Label

BERKHATAN BANYAK MANFAAT

Soalan

SAYA tidak berkhatan kerana saya bukan Islam dan agama saya tidak mewajibkan berbuat demikian. Masalahnya ialah zakar saya ditutup dengan kulit. Apabila saya membukanya terasa sakit.

Adakah ini bermakna saya perlu berkhatan kerana berdasarkan perbualan dengan rakan yang berbuat demikian, mereka tidak menghadapi masalah seperti saya.

STEVEN
Seberang Prai

Jawapan

Kini berkhatan untuk lelaki bukan saja untuk tujuan keagamaan. Ia amalan yang dikenal pasti ada banyak manfaat. Baru-baru ini, seorang pakar dari Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, lelaki berkhatan terhindar daripada jangkitan HIV/AIDS jika dibandingkan dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Ini mungkin kerana kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal dan kebal berbanding lelaki tidak berkhatan, yang mana kemungkinan kulit melecet tinggi dan lebih ketara apabila pembukaan kulop penghujung zakar tercedera apabila ia tertarik.

Bagi yang mempunyai kulit penghujung zakar tertutup, ketika ereksi kepala zakar hanya kelihatan keluar apabila dilegakan kulit penghujung zakar. Ini yang menyebabkan ia terasa sakit.

Bayangkan jika anda bersama pasangan anda. Sudah pasti akan berasa sakit dan hubungan seksual menjadi tekanan kepada anda. Masalah yang anda alami dikenali sebagai 'Para Phimisis', iaitu penghujung zakar boleh terkeluar tetapi sukar hendak dimasukkan kembali.

'Phimos' pula berlaku apabila kepala zakar tidak keluar dari penutup kulop ketika ereksi. Kedua-dua masalah ni perlu rawatan dan caranya ialah berkhatan.

Prosedur ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor berpengalaman.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan