Soalan
SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun yang berkhatan ketika berusia lapan tahun. Masalahnya ialah saiz zakarnya kecil, mungkin disebabkan badannya berisi tetapi bukan dalam kategori gemuk.
Malah, boleh dikatakan selepas berkhatan, saiz zakarnya tidak berubah dan kadangkala 'hilang' atau boleh dikatakan berbentuk seperti 'siput sedut'.
Dia selalu bertanya kepada saya kerana saiz zakar adiknya lebih besar, sekalipun berkhatan ketika berusia enam tahun.
YATI
Melaka
Jawapan
Satu daripada risiko berkhatan untuk kanak-kanak lelaki yang badan berisi atau gemuk ialah zakarnya mudah terbenam atau tertarik ke dalam tundun.
Pangkal zakar yang tergantung di bawah tundun mengandungi otot yang menambat pangkal zakar ke bawah tundun dan jika otot ini mencengkam, pangkal zakar akan tertarik dan kelihatan terbenam atau masuk ke dalam tundun.
Keadaan ini dikenali sebagai 'Penis Koro' dan boleh berlaku pada bila-bila masa, terutamanya jika lelaki itu terasa sejuk atau cemas. Jarang berlaku lelaki mempunyai zakar kecil dan situasi ini dikenali sebagai 'Micro Penis'.
Perkara ini hanya diketahui jika lelaki itu baligh dan mencapai usia 22 tahun dan mempunyai zakar berukuran kurang enam sentimeter ketika ereksi.
Jadi perkara ini hanya diketahui apabila anak puan baligh. Buat masa ini, puan tidak perlu risau. Beritahu anak puan yang zakarnya termasuk ke dalam lemak tundun, tetapi akan terkeluar ketika pagi, di mana ketegangan zakar kerap berlaku.
Apabila dia dewasa nanti, keadaan akan menjadi normal. Jika puan datang ke Kuala Lumpur, boleh bawa anak berjumpa saya untuk menjalani pemeriksaan. Saya ada di Damai Service Hospital, 115-119 Jalan Ipoh.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan