Soalan
SAYA berusia awal 20-an dan telah mengalami mimpi basah sejak belasan tahun sehinggalah ke hari ini. Kekerapan mimpi membuatkan saya risau dan ada kala dalam seminggu mengalami mimpi seksual tiga hingga empat kali. Selain itu, buah zakar saya tidak seimbang iaitu sebelah kiri lebih ke bawah dan kadang-kadang saya rasa seperti ia tidak berfungsi.
SHAH,
Rawang.
Jawapan
MIMPI basah fenomena semula jadi untuk lelaki dan jika kerap berlaku boleh mengakibatkan tekanan. Bagaimanapun, perkara itu dianggap biasa. Mimpi basah atau pengeluaran air mani dalam tidur untuk lelaki petanda lelaki itu masuk ke alam dewasa dan sistem reproduktifnya sedang berkembang dan fungsinya lancar.
Adakalanya fungsi reproduktif lelaki itu tidak lancar seperti yang dialami anda. Tanpa membuat apa-apa keadaan ini boleh pulih.
Jarang berlaku keadaan lelaki mengalami masalah itu mendapat rawatan menstabilkan sistem urat saraf. Buat sementara waktu amalkan gaya hidup sihat. Fenomena ini akan reda dan hanya akan berlaku apabila sistem itu dalam keadaan tertekan. Jika anda dapati fenomena ini berterusan, pergilah jumpa doktor untuk mendapat rawatan sewajarnya.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan