Label

SUAMI ADA TIGA BUAH ZAKAR

Soalan

SUAMI saya mempunyai masalah tiga buah zakar, masing-masing dua buah zakar dan satu mengandungi cecair seperti dimaklumkan doktor pakar. Dia akan dibedah pada awal 2007. Masalahnya buah zakar yang mengandungi cecair itu berpunca daripada angin pasang sejak zaman kanak-kanak sehingga kini berusia 32 tahun.

Ia kini semakin besar sehingga sebesar tetikus komputer dan pada masa sama dua buah zakar asal menjadi kecil. Bagaimanapun, suami tidak sakit. Kami berkahwin sudah empat tahun dan saya hanya mengandung tiga kali namun keguguran dalam tempoh satu bulan hingga dua bulan. Adakah ia berpunca kurangnya sperma dan bolehkah saya mengandung jika suami tidak melakukan pembedahan. Bolehkah suami berubat tradisional? Suami juga mengalami air mani cair semenjak buah zakar (cecair) membesar.

ROS
Shah Alam

Jawapan

KERANDUT zakar mengandungi buah zakar, pundi Epidimis, salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf yang bertanggungjawab kepada kesihatan buah zakar itu. Semuanya dalam bentuk sepasang.

Jika buah zakar kelihatan besar kemungkinan masalah angin pasang. Angin pasang ialah kemasukan usus dalam kerandut buah zakar melalui pembalut buah zakar. Ini berlaku apabila terdapat ruang antara buah zakar dan perut. Angin pasang berlaku apabila pembalut buah zakar membesar akibat peningkatan cecair dalam pembalut itu.

Sudah tentu kedua-dua keadaan itu mengakibatkan kerandut buah zakar membesar dan secara langsung 'ketumbuhan' itu akan menolak buah zakar ke belakang. Jarang buah zakar terencat dan memberi kesan kepada air mani lelaki itu.

Sebilangan lelaki yang ada masalah itu mendapati masalah kepada profil sperma, iaitu sperma kurang atau kurang aktif. Ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.

Puan ada menjelaskan pernah hamil beberapa kali, tetapi tidak kekal. Keadaan ini dianggap sebagai kehamilan bazir atau 'pregnancy wastage'. Kerap gugur juga satu masalah kesuburan dan anda perlu menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti sebab keguguran.

Satu pemeriksaan yang perlu dijalani ialah ujian kebakaan untuk kedua-dua pasangan untuk mengenal pasti jika ada baka yang tidak sihat yang menyebabkan berlaku keguguran itu.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan