Label

BELUM NIKAH SUDAH MENCUBA

Soalan

SAYA berusia 23 tahun dan mempunyai kekasih. Saya pernah melakukan seks oral bersama kekasih. Saya ingin bertanya, adakah perbuatan itu menjejaskan kesihatan kerana saya percaya alat sulitnya mesti mengandungi bakteria.

Soalan kedua, bagaimana memastikan sama ada kekasih saya masih dara atau tidak. Walaupun kami melakukan seks oral, saya masih dapat elak berzina kerana tidak mahu memperisterikan perempuan yang tidak suci.

FAUZI
Selayang

Jawapan

Wanita bukan boneka untuk lelaki mempergunakannya. Sebagai lelaki bertanggungjawab, anda sepatutnya memikul apa saja kesan apabila bersubahat dengan 'kekasih' untuk berseronok.

Soal suci tidak timbul kerana ketika itu anda dan dia tidak suci lagi pada pandangan Islam. Seks oral tiada halangan dalam pandangan Islam, asalkan pasangan tu bernikah.

Daripada segi perubatan, anggota sulit wanita hanya mengandungi sejenis kuman semula jadi yang tidak berbahaya berbanding dengan mulut yang mengandungi pelbagai kuman dan kulat.

Kekasih anda berisiko mendapat jangkitan jika anda ada jangkitan pada mulut dan lidah. Sama juga jika dia ada jangkitan di sekitar anggota sulitnya, anda boleh terkena jangkitan jika seks oral dilakukan. Jika tiada jangkitan, tiada risiko.

Mengenai soal 'dara', istilah itu digunakan untuk membezakan wanita yang pernah dan belum pernah bersetubuh. Ada juga wanita yang pernah bersetubuh masih ada selaput 'dara' atau cebisan tisu mengelilingi pembukaan faraj kekal kerana ia sangat elastik.

Ada juga wanita yang bergelar dara tiada selaput dara secara semula jadi atau tiada lagi kerana aktiviti lasak.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan