Label

CARA PILIH JANTINA

ALANGKAH baiknya jika jantina anak dapat dipilih sebelum dia dilahirkan. Keghairahan ini menyebabkan pelbagai kepercayaan dan usaha dilakukan. Jangan terkejut jika ada pasangan kelamin sanggup tidur bersama pedang atau senjata yang menjadi lambang lelaki untuk mendapat anak lelaki.

Kepercayaan lain pula jika pasangan bersetubuh dalam kawasan terbuka seperti ladang dengan pancaran cahaya bulan terang kononnya akan dianugerahkan anak lelaki. Namun, jika kebetulan suasana bertukar menjadi gelap gelita, anak yang bakal dilahirkan ialah perempuan.

Masyarakat Cina purba percaya melakukan hubungan kelamin pada hari dan waktu tertentu akan dianugerahkan anak lelaki sehingga mereka sanggup tidur berasingan beberapa minggu supaya hasrat termakbul.

Masyarakat purba Asia pula percaya jika pasangan wanita mengiring ke kanan selepas bersetubuh akan menghasilkan anak lelaki dan jika mengiring ke kiri pula dapat anak perempuan.

Mengikut pandangan perubatan dan kesihatan, merancang jantina anak untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit baka perlu dilakukan jika ada kemudahan dan kepakaran.

Mengikut pandangan pakar kependudukan pula, penentuan jantina boleh memberi kesan ketidakseimbangan antara wanita dan lelaki dan sudah tentu akan mempengaruhi taburan penduduk masa depan.

Kaedah Penentuan Jantina Sebelum Kelahiran Anak

1) Kaedah Shettles: Mengikut kajian Dr Shettles jika benih X lelaki bercantum dengan telur perempuan yang semuanya X, maka anak itu jantinanya perempuan dan jika sperma Y bercantum dengan telur X, jantina anak itu lelaki.

Mengikut Dr Shettles, hubungan kelamin yang mana wanita mencapai kemuncak, menggalakkan pencapaian anak lelaki dan sebaliknya untuk anak perempuan. Makanan yang banyak kalsium dari sodium (garam) juga menggalakkan anak perempuan dan sebaliknya mungkin anak lelaki.

Kaedah ini tidak lagi digunakan kerana sudah ada kaedah lebih berkesan seperti penyemaian benih dalam rahim ketika wanita itu subur.

Penyemaian benih dilakukan dengan menapis benih untuk memastikan hanya benih yang membawa baka Y (untuk anak lelaki) dan benih X (untuk anak perempuan) mengikut pilihan pasangan kelamin itu.

Kaedah penapisan sperma dilakukan dengan kaedah Eliasson. Kini ada banyak teknik penapisan sperma yang lebih berkesan.

Kaedah Penentuan Janin Terkini

2) Kaedah bayi tabung uji untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan mendapat dan memilih jantina anak. Ketika telur dibiarkan bercantum dengan sperma lelaki, janin yang terjadi boleh dikenal pasti jantinanya dengan mengambil satu sel embrio untuk diperiksa baka seksnya.

Jika embrio itu dikenal pasti dari baka seks pilihan, ia dimasukkan ke dalam rahim supaya embrio itu menginap kepada Enometrium dan terus berkembang.

Penentuan jantina anak memberi pilihan pasangan merancang bilangan dan pilihan jantina anak. Bagaimanapun, yang paling penting ialah bersyukur dan terima apa saja jantina yang dianugerahkan Allah SWT.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan