JARANG kita mendengar ada pasangan menjalani pemeriksan kesihatan secara sukarela apabila hendak berkahwin. Kebiasannya ujian itu diambil kerana ia diwajibkan sebagai syarat sebelum berkahwin.
Masalahnya, ramai bimbang menjalani pemeriksaan kesihatan hingga sanggup membujang hanya kerana mengesyaki tahap kesihatan diri tidak mampu membolehkan mereka melayari perkahwinan dengan bahagia.
Antaranya ialah lelaki yang mengalami masalah atau gangguan ereksi dan yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar dengan anggapan tidak dapat memberi kepuasan kepada pasangan.
Selain itu, ada yang menganggap diri mereka mandul dan tidak dapat menghasilkan benih kerana mempunyai satu atau tiada buah zakar dalam kerandut, atau mempunya buah zakar kecil atau varikosel (pembuluh darah) yang berpintal.
Malah, ada yang mempunyai masalah kerandut buah zakar seperti angin pasang (hernia) atau air pasang (hidrosel) tidak mengambil langkah sepatutnya.
Semua keraguan itu perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Langkah terbaik ialah berjumpa doktor pakar yang arif mengenai pengendalian untuk mengatasi masalah itu.
Mati pucuk juga mempunyai penyelesaian. Untuk pengetahuan pembaca, mati pucuk berlaku dalam banyak keadaan dan jangan hanya kerana gagal melayari malam pertama menyebabkan anda kecewa dan seterusnya berlaku perceraian hanya kerana malu.
Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk yang berkekalan. Kebiasaannya mereka mengalami penurunan tahap ereksi berikutan gementar dan berasa kekok apabila bermesra dengan pasangan mereka.
Dalam keadaan itu tahap ereksi menurun dengan cepat, sekali gus gagal meneruskan persetubuhan penetratif. Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama kerana biasanya berlaku pada malam pertama berintim dengan pasangan.
Pengalaman negatif ini yang dibimbangi akan terbawa-bawa setiap kali ingin bersama pasangan dan akhirnya mengalami mati pucuk sekunder.
Kini rawatan moden dapat membantu lelaki yang mengalami mati pucuk berbanding yang bersandarkan kepada rawatan tradisional seperti urut yang mungkin memudaratkan dan menjadikan masalah lebih serius.
Yang penting ialah, lelaki yang mengalami mati pucuk memahami yang dia bukan seorang saja mengalami masalah ini kerana kajian yang pernah dilakukan di Malaysia mendapati, sebanyak 2.3 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika dimasukkan lelaki muda.
Saya juga ingin mengingatkan di sini yang rawatan moden dapat membantu pasangan wanita itu hamil, walaupun suami mengalami mati pucuk.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan