Label

RISAU KESAN BURUK MERANCANG KELUARGA

Soalan

SAYA masih belajar di peringkat diploma dan berhasrat untuk berkahwin sambil belajar bersama kekasih saya. Kami berusia 20 tahun. Walaupun bersedia untuk berkahwin, tetapi kami merancang selama tiga tahun untuk tidak mempunyai anak.

Bagaimanapun, saya menjadi bimbang dan buntu apabila mendengar isteri yang menggunakan cara perancang keluarga akan mendapat kesan buruk seperti mandul, masalah peranakan dan stres. Adakah ini benar?

Memakai kondom pula tidak mendatangkan kepuasan dan kenikmatan. Justeru, bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini?

RAZZ
Muar, Johor

Jawapan

Memang mustahak untuk merancang masa depan bersama pasangan kita apabila berumahtangga. Ini untuk kebaikan pasangan dan diri sendiri.

Kadangkala kita perlu menggunakan pelbagai pendekatan untuk tujuan itu mengikut keperluan semasa.

Ini termasuk soal merancang keluarga, iaitu menentukan bilangan anak yang kita mahu, termasuk juga merancang untuk mendapat cahayamata pertama. Islam mengizinkan kita merancang keluarga.

Malah, Rasulullah SAW pernah menjelaskan mengenai kaedah al-Azal, iaitu mencabut ereksi keluar sebelum ejakulasi berlaku sebagai kaedah merancang keluarga kepada para sahabat apabila Baginda ditanya mengenai perancangan keluarga.

Ini menandakan yang merancang keluarga boleh diamalkan untuk kebaikan dan penjagaan kesihatan.

Kini, teknologi perubatan dan kesihatan adalah tinggi. Ada pelbagai kaedah moden untuk merancang keluarga selain kaedah al-Azal.

Sudah tentu kaedah merancang keluarga yang berkesan dan selamat untuk kedua-dua pasangan akan menjadi kaedah pilihan.

Untuk wanita yang belum pernah mengandung, kaedah merancang dengan hormon seperti pil dan suntikan sesuai dan tidak memudaratkan kesihatan.

Jadi maklumat negatif yang tersebar dan dimaklumkan kepada anda sebenarnya tidak benar. Pil merancang keluarga ada dalam senarai Kaedah Merancang Keluarga Negara dan selamat untuk wanita yang mahu mencubanya.

Sama juga dengan kaedah lain yang ada dalam senarai yang boleh digunakan mengikut kesesuaian.

Yang mustahak ialah untuk anda dan pasangan mendapat maklumat profesional dari klinik perancang atau daripada doktor anda.

Risau tidak tentu pasal bukan cara untuk menangani isu ini.

Buka minda dan dapatkan bimbingan profesional daripada pihak berkaitan dan bukan mendengar cerita karut.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan