Label

PELAJAR HADAPI KENCING TAK LAWAS

Soalan

SAYA pelajar yang menghadapi masalah kencing tidak lawas sejak sekolah rendah lagi. Masalah ini sangat membebankan kerana selepas membuang air terutama air besar, air kencing masih lagi keluar walaupun dalam kuantiti sedikit.

Keadaan ini juga memberi tekanan kerana saya perlu mengambil masa lama untuk memastikan tiada lagi air kencing keluar sebelum menunaikan solat. Untuk pengetahuan, saya pernah mencuba nasihat doktor dengan mengamalkan senaman kemutan, tetapi masih belum berhasil.

Baru-baru ini, akibat tidak tahan, saya mengikat pangkal zakar dengan menggunakan gelang getah dan cara ini berkesan. Dalam masa sama, saya juga memastikan ikatan getah tidak terlalu ketat.

Persoalannya, adakah kaedah ini akan memberi kesan buruk kepada saya?

AZWAN
Shah Alam

Jawapan

Masalah kencing tidak lawas memang merumitkan jika berpanjangan dan cara penyelesaiannya juga merumitkan. Jika dirujuk kepada doktor, ujian permulaan ialah ujian kencing untuk memastikan tiada radang pundi kencing.

Jika ia normal, mungkin salur kencing diperiksa melalui 'teropong' yang dikenali sebagai 'Urethroscope'.

Jika itu pun normal, pemeriksaan seterusnya akan ditumpukan kepada pundi prostat dan apabila keputusannya masih normal, tiada apa lagi yang perlu dikendalikan kecuali bimbingan.

Dalam keadaan biasa, pundi kencing dapat mengisi seliter air kencing tetapi apabila separuh penuh, perasaan hendak kencing akan terasa. Namun, jika individu itu tidak mahu kencing, dia akan dapat menahan sehingga tidak lagi tertahan lalu mencari tandas.

Jika berlengah ke tandas, dia akan dapati selepas selesai kencing macam ada air kencing lagi. Cara untuk memastikan perkara itu tidak berlaku ialah dengan menahan kencing.

Adakalanya yang keluar itu bukan kencing, tetapi cecair dari pundi Cowper dalam otot di lantai pelvis (otot kemut). Lelaki yang mempunyai pundi Cowper besar sudah tentu pundi itu menghasilkan cecair yang banyak, terutamanya jika ia mengalami radang (akibat menahan kencing).

Justeru, ketika mengeluarkan air kencing dan pada penghujungnya mengemut, maka sejurus selesai kemut cecair jernih akan keluar seperti air kencing. Ini ialah cecair dari pundi Cowper.

Jika itu yang berlaku, tiada apa yang boleh dibuat kecuali menerimanya. Jika anda turut berasa was-was mengenai cecair ini, anda perlu menukar pakaian ketika solat. Mengenai pemakaian gelang itu dapat memberi kelegaan kepada masalah anda, ia boleh diteruskan dengan syarat ia tidak disarung ketat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan