TIDAK dinafikan yang fungsi seksual lelaki dan wanita berubah dari semasa ke semasa dan dalam usia yang semakin lanjut, kemampuan syahwat akan menurun.
Bagi lelaki, kemungkinan untuk mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk meningkat apabila usia mencecah 40 tahun ke atas. Ini kerana kira-kira 40 peratus golongan ini menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, sama ada dalam kawalan atau sebaliknya, manakala 65 peratus (tekanan darah tinggi) dan 55 peratus (jantung).
Jika individu yang semakin meningkat usia itu masih mengamalkan gaya hidup kurang sihat seperti merokok, minum minuman keras, obesiti dan tidak melakukan aktiviti fizikal secara berkala dan mengalami tekanan, masalah disfungsi erektil lebih ketara.
Kajian menunjukkan lelaki berpenyakit koronari dan terpaksa menjalani pembedahan pemintasan salur darah akan menghadapi masalah disfungsi erektil.
Ini mungkin ada kaitan dengan masalah kolesterol, kesempitan salur darah ke dalam zakar, kekurangan stamina kerana tidak bersenam dan masalah kekurangan hormon testosterone dan DHEA (hormon androgen yang dihasilkan oleh pundi adrenal).
Kini, masalah disfungsi erektil boleh dikendalikan melalui rawatan moden. Alat pan penyedut vakum satu kaedah yang biasa disyorkan, selain ubat PDE5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra yang dapat membantu otot zakar mengembang ketika rangsangan seksual dan memudahkan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar untuk zakar mencapai ereksi yang kekal.
Ubat Caverjet dalam bentuk suntikan yang mana ubat itu disuntikkan ke dalam otot zakar pada waktu hendakkan ereksi dengan suntikan perlu dilakukan sendiri.
Suntikan itu menyebabkan ubat jeli mengandungi Alprostadil disalurkan ke dalam salur kencing supaya dapat diserapkan kepada otot zakar.
Rawatan tradisional satu ketika dulu sungguh popular kerana tiada rawatan moden yang sesuai, tetapi kini jelas menunjukkan rawatan moden lebih terjamin dan harganya berpatutan kerana tanpa 'pengeras' dan tipu helah.
Disfungsi erektil bukan kerana buatan orang! Ia berlaku atas sebab tertentu dan boleh diatasi. Kini, tidak mustahil untuk lelaki yang lanjut usia mengecapi nikmat hubungan seksual mengikut kehendak mereka dengan kerjasama pasangan.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan