Label

NASIHAT SALAH

ADAKAH hanya kerana isteri hamil, anda terpaksa 'berpuasa' daripada melakukan hubungan seksual selama sembilan bulan? Masalah menjadi lebih rumit apabila isteri dalam pantang pula selepas itu, menyebabkan 'puasa' anda harus diteruskan.

Ini bukan jenaka kerana memang ada pasangan berhenti mengadakan hubungan seksual selepas pasangan wanitanya disahkan kamil dengan alasan bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atas kandungan.

Perkara itu sering berlaku pada pasangan yang berdepan pengalaman pertama kehamilan akibat mendengar terlalu banyak nasihat daripada 'doktor tanpa ijazah' yang gemar memberi nasihat di luar konteks saintifik.

Hakikatnya, secara saintifik tiada sebab kenapa hubungan seksual tidak boleh dilakukan jika kehamilan wanita itu berjalan lancar, kecuali berlaku insiden tertentu dan anda dinasihatkan doktor supaya berhenti kerana mungkin membahayakan kandungan.

Tidak dinafikan, ada situasi tertentu seperti apabila wanita mendapati pengeluaran darah atau tanda darah dari farajnya atau wanita itu mengalami kekejangan atau 'cramps' selepas selesai bersetubuh.

Jika kedua-dua masalah itu berlaku, anda dan pasangan perlu mendapat rujukan doktor kerana jika dibiarkan berkemungkinan mendatangkan bahaya ke atas kandungan, termasuk keguguran janin.

Bagaimanapun, jika pemeriksaan rutin yang ditetapkan doktor menunjukkan tiada masalah pada kandungan selain tiada kejanggalan atau masalah apabila melakukan hubungan seksual, aktiviti itu tidak perlu dihentikan.

Sehubungan itu, tiada alasan untuk anda bimbang aktiviti seksual akan mendatangkan bahaya ke atas kandungan isteri.

Namun perlu diingatkan juga, mengadakan hubungan seksual ketika kehamilan akan mendatangkan sedikit ketidakselesaan kepada pasangan lelaki atau wanita dan perbincangan perlu diadakan untuk memastikan apa yang dihajati tercapai.

Yang penting ialah hubungan seks atau naluri syahwat adalah lumrah semula jadi bagi manusia. Justeru, dibimbangi fakta salah akan menimbulkan masalah lain, terutama kegersangan kepada pasangan lelaki atau wanita, sedangkan mereka tidak sepatutnya berdepan masalah itu.

Namun, jika benar wujud masalah, pasangan berkenaan harus ingat kerana hubungan seks dalam rumah tangga bukan saja bertujuan untuk berseronok atau mendapatkan zuriat, tetapi lebih daripada itu.

Ini kerana untuk faktor zuriat ada hadnya, daripada wanita mula baligh hinggalah putus haid. Selepas itu tiada soal zuriat, tetapi yang berpanjangan, berkekalan dan berterusan ialah keintiman seksual antara lelaki dan wanita itu, juga pengeratan silaturahim antara lelaki dan wanita.

Kasih sayang dan cinta tulus ikhlas di dalam rumah tangga lebih penting untuk keamanan hidup kita dunia dan akhirat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan