bawah dagu semakin berkurangan dari sekecil duit 5 sen hinggan sekarang merebak daj jadi sebesar duit 50 sen, jadi saya ingin tahu apa masalahnya dan ini juga membingbangkan saya sebab yg berkurangan itu menjadi licin..harap dapat info dari saudara2.
BalasPadamSaya berdepan masalah yg sama. Gurauan melampau kadang2 menguris hati. Saya mencoba minoxidil 5%. So far so good walaupun lambat. Tapi ada perubahan. Saya berumur 33 tahun. Sabar dan tawakal. Segalanya drpd yang maha kuasa. Kita cuma mencoba. Sekarangsaya sudah berjanggut. Alhamdulillah.
BalasPadamNak tanya, kenapa halkum saya terlebih besar dan tonjol sedikit tajam berbanding rakan saya yang lain yang mempunyai halkum yang normal....
BalasPadamsetuju saya pun mngalami msaalah yg sama halkum terlebih besar dan sering diejek.hilang keyakinan diri hm
Padammungkin anda terlabih melakukan onani
PadamKenapa suara saya lambat nk pecah ? Saya sering ditertawakan . Diorang ckp suare saya cm pondan
BalasPadamrileks la bro..wt dunno je...utamakan kelebihan yg bro ada...jgn takut ok
Padamsy lgi plik, bebulu semua tu ade lh, lg bnyk ade lh smpai kt area pusat tu...p halkum ade cm x de je, p ade lh cuma x nmpk mcm org len r, smtime tngk lki yg berhalkum yg obvious sngt nmpk, envy pun ade, cos plik sal ak pnye x nmpk sngt..p nk bt cmne x de pnyelesaian...huhu
BalasPadamUmur 14 tahun berkesan tak kalau ingin lebatkan misai dan janggut?
BalasPadamNormal kah janggut tumbuh pada usia 13 tahun
BalasPadamJangan risau normal je,,kawan aku sendiri darjah 6 dah bermisai lebat.Tu maksudnya tindak balas hormon kau cepat kot hehe
PadamNormal kah usia 13tahun mempunyai janggut
BalasPadamSy nie umur 14 tahun. Tpi janggut dh tumbuh. Misai pon dh tumbuh lebat. Bulu roma sy kt kaki sy tumbuh sangay lebat. Adakah itu peryumbuhan normal
BalasPadamSy nie umur 14 tahun. Tpi janggut dh tumbuh. Misai pon tumbuh. Bulu roma sy kt kaki tumbuh sangat lebat. Adakah itu pertumbuhan normal bgi sy
BalasPadamSy nie umur dah 19 tahun, but masih 'licin' lagi.. Adik beradik yg lain pon same, 'licin'...Memang Selalu kene ejek ngan kwn2... Pernahlah tanye ayah, memang keturunan kite mcm nie ke? Ayah kata Ye kot, sebab dulu ayah tak berbulu pun, sampai sekarang, badan ayah masih licin lagi. Umur ayah? Dah 39 tahun.. Huhuhu.. Ade ke cara nk lebatkan bulu nie? Dah x tahan kene ejek ngan kwn2.. Girlfriend pun lari sebab ingatkan sy nie x normal (pondan)... Suara xde masalah, halkum tu, ade cam xde je.. Memang selalu jadi bahan kt U.. Huhuhu..
BalasPadamsaya lg lah malu dgn kawan² ,umur dah 20 tapi muka mcm bkn 20,muka mcm budak skolah lg .. misai ade tpi janggut tkde
PadamKenapa sya dh umur 17 tahun tapi x nmpk halkum? Tapi saya dh tumbuh bulu di misai,alat sulit,dan ketiak..tumpang tanya
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamumur 20 tapi muke mcm tk umur 20 .. muke jd mcm umur 19 .. nk thu jgk masalah ap ?? boleh bg thu tak
PadamSebenarnya boleh je consume pil hormon yang menambahkan hormon testosterone(T) dan dihydrotestosterone(dht).fungsi dua2 hormon untuk pertumbuhan janggut. Kalau lah kene terima je apa jd tak boleh jugak. Ada je org yg ahli keluarga lain semua berjanggut tapi dia 'licin'. Boleh jd gene dalam badan tak banyak testosterone sbb gaya pemakanan dgn kurang bersukan. Boleh cuba ubah cara pemakanan. Makan lebih makanan yg boleh menggalakkan hormon testosterone dan dht mcm daging tanpa lemak, susu, kacang brazil. Mintak maaf lah, doktor meragukan kalau jawapan terus suruh terima kenyataan ni. Kuikui
BalasPadamkenapa misai saya tumbuh tidak rata? kiri kanan sahaja.. tengah kurang.. tepi je lebat
BalasPadamkenapa misai saya tumbuh tidak rata? kiri kanan sahaja.. tengah kurang.. tepi je lebat
PadamKurangkan onani, amalkan makanan bersumberkan diet mediteranian, amalkan letak minyak castor oil ke kawasan yang bermasalah
BalasPadamAdakah org yang beronani tidak normal
BalasPadamsaya umur 14 tahun cuma ada misai sikt sahaja....
BalasPadamNak tanya saya umur 21..tpi misai cuma separuh saja.. Dan tak ada janggut
BalasPadam