Label

SUAMI INGIN ANAK PEREMPUAN

Soalan

SAYA berusia 30 tahun dan sudah berumahtangga. Isteri saya melahirkan anak lelaki enam bulan lalu. Saya ada dua soalan. Pertamanya, saya merancang untuk anak kedua selepas anak lelaki saya berusia dua tahun. Adakah umur saya dalam lingkungan selamat untuk mendapatkan zuriat ketika itu? Kebanyakan pekerjaan saya di pelantar minyak seluruh dunia. Adakah kemungkinan saya dihidapi radiasi? Saya membuat pemeriksaan berkala setiap tiga tahun. Soalan kedua ialah, saya inginkan anak perempuan. Adakah cara untuk dapatan anak perempuan?

NOKA
KL

Jawapan

Lelaki mampu menghasilkan sperma sekingga ke liang lahad, namun sebaliknya untuk wanita. Mereka hanya mampu menghasilkan telur sebelum putus haid. Bagaimanapun, lelaki berumur menghasilkan banyak sperma yang tidak berbentuk normal dan risiko mendapat anak terencat adalah tinggi.

Anda masih muda dan boleh menambah zuriat. Pekerjaan anda tidak akan memberi kesan negatif kepada kesuburan anda kerana kemungkinan anda terdedah kepada radiasi tidak timbul.

Berhubung dengan keinginan mendapat anak perempuan secara merancang, hanya cara penyemaian sperma X dengan telur X dapat menghasilkan anak perempuan. Kaedah ini rumit dan hanya wujud di Jepun dan Korea. Kaedah ini tidak diterima Malaysia kerana melanggar etika perubatan.

Kaedah lain seperti bersetubuh beberapa hari sebelum isteri menghasilkan telur dengan isteri mencuci faraj dengan cecair asid biologik seperti Latacyd didapati kurang berkesan.

Kajian yang pernah dijalankan di Australia mengenai kaedah Shettles juga tidak berkesan untuk mendapat anak perempuan. Saya cadangkan anda supaya jangan sangat fikirkan semua itu, yang mustahak bayi yang lahir itu sihat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan