Label

REMAJA RISAU BULU ROMA LEBAT

Soalan

SAYA mengalami masalah bulu tebal di tangan dan dada, walaupun baru berusia 15 tahun. Saya takut hendak cukur kerana dimaklumkan ia menjadi bertambah tebal. Saya ingin tahu adakah ubat atau gel untuk mengurangkan bulu saya?

HABIB
Pulai Pinang

Jawapan

Anda seharusnya berasa bertuah kerana mencapai akil baligh dan mempunyai tanda jelas perubahan pada tubuh. Mengenai ketumbuhan bulu roma, tahap baligh anda dalam peringkat tinggi dengan kemunculan bulu roma yang lebat.

Pasti perkara sama juga berlaku kepada bulu roma anggota sulit dan di bahagian lain. Keadaan bulu roma lebat biasanya dalam pengaruh baka. Jika anda mempunyai baka begitu, maka lebatlah bulu roma anda.

Pendapat bahawa mencukur bulu roma akan mengakibatkannya lebih kasar dan lebat adalah tidak betul. Jika anda cukur, kulit menjadi kesat dan penghujung bulu roma menjadi tajam dan kadangkala mencucuk kulit.

Itu saja masalah bulu roma jika kerap dicukur. Anda boleh membeli krim pemusnah bulu roma dikenali sebagai 'Depilatory Cream'.

Buat masa ini tiada ubat boleh menghalang atau mengurangkan bulu roma. Terima saja anugerah Tuhan. Daripada aspek daya tarikan dan ketrampilan, banyak perempuan suka lelaki berbulu roma lebat di dada.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan