Label

AIR MANI CAMPUR DARAH

Soalan

SAYA berusia 27 tahun dan masih bujang. Saya melakukan onani seminggu sekali dan didapati kandungan air mani saya bercampur darah dan tidak berwarna keputihan seperti normal. Selepas membuat pemeriksaan di hospital, doktor mendapati kandungan air mani (sperma) saya normal.

Hasil ujian imbasan di kelenjar prostat saya, didapati ada ketumbuhan. Doktor memaklumkan itu ketulan tanda lahir sejak kecil. Doktor memberi ubat antibiotik, tetapi apabila saya melakukan onani sekali lagi (selang dua minggu), air mani saya masih bercampur darah (warna keperang-perangan).

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan darah di dalam air mani dan adakah ia berbahaya? Bolehkah saya mempunyai anak setelah berkahwin kerana sperma saya didapati normal?

AHMAD BASIR
Alor Setar

Jawapan

Darah dalam air mani dikenali sebagai 'hematospermia'. Jika darah yang keluar itu 'darah hidup', kemungkinan pendarahan berlaku di dalam salur kencing ketika ejakulasi berlaku. Ini mungkin petanda salur kencing terluka ketika pancutan kuat yang menyebabkan mukosa salur kencing tersiat.

Sudah tentu bahagian salur ini terasa sakit dan ketika kencing juga terasa sakit. Jika darah dalam air mani berketul-ketul dan berwarna coklat, kemungkinan ada jangkitan pundi prostat yang menyebabkan salur darah kecil radang dan terputus ketika prostat mencengkam dalam prose klimaks.

Selagi darah itu ada, air mani kelihatan bercampuran darah dan apabila keradangan itu tiada lagi, air mani yang keluar kelihatan lebih cerah. Selagi jangkitan itu ada, kemungkinan air mani kelihatan begitu. Ada juga batu karang yang kebetulan ada dalam salur pundi prostat dan boleh mengakibatkan salur pundi prostat terguris atau luka ketika cengkaman pundi prostat berlaku ketika klimaks.

Selagi batu itu ada, selagi itu akan kelihatan campuran darah dalam air mani. Darah dalam air mani tidak mengancam kesuburan sperma dan lelaki itu masih mampu menghamilkan pasangannya.

Masalah darah dalam air mani boleh berulang dari semasa ke semasa jika masalah awal tadi (keradangan pundi prostat atau batu karang) muncul kembali.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

2 ulasan:

  1. darah dalam air mani berketul-ketul dan berwarna coklat,air mani yang keluar kelihatan lebih cerah.Selagi batu itu ada, selagi itu akan kelihatan campuran darah dalam air mani.Cmana cara rawat ni doc?

    BalasPadam
  2. Semalam saya onani..tapi semasa air mani keluar alangkah terkejutnya saya apabila air mani keluar sekali dengan seketul darah...adakah saya ada penyakit???dan air kencing saya selalu panas

    BalasPadam