Soalan
ISTERI saya mengandung anak pertama dan kini usia kandungannya mencecah lima bulan. Kemusykilan saya ialah, prstasi dia ketika bersama kini menurun kerana sejak kebelakangan ini dia seolah-olah tidak puas dan lambat mencapai klimaks setiap kali kami bersama. Kalau sebelum mengandung dan ketika kandungan baru berusia dua atau tiga bulan dia sangat puas setiap kali selepas kami bersama, tetapi kini tidak.
ZUL
Kajang
Jawapan
Minat untuk 'berintiman' bagi wanita hamil sukar dibicarakan. Satu ketika, dia rasa senang untuk bersetubuh dan satu ketika lagi dia tidak minat langsung atau jika dilakukan, itu semata mata untuk menyenangkan hati suami.
Suami akan tahu perkara itu kerana isteri jelas kelihatan tidak seronok atau lambat puas. Wanita yang letih dan lesu sukar mencapai klimaks. Malah, dia mungkin tidak minat mengadakan hubungan seks jika tidak diminta suaminya.
Wanita yang berfikiran rungsing juga sukar menumpukan perhatian kepada keseronokan dalam hubungan seksual. Jadi tanpa tumpuan, sukar untuk mencapai klimaks.
Wanita yang mula mengalami perubahan kepada payu dara yang berkembang dan memproses susu akan sukar terangsang kerana ketika itu hormon 'prolactin'nya meningkat dan ini secara langsung merendahkan perasaan syahwat. Bagaimanapun, wanita hamil perlu sokongan emosi selain moral dan fizikal.
Mereka seronok dengan tumpuan yang diberikan suami kepadanya. Dia perlukan kasih sayang suami, daripada segi kata-kata indah dan menceriakannya. Apabila dia ceria dan seronok, tentu mindanya terbuka untuk meneruskan keseronokan kepada hubungan intim dan hubungan penetratif.
Pastikan isteri anda tidak keletihan. Bantunya dalam urusan rumah tangga dan mungkin jika dia rasa senang dia akan hadiahkan anda mengikut kesukaan anda.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan