Label

ANGGAPAN KARUT 'DARA'

Soalan

SAYA pernah mendengar kata orang kononnya seseorang lelaki akan tahu sama ada wanita yang dikahwininya masih mempunyai dara atau tidak. Adakah ini betul?

ZAM
Seremban

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

DOKTOR sendiri tidak tahu sama ada wanita itu dara atau sebaliknya kerana ketiadaan atau selaput dara terkoyak bukan tanda wanita itu bukan anak dara. Ini kerana perkara itu boleh berlaku akibat aktiviti lasak, kemalangan, onani dengan memasukkan benda ke dalam faraj atau memang dilahirkan tanpa selaput dara.

Jika wanita itu pernah melakukan hubungan seks penetratif, dia bukan anak dara lagi walaupun selaput daranya masih kekal! Jadi jangan dengar perkara mengarut itu.

Dara atau teruna ialah status atau kedudukan individu itu baik wanita atau lelaki yang belum pernah melakukan hubungan seks penetratif dengan lelaki atau wanita.

Jika lelaki pentingkan status dara untuk bakal pasangannya, tidak salah jika wanita juga mahukan teruna sebagai pasangannya. Itu baru adil!

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan