Label

DERITA DALAM DIAM

PERBALAHAN di antara suami isteri satu perkara biasa, bak kata pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Ada banyak sebab suami isteri bergaduh, antaranya masalah kewangan, campur tangan pihak ketiga, hubungan seksual yang tidak memuaskan selain ketiadaan zuriat. Semua isu itu sukar diluahkan kepada pihak ketiga kerana malu. Ini menyebabkan pasangan yang menghadapinya menderita dalam diam.

Punca lelaki derita dalam diam:

1. Keputihan lelaki

Sebilangan lelaki mudah mengeluarkan air mazi yang banyak apabila terangsang dan keadaan itu boleh menjadi terlalu lembap sehingga tidak menyeronokkan pasangan wanita.

Keadaan basah turut menyebabkan ereksi lelaki menjadi lemah.

Malah, akibat terlalu basah dan licin, ada hubungan kelamin terbantut. Masalah ini ada kaitan dengan keadaan pundi salur kencing lelaki yang terlalu aktif.

Cara mengatasinya ialah dengan memakan ubat 'Antihistamine', iaitu ubat nyah alahan yang mengakibatkan selesema atau resdung. Keadaan ini juga dikenali sebagai resdung zakar.

2. Saiz, bentuk ereksi kurang menyenangkan.

Lelaki menjadi begitu sensitif apabila berasa alat kelamin mereka tidak termasuk dalam golongan 'ideal' untuk memberi kepuasan kepada pasangan. Malah, jika pasangan 'menegur' saiz dan bentuk ereksi, ia boleh menimbulkan tekanan hebat.

Ini menyebabkan ada yang cuba membesarkan zakar dan menguatkan ereksi. Selagi tidak berpuas hati dengan perkembangan 'rawatan' diterimanya, lelaki itu akan menderita dalam diam.

Seseorang lelaki perlu tahu dia hanya akan dapat ereksi yang lebih mantap apabila banyak menggunakan anggota sulitnya. Perkara ini tidak diketahui wanita. Jika wanita membandingkan anggota sulit ayahnya yang sememangnya kelihatan besar (kerana biasanya zakar orang berumur kendur dan lentur tetapi besar tidak semestinya keras) dengan pasangannya sudah tentu tidak setaraf.

Bagaimanapun, masalah ini bukan tidak boleh diatasi. Rawatan pemulihan seperti mengguna alat andropenis dapat membantu meningkatkan perincian ereksi ke tahap lebih memuaskan.

Ada juga keadaan ereksi suami bengkok dan kadangkala tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan baik. Ini berlaku apabila terdapat benjolan keras atau tisu keras dalam zakar yang mengakibatkan zakar tidak dapat ereksi dengan lurus.

Masalah ini dikenali penyakit Peyronie. Ia boleh diatasi dengan menggunakan alat andropenis (sila rujuk www.drismailtambi.com).

3. Disfungsi seksual.

Sebilangan lelaki mudah mencapai kemuncak lebih awal daripada diinginkan. Ini menimbulkan masalah apabila pasangan wanita mengeluh cemas setiap kali pancutan berlaku sebelum dia puas.

Masalah cepat klimaks sering dialami lelaki dan mereka perlu belajar mengawal daya ereksi dan pancutan sehingga pasangan puas. Lelaki yang gagal mengatasi perkara itu walaupun berusaha bersungguh-sungguh, perlu berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan daripada menderita seorang diri.

Lelaki berumur sering mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk. Perkara ini boleh berlaku juga kepada lelaki muda akibat masalah psikologi atau kesihatan seperti kencing manis atau penyakit lain yang menekan fungsi erektil zakar.

Kini ada pelbagai rawatan canggih yang dapat mengatasi masalah mati pucuk, termasuk ubat 'PDE-5 Inhibitor' yang membantu ereksi menjadi mantap akibat peningkatan kemasukan darah ke dalam otot zakar, alat pam vakum dan suntikan ubat 'Vasodilator' dalam otot zakar.

Cara rawatan moden lebih berkesan dan tidak memudaratkan berbanding rawatan tradisional urutan yang boleh merosakkan otot dan buah zakar.

4. Masalah Kesuburan.

Lelaki kini lebih peka mengenai kesuburan. Tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu yang mana kebanyakan lelaki berpendapat asalkan dia dapat melakukan hubungan seksual, itu sudah memadai. Jika isteri tidak hamil, itu salah isteri atau isteri mandul.

Ada lelaki yang buah zakarnya kecil atau ada satu buah zakar saja khuatir dia tidak dapat memberi zuriat. Pada masa sama dia bimbang menjalani pemeriksaan kesuburan.

Selagi perasaan negatif itu menghantuinya, dia akan menderita dalam diam kerana tidak tahu keputusan sebenarnya.

Kini rawatan masalah kesuburan lelaki begitu mantap dengan adanya pelbagai ubat farmakologik dan herba.

Perkara yang mustahak ialah jalani pemeriksaan dan rawatan. Jika jalan untuk mendapat zuriat buntu, mereka tidak perlu berputus asa kerana boleh mengambil anak angkat.

Isu 'derita dalam diam' ini adalah isu utama menjadi perbalahan di antara suami isteri yang hakikatnya sukar untuk diselesaikan secara perundingan kerana terlalu sensitif, sebaliknya perlu mendapatkan rawatan dan kaunseling daripada pakar perubatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan