Label

ISTERI HAMPA SUAMI KURANG BERNAFSU

Soalan

SAYA berusia 28 tahun dan baru berkahwin atas dasar cinta selama dua bulan. Masalahnya sepanjang dua bulan ini, saya tidak pernah merasai kenikmatan seks bersama suami saya yang berusia 30 tahun. Ini kerana:

1) Suami seperti kurang bernafsu dengan saya kerana sepanjang dua bulan ini boleh dikira berapa kali saja kami 'bersama'. Ada masanya saya cuba merangsangkan kemaluannya tetapi tiada tindak balas daripada suami, walaupun pada ketika itu zakarnya 'naik'.

2) Bila 'bersama' suami, saya dapat rasakan zakarnya tidak benar-benar 'keras', tidak seperti yang dikatakan orang 'keras seperti batang kayu'. Ketika suami klimaks, saya tidak dapat rasa pancutan air maninya di dalam faraj.

3) Suami cepat klimaks. Tidak sampai dua minit dan zakarnya terus layu. Saya cuba merangsangnya, tetapi tetap 'layu'.

4) Ada satu ketika, ketika 'bersama', suami saya berhenti seketika untuk membuang air kecil. Namun selepas itu zakarnya kembali layu.

5) Buat masa ini, suami saya pergi berurut. Itupun atas desakan saya, tetapi tiada perubahan. Saya turut pergi berjumpa bomoh dan dia mengatakan masalah berpunca ketika suami saya berkhatan. Namun, bomoh itu tidak pula nyatakan di mana silapnya. Saya ingin berjumpa doktor pakar, tetapi takut kos terlalu tinggi kerana saya hanya pekerja kilang.

Saya sungguh tertekan kerana suami seperti tidak mengendahkan masalah seks yang dia hadapi sekarang. Hanya saya kelihatan beriya-iya mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini.

Saya sayangkan perkahwinan ini dan terus bersabar selain berdoa kepada Allah SWT. Diharapkan doktor boleh membantu memberi nasihat kepada kami.

MAZLINA
Pulau Pinang

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

SAYA pasti ramai wanita mengalami masalah sama seperti anda, tetapi mereka memilih untuk menderita dalam diam. Anda tidak mendiamkan diri dan banyak memberi sokongan kepada suami untuk berusaha menyemarakkan hubungan keintiman bersamanya. Saya ucapkan syabas kepada anda.

Jarang orang muda macam suami anda mengalami masalah syahwat atau lemah tenaga batin, kecuali dia mengalami masalah kesihatan yang mana doktor akan dapat mengesannya.

Berjumpa bomoh, tukang urut atau dukun tidak akan dapat membantu jika masalah itu masalah perubatan.

Memang biasa untuk lelaki yang sihat ketika berdampingan dengan pasangan idaman akan terangsang, lebih-lebih lagi apabila suasana membolehkan dia berbuat begitu.

Dalam keadaan letih, lesu dan dalam keadaan tidak sihat, memang sukar untuk lelaki membangkitkan perasaan syahwatnya dan jika dipaksa, dia mengalami kesulitan dan gagal menunaikan kehendak pasangannya.

Pasangan boleh membantu dengan bermanja dan sentuhan intim keseluruhan badannya, termasuk anggota syahwatnya mengikut keselesaan masing-masing. Apabila keadaan mengizinkan, seks penetratif boleh dilakukan.

Jika tidak mahu dia bergerak aktif, kawal gerakannya supaya anda dapat menikmati sentuhan intim. Jika gerakan dilakukan cepat, tentu dia tidak dapat mengawal daripada berlaku ejakulasi cepat.

Memang ereksi lelaki yang dalam keadaan ghairah menjadi keras dan padat. Jika dia mengemutkan otot benteng zakar dan dalam keadaan begitu, dia dapat mengawal daripada ejakulasi cepat.

Dalam keadaan begitu, dia dapat memberi sentuhan lebih mantap kepada pasangan. Perkara ini perlu dilakukan jika mahu ereksi mantap dan kekal, walaupun selepas terpancut.

Lelaki mudah mencapai ereksi mantap pada awal pagi dan mudah mengawal ejakulasi awal. Saya syorkan anda dan pasangan anda melakukan hubungan seksual lebih pada waktu pagi dari malam kerana fenomena ereksi pagi yang mudah berlaku itu.

Memang ketika itu anda dan dia perlu berkejar untuk bekerja, tetapi jika dapat bangun lebih awal atau jadualkan hubungan seksual yang istimewa pada waktu pagi, anda akan dapati masalah dialami suami anda terkawal.

Jangan bazirkan duit berjumpa dukun, bomoh atau tukang urut kerana seperti yang anda ketahui, ia tidak membawa sebarang kebaikan.

Jika suami anda ada masalah kesihatan, yang kebetulan boleh mengganggu kesihatan seksualnya, doktor dapat membantu.

Kini, Kementerian Kesihatan ada Klinik Kesejahteraan, yang mana masalah seperti suami anda alami dapat diperiksa dan rawatan tertentu dapat diberi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

27 ulasan:

  1. Masalah kegatalan di kemaluan...sy brumur 20 tahun dan masih belum berkahwin...sejak akhir2 nie saya selalu mengalami masalah kegatalan di kemaluan..dan terdapat juga cecair yg berwarna kekuningan..adakah ia normal atau ia satu penyakit.?

    BalasPadam
  2. Kesian sungguh nasib puan..masalah puan sama dgn masalah sya.sya fhm apa puan rasa..selepas brkhwin berbulan2 sya xdpt sepatutnya..mg berendam air mata.lg2 kita yg puas berusaha utk dia sdangkn dia xendahkn pn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..sy seorang isteri yg brkhwin muda.beza saya dan suami 11thn..kami ade seorang chaya mata.kadang2 sy cuba nak kan suami saya buat sesuatu dalam msalah kami tapi suami macam x endah je.suami kurang brnafsu dengan saya.bila saya tanya ape kekurangan saya.dia mngatakn awk baik.saya sayang kan awk tapi saya tiada nafsu dengan awk.macam mana tu ye?bole bantu tak saya

      Padam
  3. Sama la nsb piano dgn sy, seberang dgn suami xsmpi senior air suami sy Dah Keluar Tp sy xdpt rsa lg nikmat nya..mlm td sy Nk besama dgn si suami Dia xnk Lyn sy,sy menangis Ble Dia Bt Mcm Tu Kat sy..sy Nk anal Tp kami Kurang bersama,Mcm mna Nk dpt Ank, sy sedihhhh Sgt..kadang2 sy teringat kekasih lama sy,sy rsa Nk je jmpa Dia utk Puas kn nafsu sy

    BalasPadam
  4. Salam....saya seorang suami.. ingin memuaskan isteri. Ada mkn jamu semua. Sanggup telan semua. Ada perbezaan sikit. Tp skang ni mkn lama terus layu n x bermaya tak ada nafsu langsung dgn isteri or tgk mn2 perempuan dlm filem2 lucah pon untuk test. Sblum ni isteri saya mmg xde nafsu langsung terhadap saya. Tp skang mcm giliran saya pula. Dh mkn jamu pelbagai x keras2. Adakah sebab bnyk mkn jamu? Dan skang ni pon isteri saya pon xde nafsu terhadap saya juga mcm dulu. X tau nk buat ape dah.....

    BalasPadam
  5. Salam , sy seorang suami , umur sy 38 tahun , isteri sy 37 tahun , dah sepuluh tahun berkahwin , pada pendapat sy masalah ni semua memang akan berlaku terhadap kebanyakan pasangan , kebanyakan pasangan akan merasa kurang bernafsu apabila usia sudah meningkat , sy juga meghadapi masalah yang sama , tapi sebenarnya sy memang kurang bernafsu terhadap isteri saya sejak dari mula berkahwin , tapi saya redha kalau dia dah jodoh saya , saya ingin bagi petua kepada semua pasangan , amalkan lah minum air tongkat ali utk lelaki , insyaallah , dengan berkat usaha dan izin allah , masalah akan selesai , wallahuaalam

    BalasPadam
  6. hai maaf ye..hanya nak membantu dgn masalah tenaga batin.sy Eqa agent supplement dari kuala lumpur.jika ada sesiapa yg ingin mencuba supplement CANDY B+ boleh whatsApp sy 0182914484.

    BalasPadam
  7. saya pernah alami masaalah ini beberapa tahun lalu. Suami macam tak berselera tengok saya... nama sahaja ada suami tetapi saya gersang setiap hari. Asyik berkhayal setiap hari minta sentuhan. Alhamdulilah setelah berubat secara Islam dengan menemui Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat, johor masaalah kami selesai. sekarang saya benar-benar bahagia bersuamikannya... suami saya sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta maaf bertanya..ada simpan ke no phone atau no contact ustaz nie

      Padam
  8. Saya ingin bertanya pada tuan. Adakah normal.setelah dua bulan bernikah tetapi suami tidak pernah mahu melakukan hubungan? Tidak pernah mahi menyentuh saya selain dari berpegangan tangan..saya buntu adakah ini sesuatu yang normal atau tidak?

    BalasPadam
  9. Saya juga turut mengalami masalah yang sama.saya tidak pernah disentuh suami sejak dari hari pertama bernikah sehinggalah perkahwinan sudah hampir setahun.Bila saya mengutarakan masalah ini kepada suami,suami akan lebih banyak mendiamkan diri.semasa dalam 4 bulan pertama saya pernah bertanya kepada suami.alasannya adalah dia penat.dia juga mengakui tenaga batin dia lemah.tapi saya perhatikan dia sebenarnya masih bernafsu kerana dia masih melihat video2 lucah dan perempuan sexy.

    Saya sedih dengan keadaan ini.saya berkahwin serentak dengan adik.dia kini hanya menunggu masa untuk beranak.usia saya sudah menghampiri 40 dan saya berkahwin pada usia yang lewat.saya selalu fikir saya sudah tak punya banyak masa.entah berapa lama saya perlu tunggu untuk mendapatkan anak.takkan dia langsung tak mahu zuriat.

    Kadang2 saya fikir dia mengahwini saya hanya kerana atas dasar kasihan melihat saya yang belum bersuami pada lewat usia.kami berkahwin tapi seolah2 hubungan ni hanya hubungan kawan biasa.saya tidak boleh sentuh dia.bila saya sentuh saya sendiri akan berasa kecil hati bila melihat dia yang langsung tiada respon.

    Bila saya rasa tertekan,saya pernah terfikir nak beli produk2 untuk kuatkan tenaga batin suami saya secara rahsia.tapi syukur saya masih sedar kesan ubat2 sampingan itu.

    Apa perlu saya buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga turut mengalami masalah yang sama.saya tidak pernah disentuh suami sejak dari hari pertama bernikah sehinggalah perkahwinan sudah hampir setahun.Bila saya mengutarakan masalah ini kepada suami,suami akan lebih banyak mendiamkan diri.semasa dalam 4 bulan pertama saya pernah bertanya kepada suami.alasannya adalah dia penat.dia juga mengakui tenaga batin dia lemah.tapi saya perhatikan dia sebenarnya masih bernafsu kerana dia masih melihat video2 lucah dan perempuan sexy.

      Saya sedih dengan keadaan ini.saya berkahwin serentak dengan adik.dia kini hanya menunggu masa untuk beranak.usia saya sudah menghampiri 40 dan saya berkahwin pada usia yang lewat.saya selalu fikir saya sudah tak punya banyak masa.entah berapa lama saya perlu tunggu untuk mendapatkan anak.takkan dia langsung tak mahu zuriat.

      Kadang2 saya fikir dia mengahwini saya hanya kerana atas dasar kasihan melihat saya yang belum bersuami pada lewat usia.kami berkahwin tapi seolah2 hubungan ni hanya hubungan kawan biasa.saya tidak boleh sentuh dia.bila saya sentuh saya sendiri akan berasa kecil hati bila melihat dia yang langsung tiada respon.

      Bila saya rasa tertekan,saya pernah terfikir nak beli produk2 untuk kuatkan tenaga batin suami saya secara rahsia.tapi syukur saya masih sedar kesan ubat2 sampingan itu.

      Padam
  10. para isteri yg mengalami masaalah ketidakpuasan sex boleh la hubungi saya ditalian wassap/call 01127073536

    BalasPadam
  11. Sy ingatkan masalah mcm ni sy sorang je hadap, rupenye ramai lg yg lalui hal yg sama. Apelah nasib aku ni... Mcm2 cara dah bt, mcm2 cara dah goda tp x d lyn. Kita yg trhegeh2. Bile dtg dekat di halaunye, kata panaslah, ngntok jgn kacau, rimas. Hurm.. Tp kwn rapatnye prnah citer, suami ko ni gatal, nmpak awek seksi siap blh ckp, nak try 5minit pun jd lah. �� Sdgkan aku yg kt rumah ni, 5mnit pun dia xnak lyn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak wasap lah saya..01127073536

      Padam
    2. saya dalam dilema...suami selalu tak balik rumah..pergi rumah bini muda..tak kira masa..kadang2 seminggu sekali je blik rumah..melayan isteri muda je kadang2 bila balik kerumah kita ni mcm menagih ehsan batin darinya...adik ipar lelaki selalu call kdng2 nak dtg rumah bila suami takda...saya jadi malu bila adik ipar ckp batin xckup suami saya kahwin lagi...

      Padam
  12. Saya umur 32, isteri 31, dh kahwin 9 tahun, Saya rasa xder nikmat bila main dgn isteri, sbb Farah dia longgar,licin, sy Tau Masa main dia xrasa sedap, dia Hanya Melayan Saya, tapi xder nikmat bila main mcm ni. Mcm nk buat yer,Farah dia longgar,licin. Help Mee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli ja produk jus mama muda bro sm tongkat mm vee mama muda
      ....

      Padam
  13. Rupanya ramai yg senasib dengan saya.saya dah berkahwin lbh krg 17 tahun kami kawin muda.skrg saya awal 40an tp masalah hubungan kelamin ni dah sepuloh tahun berlaku. Dah berpuluh kali meluah rasa pd dia tp mcm curah air di daun keladi jer.Skrg saya dah putus asa dan hanya fikir utk nak besarkan anak2 saja. Utk merasa Nikmat suami isteri sy dah habis kecewa bkn x usaha dah bawa berbincang x tahu berapa kali, dah tlg beli jamu tp tuan bdn x mkn apa lg nak buat.tahun ni hanya sekali kami bersama 6 bulan yg lps.skrg sy dah xde nak manja2 dah sbb sy dah terlalu kecewa dan memendam rasa bertahun tahun kdg rasa berdendam pun ada.tp suami sy org yg baik.

    BalasPadam
  14. Isu nafkah batin ni dh bertahun2 terpksa memendam rasa..xtau apa lagi yg nk diharapkan dari srg insan yg bergelar suami..pernah bergaduh bila isu2 mcmni dibincangkan..dr awal perkahwinan dh berkurang nafkah batin...sekarang dh hampir 5 6 thn hya dpt merasai setahun paling kurang lbh 5 ke 6 kali sahaja..entah apa kurangnya diri ni..dh cuba yg termmpu tp ttp sama..sekarang fasa redha dan terima keadaan ini dgn seikhlas hati..walaupn perit nk lalui tp itu satu2nya jln spya hbgn masih dpt dikekalkan..pengorbanan srg ibu demi melihat anak2 membesar bersama ibu dan ayah didepan mata..

    BalasPadam
  15. Saya rasa masalah ni banyak jugak melanda para suami. Mungkin peratusan suami kurang mendapat kerjasama isteri berkaitan hubungan intim lebih tinggi berbanding para isteri.
    Namun bila dicari isu berkaitan masalah hubungan intim suami isteri dicapaian google selalunya, adalah sebaliknya. Topik spt isteri tidak mendapat nafkah batin, suami tidak bernafsu dan seumpanya selalu mendapat ulasan artikel. Tetapi jika dibaca komen pembaca, adalah sebaliknya.
    Mungkin juga pengamatan saya salah.
    Cuma sy tawa dlm kecewa kerana setiap kali perbincang antara kami suami isteri, tidak membawa sebrg persefahaman dan tiada situasi menang2.
    Sudah 7 tahun usia perkahwinan kami ttp isteri masih mcm tu, kurang nafsu, letih dan kerap menolak.
    Selama ni, sy sbg suami paham dan kasihan akan isteri yg juga bekerja, tetap teruskan membantu selagi sy mampu dlm menguruskan rumah tangga walaupun layanan isteri terhadap sy spt tu.
    Sekurang2 nya, bahagian sy sbg suami sudah sy lakukan sebaik mungkin.
    Namun sy x pasti sampai bila harus begini dan apakah kesannya.

    BalasPadam
  16. kepada wanita2 yg tidak dpat kepuasan sex boleh lah whatsap sye ditalian 0147619178,saya sedia membantu anda...

    BalasPadam
  17. Sy berumur 22 tahun. Suami 34tahun. Baru setahun sebulan berkahwin . Belom ada anak. Sy sbg suri rumah , mestilh mnghrpkn belaian batin dr suami .. suami kurang hendak bersama . Bila bersama x pernah dia yg mnganjak . Sy lh yg slalu mngoda dia .. smasa bersama pun mnguap .. bosan sgt ke ? Tipu lah tak kecik hati . Kita dh masak utk perut dia , wangi2 , pkai seksi2 , mnghrapkan sy je kat atas .. hurmmmn

    BalasPadam