Label

BIOLOGI WANITA BERUBAH

TIDAK salah untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jinjang pelamin.

Tidak dinafikan hubungan lelaki dan perempuan membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim.

Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia untuk membuat komitmen.

Lelaki yang bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri. Perempuan pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah.

Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas dariada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya 'hero' dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang perempuan dengan tidak teragak-agak memberi 'laporan' kepada rakannya yang lain.

Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara.

Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.

Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.

Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payu daranya membesar dan kembang.

Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.

Keadaan ini akan kekal dan tidak akan pulih kepada sediakala walaupun selepas menggugurkan kandungannya.

Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payu dara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan ketumbesaran boleh berlaku.

Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan yang berlaku itu mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.

Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaanya.

Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan