Soalan
SAYA berusia 24 tahun. Masalah saya adalah zakar saya bengkok ke sebelah kanan. Keadaan ini menghadirkan tekanan yang cukup hebat kepada saya kerana memikirkan cara hendak meluruskannya semula.
Saya pernah mendengar mengenai sejenis alat iaitu andropenis, tetapi tidak pasti mengenainya. Saya juga gemar melakukan seks oral untuk memuaskan pasangan saya. Kadangkala saya tertelan cecair yang dikeluarkan oleh faraj pasangan saya ketika dia terangsang. Pasangan saya juga kerap tertelan air mani saya. Adakah ini akan memudaratkan saya dan pasangan saya?
SUAMI RISAU
Alor Setar
Jawapan
Zakar yang bengkok atau melengkung ketika ereksi hanya menjadi masalah apabila kebengkokannya menyukarkan lelaki melakukan hubungan seksual penetratif dengan pasangan. Jika boleh masuk dan tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya atau pasangannya, perkara itu tidak perlu dirisaukan. Yang menimbulkan masalah ialah pada peringkat awal keadaan biasa, tetapi kelamaan kebengkokan menjadi ketara dan menyukarkan persetubuhan.
Waktu itulah mustahak untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebelum ini rawatan ialah melalui pembedahan, tetapi kini ada cara menggunakan alat penarik zakar atau andropenis.
Keberkesanannya ialah lebih 97 peratus. (Sila rujuk artikel dan alamat laman web di atas). Bagaimanapun, dalam pasaran ada juga alat tiruan yang tiada piawaian dan jika dipakai akan menjejaskan anggota sulit. Jadi jangan tertipu.
Seks oral hanya digalakkan kepada pasangan kelamin yang berkahwin. Ia bukan seks luar tabii dan tiada halangan dalam pandangan Islam. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan itu sudah berkahwin.
Memang ketika wanita itu terangsang farajnya akan mengeluarkan cecair 'perahan' mukosa faraj. Cecair ini mengandungi air, Vitamin C, Pyridines, logam zinc, glycoprotein dan beberapa immunoglobins selain bakteria semula jadi. Jika dia makan sesuatu yang berbau seperti petai, aroma dari petai pun akan ada.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
GOLONGAN lelaki sama seperti wanita. Jika wanita terlalu risau mengenai bentuk dan saiz payudara serta keadaan vulva (bahagian luar anggota kelamin wanita) yang mana lebih kecil dan tidak seimbang, lelaki pula selalu runsing mengenai saiz dan keadaan haluan ereksi serta kedudukan buah zakar di mana ia seimbang atau sebaliknya....
BalasPadamhttp://kedai-lelaki.com/blog/nak-tahu-tentang-masalah-zakar-bengkok/