Label

RISAU TIMBUL BUAH DADA

Soalan

SAYA pelajar lelaki berusia 17 tahun yang pernah berdepan masalah obesiti sebelum ini. Selepas beberapa tahun berusaha untuk menguruskan badan, sekarang saya kurus.

Bagaimanapun, saya mengalami masalah payu dara besar sehingga ramai kawan mengejek. Saya pernah baca mengenai 'Gynecomastia'. Adakah saya mengalami masalah ini?

JOHAN
Arau

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

KEADAAN kemunculan buah dada di kalangan lelaki perkara yang jarang berlaku dan jika dikesan, ia perlu diperiksa dan rawatan sewajarnya diberikan.

Gynecomastia atau kemunculan buah dada untuk lelaki boleh berlaku pada awal akil baligh kepada sebahagian besar lelaki dan ia mengecut dalam masa dua atau tiga tahun selepas kemuncak akil baligh.

Kadangkala ubat tertentu seperti ubat Cimetidine (ubat gastrik) atau Ketoconazole (ubat nyah kulat) jika dimakan lama boleh menyebabkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki.

Lelaki yang mengalami kerosakkan buah zakar atau kanser buah zakar mempunyai buah dada besar seperti anak dara sunti!

Kajian terbaru melaporkan beberapa krim herba mengandungi 'Butea Superba', 'Oil of Lavender' dan 'Tea Tree Oil' jika digunakan sebagai krim badan atau untuk anggota sulit boleh mengakibatkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki muda.

Jika buah dada anda memang besar, mustahak untuk anda berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajarnya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan